Monday, October 25, 2010

PBS SIBUGA KECEWA 2010

Keputusan yang dibuat oleh presiden PBS amat mengejutkan dan menimbulkan rasa terkilan kepada ahli PBS Sibuuga yang selama ini menantikan peluang keemasan untuk memantapkan lagi parti PBS.

Pemilihan Datin Linda mendapat bantahan oleh ahli PBS Sibuga kerana sepatutnya Presiden memberi peluang kepada ahli PBS Sibuga untuk mencuba nasib dalam PRK Batu Sapi nanti.Sebelum ini Batu Sapi diwakili oleh mendiang Edmun yang merupakan ketua bahagian PBS Elopura.

Ahli PBS Sibuga semakin bertambah parah dan menunggu tumbang kerana kekurangan dana untuk meneruskan perjuangan membela rakyat yang terdapat di kawasan Sandakan.Walaupun PBS dibawah naungan BN, namun PBS Sibuga khususnya seperti pengemis dijalanan yang meminta simpati daripada orang ramai.

Jika beginilah sikap presiden, tunggulah zaman kehancuran PBS.Orang yang dizalimi pasti akan mendapat pembelaan disisi Tuhan.

ahli yang kecewa.

Sunday, October 24, 2010

PRK PARLIMEN BATU SAPI: NASIHAT KEPADA CALON

Berita terkini Batu Sapi 25oktober 2010

Senarai calon yang bertanding
BN/PBS: Datin Linda
PR/PKR: Ansari
SAPP: Datuk Yong Teck Lee

Semoga semua calon yang bertanding bekerja keras untuk membantu rakyat.
Cadangan kepada calon yang bertanding agar mencapai kemenangan
1. Ingat Tuhan yang menciptakan kita selalu kerana Dialah yang memberi kemenangan dan kekalahan.
2. Buat baik( jangan pilih kasih).
3. Niat untuk bantu rakyat bukan untuk kaya sendiri.
4. Jangan main rasuah nanti kemenangan tidak berkat.
5. Mesyuarat: ambil pandangan semua pihak terutamanya golongan bawahan( rakyat)
6. Hari-hari ziarah rakyat.Jangan lupa rendahkan diri walaupun kita kaya berharta dan berkuasa.
7.Selami hati rakyat; tanya apa mereka mahu?
8.Jangan menabur janji;Zaman ini bukan lagi boleh ditabur dengan janji-janji manis.Cakap terus buat.
9. Banyakkan sedekah.Jangan Pilih bulu.
10. Banyakkan doa dan minta orang lain tolong doakan.
Selamat berkempen

BULI DAN KECURIAN:ASRAMA SMK AGAMA SANDAKAN

Isnin,25 Oktober-Sandakan

Beberapa orang ibu bapa pelajar SMK Agama Sandakan mengadu kerana tidak berpuas hati dengan keadaan asrama sekolah tersebut.Sejak kebelakangan ini ramai penghuni asrama mengalami trauma kerana sering dibuli oleh penghuni asrama yang lebih senior.
Menurut salah seorang penjaga kepada pelajar tersebut,beliau berkata" almari anaknya seringkali diselongkar dan barang-barangnya dicuri". Selain itu, ada juga yang kehilangan duit, telekung, bantal,tafsir al-Quran, pakaian kokurikulum dsb.
Kejadian ini mungkin seringkali berlaku, namun penjaga dan ibubapa yang terlibat memberitahu bahawa kes ini telah diadukan kepada pihak pentaddbir sekolah.Agak mengecewakan sejak Januari sehingga kini pengadu menyatakan belum ada tindakan yang diambil oleh pihak sekolah.

Seorang bapa kepada pelajar tersebut merasa agak terkilan kerana anaknya seringkali mengadu dibuli dan barang-barangnya dicuri.Lebih memeranjatkan lagi terdapat murid senior yang berani merokok dan meninggalkan puntungan rokok dibawah tilam murid junior.Terdapat juga beberapa tindakan beberapa murid yang keterlaluan yang sanggup kencing didalam bilik pelajar junior tersebut.

