Monday, August 2, 2010

SIAPA PENGASAS ISLAM DI SABAH?

Agama islam merupakan agama rasmi di dalam negara ini.Hampir separuh daripada penduduk Malaysia beragama islam.kebanyakan suku yang beragama islam terdiri daripada suku melayu,brunei, bisaya, bajau, suluk, sungai, dusun,bugis dll.

Sejarah menceritakan bahawa islam tersebar ke bumi Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai tanah melayu melalui pelbagai tempat.Ada yang mengatakan islam datang dari tanah arab melalui para pedagang arab,india, china dsb.Namun sehingga kini masih belum diketahui siapakah yang bertanggungjawab menyebarkan islam di negeri Sabah.

Benarkah islam diSabah tersebar seperti di semenanjung tanah melayu?atau melalui cara lain.Mungkinkah terdapat para sahabat nabi Muhammad saw sendiri yang pergi ke sabah untuk mendakwahkan islam?Atau para tabi'in atau para tabi tabi'in atau melalui burung hud-hud seperti dizaman Nabi Sulaiman.Semua andaian ini pasti akan terjawab jika kajian dilakukan.

Dengan itu adalah baik para ilmuan dan peminat sejarah agar melalukan kajian tentang perkara ini.Kepada pihak Universiti Malaysia Sabah(UMS)jika perkara ini belum diterokai buatlah sesuatu. jika pihak UMS melibatkan diri secara aktif untuk mengkaji perkara ini sudah tentu nama UMS sendiri akan terkenal dengan dapatan terkini.Selain itu, universiti diseluruh Malaysia dialu-alukan membuat kajian.

Semoga dengan terhasilnya dapatan tentang siapakah pengasas islam diSabah maka bertambahlah lagi khazanah ilmu untuk anak watan kita.Tanpa pengorbanan orang terdahulu sudah pasti kita tidak kenal islam.Mudah-mudah pengasas tersebut yang bertungkus-lumus demi menyebarkan islam di tanah sabah ini mendapat rahmat daripada Illahi.

Jika anda mempunyai maklumat tentang perkara ini,bersama-samlah kita kongsikannya.

No comments:

Post a Comment