Monday, August 2, 2010

KETUA MENTERI SABAH TERLAMPAU...

Tindakan berani ketua menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa aman(DSPMA) membuat pembaharuan dalam pemilikan tanah mendapat reaksi baik daripada semua pihak.DSPMA telah menyerahkan geran tanah secara berkelompok di Pensiangan, Nabawan kepada 700 keluarga.

Dalam majlis Juara rakyat UMNO Pensiangan Nabawan DSPMA memberitahu bahawa tindakan ini bertujuan mengantikan geran individu agar pemilik tanah anak negeri tidak dijual kepada orang lain. Melalui usaha ini tanah anak negeri akan dimiliki selama-lamanya oleh anak negeri(anak watan sabah) sahaja.

Ramai yang menyatakan bahawa tindakan DSPMA sebagai ketua menteri sabah yang terlampau berani demi menjaga hak anak watan sabah.Tahniah kerana tindakan terlampau bertanggungjawab inilah yang diperlukan untuk mengekalkan DSPMA sebagai ketua menteri Sabah penggal akan datang.

No comments:

Post a Comment