Jika perkara ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan dikhuatiri bukan ulama yang akan dilahirkan malah sebaliknya.Adalah disarankankan kepada pihak sekolah agar lebih bertanggungjawab dan prihatin bagi mengekang masalah ini.

Tujuan berita ini ditulis adalah untuk mewakili beberapa orang penjaga murid asrama yang inginkan agar anak mereka menjadi insan yang terbaik dunia dan akhirat.Walaupun terdapat ibubapa yang tidak kisah tentang perkara ini, namun segelintir ibubapa amat tertekan kerana terpaksa mengeluarkan bajet luar jangka untuk membeli barang baru bagi mengantikan barangan yang telah dicuri tersebut.

Selain itu, dikhuatiri jika gejala ini tidak ditangani segera, kemungkinan besar pelajar junior akan mengalami trauma untuk meneruskan pembelajaran disekolah ini.Bagi jangka masa panjang, imej sekolah agama akan tercalar disebabkan segelintir murid yang tidak berdisiplin.

Saranan kepada pihak sekolah agar dapat menyediakan CC TV di setiap bilik dan persekitaran asrama untuk memantau kegiatan yang tidak bermoral.



Ibubapa dan penjaga yang prihatin.

Friday, October 22, 2010

sifat anak bergantung kepada amalan ibu bapa

Panduan Untuk Mendapat Anak Soleh
Anak adalah amanah Allah SWT. Kita hendaklah menjaga amanah itu dengan sempurna. Begitu pun, Allah SWT memberi petunjuk dan pedoman untuk menjaga amanah itu. Terpulanglah kepada kita untuk menerima atau menolaknya, tepuk dada tanya iman.
Proses pembentukan anak soleh dan bertakwa bukan bermula pada peringkat bayi, malah bermula sebelum perkahwinan lagi. Prosesnya adalah :



Niat

Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sesungguhnya setiap amalan itu adalah mengikut niat. Dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu mendapat apa yang diniatkan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang bernikah dengan niat melahirkan anak yang berjaya di dunia dan akhirat adalah berbeza dengan mereka yang berkahwin semata-mata memuaskan hawa nafsu dan tidak mengikut syariat Islam. Ini berkemungkinan akan mendapat anak yang berjaya dalam bidang keduniaan semata-mata.

Memilih pasangan soleh

Mereka yang berkahwin kerana kecantikan semata-mata perlu menyedari bahawa ia bersifat sementara. Perkahwinan adalah ujian kesabaran, pengorbanan dan ketahanan. Berapa ramai manusia yang cantik molek, gagah, kacak dan kaya raya, berkahwin hari ini, bulan depan bercerai.
Isteri solehah pula senang mendengar teguran dan nasihat. Mereka juga selalunya mempunyai usaha untuk membaca, mendengar dan mencari ilmu Islam. Tentu mereka ini yang layak untuk membantu anak supaya menjadi insan soleh dan solehah.

Menanam benih

Ketika menanam benih (persetubuhan) hendaklah kita mengikut sunat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dengan sekurang-kurangnya membaca doa.
Ia penting supaya benih kita mendapat mendapat keberkatan dan terhindar daripada perbuatan syaitan.
Sesungguhnya iblis dan syaitan sentiasa bersama kita dalam setiap pekerjaan seperti makan, minum dan dalam persetubuhan yang tidak disebut nama Allah SWT.
Dengan doa dan mengingat Allah SWT, percampuran suami dan isteri diredai Allah SWT sepanjang masa. Lupa dan menderhaka kepada Allah SWT, lebih-lebih lagi benci kepada-Nya, akan menyebabkan anak yang lahir tidak mengenai Allah SWT.

Makanan halal

Setiap perempuan mengandung, mesti menjauhi makanan dari sumber syubhah (diragui), apatah lagi yang haram seperti perjudian, riba dan rasuah. Hal ini bukan saja ketika hamil, malah sepanjang masa.
Untuk menjadi makanan halal dan berkat apabila dimakan, hendaklah diucapkan lafaz ijab dan kabul ketika berjual beli. Harta yang dimiliki hendaklah dikeluarkan zakat supaya bersih dan halal. Hal ini kerana zakat itu bermakna bersih lagi bertambah. Mudah-mudahan kehidupan suami isteri bertambah sayang dan lahir zuriat bersih, lagi mulia akhlaknya.
Bagi melahirkan zuriat soleh jua, keluarga hendaklah menekankan kebersihan dalam makanan. Contoh makanan tidak bersih adalah roti canai/murtabak menggunakan telur ayam yang tidak dibasuh terlebih dulu. Hal ini kerana telur yang tidak dibasuh itu menyebabkan roti canai/murtabak menjadi kotor dengan najis ayam.
Setiap makanan dan pakaian yang syubhah dan haram akan menjadi benih kita seterusnya menjadi darah daging anak cucu. Ia yang akan membentuk hati dan perasaan serta akal, lalu menjadikan mereka degil, keras hati, bodoh dan sebagainya.

Membanyakkan ibadah

Ibu bapa hendaklah banyak beramal dan beribadah. Buat yang wajib dan tambah yang sunat, terutama solat lima waktu. Perbanyakkan membanyakkan membaca al-Quran kerana ia mempunyai kesan langsung kepada lidah, hati dan lebih-lebih lagi kepada janin anak yang dikandung.
Ibu bapa hendaklah menjauhi semua jenis maksiat yang boleh sampai kepada janin melalui pancaindera seperti hiburan, filem dan majalah yang melalaikan.
Membentuk anak agar menjadi insan soleh, lagi pintar dan bijaksana adalah kewajipan kita yang berat. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana adalah perintah Allah SWT.

URAT CIPTAAN ALLAH

Kenapa Urat Biru? Mengapa terdapat urat yang menyalurkan darah di tubuh kita berwarna biru?
Jantung kita selalunya mengepam darah ke seluruh tubuh. Sel darah merah membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh sel lain di dalam badan kita.Oksigen menjadikan sel darah merah kelihatan berwarna merah terang.Apabila sel-sel berkenaan selesai menyalurkan oksigen, sel darah merah akan kelihatan biru tua atau ungu.
Terdapat dua jenis urat darah. Arteri merupakan urat darah yang membawa darah berwarna merah terang yang kaya dengan oksigen keluar daripada jantung manakala urat pula menyalurkan semula darah berwarna biru tua yang tidak mempunyai oksigen ke jantung dan paru-paru.
Arteri terletak jauh di dalam badan kita tetapi urat terletak dekat dengan kulit kita.
Jadi urat darah yang berwarna biru itu adalah urat yang membawa darah balik ke jantung dan paru-paru untuk dipamkan dengan oksigen.

Arak itu HARAM.

Pelajar Arab beritahu pegawai agama, arak halal di negara mereka

NILAI - Sebagai helah untuk melepaskan diri, sekumpulan pelajar Islam dari sebuah negara Arab memberitahu bahawa arak adalah halal di di negara mereka.
Namun pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) tidak termakan dengan kelentong para pelajar berusia 20-an itu.
Malah mereka menjadi terkedu apabila diberitahu bahawa pegawai JAINS pernah belajar di negara mereka dan apa yang disebut mereka adalah bohong.
"Saya tidak peduli. Ini negara saya dan negara saya tidak benarkan orang Islam seperti kamu minum arak. Kamu melanggar peraturan dan undang-undang Islam di negara saya akan menghukum kamu," kata salah seorang pegawai JAINS.
Dalam drama selama 15 minit itu, turut menyaksikan salah seorang dari tiga pelajar terbabit terlentang di tengah-tengah pusat hiburan tersebut akibat terlalu mabuk.
Mereka adalah antara 25 orang yang diberkas dalam operasi JAINS di tiga pusat hiburan di sekitar Nilai yang bermula 11 malam tadi hingga 3 pagi tadi.
Yang turut diberkas ialah empat penjawat awam kerana mengambil minuman keras.
Pegawai Penyelaras Operasi JAINS, Mohd Zol Sidek berkata, maklumat empat penjawat awam berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40-an dari kalangan pasukan beruniform akan didedahkan kepada ketua jabatan mereka.
"Mereka yang ditahan dalam operasi ini akan didakwa di bawah Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan denda tidak lebih dari RM3,000 atau penjara dua tahun," katanya kepada Bernama.
Operasi yang disertai 42 pegawai JAINS, polis dan Majlis Keselamatan Negeri itu berjaya menahan 27 orang Islam termasuk dua wanita kerana meminum arak.-Bernama

Pameran Hitler

Hitler jadi daya tarikan


BERLIN - Pameran “Hitler and the Germans" di Muzium Sejarah Jerman yang menyiasat mengenai kebangkitan pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler, menarik lebih 10,000 pengunjung sejak dibuka, minggu lalu.
Jurucakap muzium itu, Rudolf Trabold berkata. lebih 4,000 pengunjung menghadiri pameran tersebut pada hari pertama pembukaannya.
Orang ramai dilaporkan beratur panjang dan menunggu selama satu jam untuk memasuki muzium itu.
Trabold berkata, pameran itu menarik perhatian luar biasa kerana ia adalah pameran pertama yang menerangkan bagaimana seorang lelaki yang tidak mempunyai apa-apa boleh bertukar menjadi pemimpin Jerman yang digeruni pada masa tersebut.
"Kita semua mendapat kesan daripada Hitler jadi pameran ini sesuatu yang boleh difahami oleh semua serta dapat membantu rakyat Jerman dan orang luar untuk lebih memahami sejarah negara itu," katanya.
Penganjuran pameran itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan media Jerman yang khuatir ia akan menjadi pusat penyokong yang taksub dengan pemimpin Jerman tersebut.
Menurut Trabold, walaupun terdapat pengunjung yang berfahaman Neo-Nazi ke pameran itu, namun tiada sebarang masalah timbul.

UMNO PERLU BERUBAH DEMI ISLAM

Disiarkan pada Oct 22, 2010 dalam kategori Komen & Pendapat


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010: SATU PANDANGAN

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin







Seperti biasa, setiap hari Khamis saya akan menulis untuk ruangan ini untuk disiarkan oleh Sinar Harian pada hari Jumaat. Biasanya, saya akan menjawab soalan-soalan yang dihantar, ataupun kadang-kala mencoretkan tentang perjalanan saya ke negara tertentu. Pagi Khamis saya agak kelam kabut. Saya terpaksa menulis seawal jam 4 pagi kerana pagi ini saya akan bermusafir ke Dubai dan sehari selepas itu ke Doha. Ada forum di kota tempat tersebut mengenai Islam, Melayu dan Masa Depan Malaysia. Saya terlibat sebagai seorang dari panelisnya.







Forum itu dianjurkan oleh golongan professional rakyat Malaysia yang berada di sana. Ratusan rakyat kita dengan gaji yang besar hidup di kedua negara tersebut. Mereka akan pulang dan mampu mempengaruhi keluarga dan sahabat. Mereka ingin mendengar isu-isu tanahair secara langsung dari tokoh-tokoh yang mereka jemput. Alhamdulillah, saya turut dijemput. Di samping itu saya juga ada beberapa siri ceramah yang lain di sana.







Sebenarnya, sehari dua ini saya menghadiri Persidangan Agung UMNO. Saya menjadi tetamu jemputan semasa perasmian sayap-sayap UMNO oleh YAB Timbalan Presiden UMNO. Juga saya menghadiri ucapan dasar YB Ketua Pemuda UMNO. Pada hari ini (Khamis), saya juga mendapat jemputan untuk ucapan dasar Presiden, cumanya saya terpaksa berangkat ke Dubai. Semalam (Rabu) saya menjadi panel siaran langsung di Awani memberikan pandangan apa yang saya lihat dan nilai mengenai Perhimpunan Agung UMNO berasaskan ucapan-ucapan dari sayap-sayap parti tersebut.



Ya, kehadiran saya dalam Perhimpuan Agung UMNO menimbulkan banyak persoalan dari wartawan, rakan-rakan dan selain mereka. Apakah saya ingin menyertai politik? Saya enggan mengulas hal ini. Politik kita sepatutnya pergi lebih jauh daripada sekadar mengisi borang ahli. Politik bukan sekadar dalam kepungan pagar-pagar kepartian. Politik sepatutnya berteraskan pemikiran dan idea. Jika politik diukur dengan pandangan dan idea, saya kira saya telah cuba melakukannya selama ini.



Namun, saya juga ingin berterima kasih kepada UMNO, maklum saja, pandangan-pandangan saya kebelakangan ini agak ‘tajam’ buat UMNO terutama yang membabitkan isu-isu agama di mana saya menentang penafsiran sempit tentang isu bukan Islam masuk masjid, berdoa untuk bukan Islam, isu wang judi untuk fakir miskin dan lain-lain. Namun, UMNO masih menjemput saya. Ruang menerima perbezaan nampaknya masih ada dibandingkan dengan sesetengah kumpulan politik yang lain. Bahkan saya menjadi panel semasa forum anjuran Kelab UMNO luar negara di PWTC dua hari sebelum Persidangan Agung parti itu bermula. Ruang kesediaan mendengar pandangan luar terutama ‘pihak ketiga’ yang tiada kepentingan merebut kerusi harap disuburkan lagi oleh UMNO dalam usaha membaik pulih parti tersebut.



Di sini, saya ingin berkongsi dengan pembaca saya di sini beberapa pandangan tentang politik kita dalam negara ini khusus apa yang saya lihat dalam Perhimpunan UMNO tersebut. Saya sebenarnya tertarik dengan isi ucapan YB Ketua Pemuda UMNO yang saya rasa melakarkan politik yang lebih terbuka dan politik era baru. Sayap-sayap yang lain –minta maaf- pada saya masih lagi dalam ‘rentak semalam’ dan belum menggambarkan politik era baru.



Namun, ucapan pemuda menuju kepada inspirasi politik masa hadapan. Politik yang berani menilai tindakan parti sendiri, bukan ‘pak turut’, politik yang merentasi sempadan perkauman dan tafsiran agama secara sempit, politik yang berteraskan ketajaman idea, bukan kerakusan kuasa. Gesaan untuk gerakan politik berasaskan ‘perang idea’ bukan ugutan menggunakan kuasa adalah sesuatu yang diperlukan di masa kini. Cuma saya masih tertanya, mampukah UMNO melaksanakannya.



Saya ingin menyebut beberapa perkara di sini yang berkait dengan sudut agama;



1. Kita mengharap parti-parti yang diwujud dalam negara ini bersaing secara sihat. Mereka hendaklah menjadi pasaran idea yang menguntungkan negara. Mereka hendaklah bak pasar terbuka yang menyediakan barangan segar dan berkualiti yang dapat dinikmati oleh rakyat. Sesiapa yang berjaya menyediakan barangan yang terbaik dan memenuhi inspirasi rakyat akan mendapat tempat. Rakyat akan membeli mereka sokongan kesetiaan dan undi dalam pilihanraya. Maka, setiap parti hendaklah bertungkus-lumus menyediakan idea-idea politik dan kenegaraan yang berkualiti dan praktikal untuk sebuah negara bernama Malaysia. Ini politik Ulul Albab, politik golongan yang matang dan masak fikiran mereka. Serasi dengan firman Allah: (maksudnya)



“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).



2. Jika ini dijadikan asas, maka tiada seorang pun boleh tampil menjadi pemimpin politik sedangkan dia katandusan idea dan karisma kepimpinan. Hanya mereka yang amanah dan berkemampuan sahaja layak memimpin. Pemimpin politik dikenali dengan ketajaman idea dan ketokohannya, bukan dengan gaya mewah dan hartanya. Firman Allah (maksudnya):



“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas: 26)



3. Bukan kerja sesebuah parti politik itu sekadar untuk menceritakan kelemahan lawannya, sedangkan dia sendiri kontang idea. Politik menuding jari kepada kesalahan orang lain tanpa mampu membukti kemampuan diri adalah politik adu-domba yang tidak sesuai untuk sebuah negara yang aman dan merdeka. Politik yang sekadar menceritakan hal ‘kain orang’ sehingga terlupa diri sendiri, tidak akan mampu membawa kita ke mana. Kehebatan ceramah atau ucapan politik bukanlah apabila ia sarat dengan mengutuk lawannya, tetapi kehebatan apabila mampu memberikan pandangan dan idea yang dapat membangunkan rakyat dan negara.



4. Islam adalah teras politik orang melayu, bahkan semua mereka yang mendakwa dirinya muslim. Kejayaan kita hanyalah apabila kita kembali berpegang dengan Islam yang tulen seperti mana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Tiada siapa yang patut berbeza pendapat dalam hal ini. Tokoh-tokoh politik muslim dalam negara ini hendaklah mendalami dan mempelajari politik dalam kacamata Islam. Politik dalam Islam sangat luas, fleksibel dan praktikal, namun sentiasa bertunjangkan wahyu. Bukan semua cakap ‘ustaz’ tentang politik itu boleh ditelan. Politik ada disiplinnya yang tersendiri yang memerlukan keluasan pengetahuan tentang maqasid syarak (tujuan syarak) yang memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara. Sekadar mempelajari beberapa hal dalam agama belum tentu dalam mendalami maksud politik dalam Islam.



5. Tafsiran politik sempit sekalipun atas nama Islam hendaklah ditolak. Politik dalam Islam tidak sempit tetapi luas dan lebar berteraskan maslahah rakyat. Persis seperti kata Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):



“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).



6. Justeru, UMNO atau selain mereka dalam memilih pandangan-pandangan agama dalam negara yang berbilang bangsa dan agama ini, hendaklah memilih pandangan yang paling kuat dari segi dalil dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan suasana negara. Islam akan menjadi mangsa jika isu-isu agama dimainkan mengikut selera politik. Dukacita –pada pandangan saya-UMNO kebelakangan ini memainkan isu-isu yang menjadikan UMNO seakan PAS di era 80an. Ketika PAS mula menonjolkan diri lebih terbuka dan cuba mengambil pandangan-pandangan yang lebih relevan untuk partinya, UMNO pula memainkan isu-isu yang ‘lekeh’. Isu-isu bukan muslim tidak boleh masuk masjid, tidak boleh berdoa untuk bukan muslim, isu wang judi dan seumpamanya menjadikan UMNO kelihatan mengadaptasi pandangan-pandangan sempit dan tidak relevan untuk sebuah pemerintahan yang bersifat pelbagai kaum dan agama. Media-media pro-UMNO menonjolkan pandangan-pandangan agama ‘jalur keras’ yang dibuat oleh tokoh-tokoh agama yang dipilih seakan berpihak kepada UMNO. Akhirnya, Islam menjadi mangsa, UMNO dipandangkan berbahaya.



7. Maka, politik idea dan ilmu hendaklah dimakmurkan.Politik ‘yes man’ tanpa memikirkan apa yang diungkapkan hendaklah dielakkan. Inilah yang terjadi apabila slogan Islam Hadari dilaungkan dan yang lain hanya mengangguk tanpa memberikan pandangan yang kritis. Akhirnya, slogan itu memakan diri UMNO.



Inilah pandangan saya yang ikhlas dan sepintas lalu untuk UMNO dan juga parti-parti politik yang lain.

PANDANGAN PAWANA

UMNO Perlu berubah dengan mengemukakan idea yang bernas untuk kemajuan dunia dan akhirat.Hilangkan politik mengadu domba dan memburukkan sesama manusia.Itu pun jika UMNO mahu golongan muda terus 'melekat' selamanya bersama UMNO.

Thursday, October 21, 2010


Gambar bersama isteri tersayang semasa berada di Kota Merudu.Kenangan sempena perkahwinan adik.


gambar penulis

gambar pemilik Blog PAWANA

Tuesday, October 19, 2010

PROJEK UMNO HANYA PECAH TANAH:JANJI POLITIK ATAU TIADA BAJET

Setiap kali Ketua Menteri Sabah melawat Pulau Nunuyan salah sebuah kampung di DUN SIBUGA pasti ada gimik pecah tanah untuk sesuatu projek.Saya difahamkan projek yang telah hampir 2 tahun tidak dilaksanakan iaitu masjid kampung.Selain itu, belum pun masijd dibangunkan( sebatang tiang pun belum berdiri), tiba-tiba KM meluluskan lagi projek dewan serbaguna kampung.

Seorang penduduk kampung berkata," balik-balik pecah tanah, bila buatnya".Kenapa ini terjadi sedangkan pengurusan penyediaan tapak tanah projek sudah disediakan.Apakah ini sekadar janji politik untuk menyedapkan ucapan atau kerajaan memang tiada bajet?

Pulau ini merupakan simpanan tetap undi UMNO yang setiap kali Pilihan raya pasti menyumbang mijoriti yang besar.Kawan saya berkata," jika kawasan sendiri tidak dipeduli, bagaimanalah nasib kawasan yang memang pembangkang mijoriti."Aduhai kesian YB Sibuga.Siapa dalang yang berani membuat onar melambatkan projek ini?

Apabila melintasi tempat pecah tanah yang terpampang projek bangunan dewan serbaguna itu, kawan saya ketawa.Saya bertanya kenapa tuan ketawa?katanya" inilah,balik-balik pecah tanah, sampai kiamat baru buat".

PBS bersatu membantu Bahagian yang tiada YB

Semenjak PBS bergabung dengan BN untuk menubuhkan kerajaan campuran Sabah, anggota pemimpin tertinggi dalam parti mula kehilangan 'taring' dan tidak lagi pandai 'menyalak'.Walaupun pernah bergelar pembangkang namun watak dan pemikiran anggota tertinggi seakan-akan seperti tin kosong.Walaupun berupaya timbul dipermukaan air tapi hanya hanyut tanpa arah.

Kemanakah perginya  mereka yang pernah digeruni oleh pemimpin UMNO dan komponen BN yang lain yang terlalu lantang memperjuangkan hak rakyat Sabah khususnya.Kenapa kini hanya menjadi seperti 'boneka' atau patung yang dimainkan dalam program wayang kulit?

Kedengaran di setiap bahagian PBS yang tidak mempunyai Yang Berhormat seperti peminta sedekah kepada komponen parti yang lain khususnya UMNO untuk meraih simpati wang ehsan untuk menjana Bahagian masing-masing agar tidak lumpuh dan strok.

Terdapat juga desas-desus ahli PBS yang agak terkilan dengan sikap pemimpin atasan PBS yang hanya mementingkan periuk nasi sendiri.Ketua bahagian terpaksa menanggung segala kos termasuklah yuran ahli,perbelanjaan untuk mesyuarat dan untuk menghadiri kongress tahunan yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan kepada setiap perwakilan yang tiada YB.

Mana sudah zaman kegemilangan PBS yang pernah menguasai Sabah.Tolonglah sedar terutamanya  kepada ahli YB yang banyak mendapat projek yang mungkin bernilai $*******takkanlah tak boleh menyumbang kepada bahagian yang ketandusan punca $$.Pemimpin  komponen BN yang lain seperti UMNO, MCA,LDP dll kemenangan anda di sesuatu kawasan adalah hasil kejasama padu kita.Jadi jangan lupakan kami yang pernah berjasa memenangkan wakil anda itu.

Penyokong PBS yang terkilan.

PBS perlu berubah.

PBS hilang taring
sembunyi kuku
Tak mengaum lagi
kenapa ini berlaku..
Anak PBS meraung
anak PBS kedahagaan
anak PBS hilang arah
anak PBS hilang punca
mana ibu PBS
mana bapa PBS
semua diam kaku membisu
apakah mereka telah dapat seladang atau kijang atau payau
buat makan sendiri
atau dikurung dalam istana besi berduri bergerigi,
Mana sudah ngauman mu
semua mulai lemah longlai
Ayuh jika kau terkurung
bangkit mengaum pasti penjaga itu tersedar..
Ayuh berubah kau adalah hero hutan belentara

Monday, October 18, 2010

PAWANA MENCARI PENAJA

Saya mengalu-alukan kepada tokoh politik yang keluar parti samada dari komponen BN atau PR untuk menaja PAWANA sebagai sebuah parti politik baru Sabah. Saya sedia memberikan idea kepada anda.
Datuk Karim Ghani anda perlu bergabung dalam PAWANA kerana tujuan dan hasrat kita sama iaitu untuk membela nasib rakyat Sabah.Oleh itu DKG anda dialu-alukan untuk menjadi penaja PAWANA.

PAWANA( Permuafakatan Anak Watan Nasional) diasaskan oleh MohD.Robil Esa berasal dari Beaufort Sabah.Kini menetap di Sandakan dalam DUN SIBUGA.Untuk lebih lanjut sila layari Blog watankini-watankini.

Semua yang berminat boleh berikan komen anda dalam blog ini..

Mencari Perubahan untuk Kebenaran dan kejayaan.

TERIMA KASIH NAJIB:PERTIMBANGKAN NASIB SURI RUMAH

 Bajet kali ini memberikan pelbagai komen daripada semua pihak.Ada yang menyokong dan ada juga yang memprotes.Sebagai rakyat biasa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PM DS Najib kerana membuat bajet yang terbaik untuk negara.
Walaupun bajet kali ini mengalami defisit namun diharapkan agar ekonomi negara terus berkembang.Selain itu, saya suka mencadangkan agar PM memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap nasib golongan suri rumah yang bertungkus lumus membantu menjana ekonomi negara secara tidak langsung.
Golongan ini amat ramai.Adalah amat bijak jika PM memberikan sedikit bajet kepada golongan ini bagi mengiktiraf jasa mereka.Jika PM melaksanakan bajet untuk suri rumah tuanlah menteri kewangan yang pertama didunia berbuat demikian.Belum ada dalam rekod dunia dan Malaysia.
Apalah salahnya jika suri rumah diberikan bantuan khas setiap bulan dengan RM200 bagi meringankan beban yang ditanggung oleh suami yang bekerja sendirian.Kesian kaum ibu ini,mereka seolah-olah dipingirkan oleh kerajaan sedangkan mereka inilah yang banyak mengundi kerajaan UMNO dan komponen BN yang lain sehingga berjaya membentuk kerajaan.Jika tiada kaum ibu yang sudi bersusah payah menjadi suri rumah sudah pasti kaum lelaki sukar untuk bekerja dengan baik.
Sekurang-kurangnya dengan sumbangan kerajaan ini dapatlah suri rumah meringankan beban suami.Malaysia kaya dan UMNO juga kaya.Mungkin inilah transformasi yang akan mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap kepimpinan UMNO.
Hidup UMNO/BN/MALAYSIA/NAJIB.........BANTUAN KHAS UNTUK SURI RUMAH MALAYSIA 2010.......RM200 SEORANG LEBIH MURAH DARIPADA MINYAK WANGI,SELUAR DALAM,BAJU TIDUR DAN MAKE-UP PARA MAK DATIN.

KAMI SOKONG BAJET INI DENGAN TAMBAHAN BANTUAN KHAS SURI RUMAH.

NASIB SABAH:MUSA AMAN DAN PARTI BARU

Nama DS Musa Aman memang tidak asing lagi terutamanya dikawasan DUN SIBUGA Sandakan.
Keprihatinan beliau dalam menangani masalah rakyat tidak dapat dinafikan.Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mempunyai misi dan visi yang tinggi untuk melihat rakyat dan negeri Sabah yang tercinta ini aman, makmur dan sejahtera.
Namun parti yang diharapkan dapat membawa perubahan kepada negeri ini iaitu UMNO amat menyedihkan.Perjuangannya tidak lagi seperti diawal-awal penubuhannya.Kebanyakkan pemimpinnya kini hanya mementingkan perut sendiri dan mengabaikan rakyat khususnya orang melayu dan islam.
Saya merasa amat terkilan dengan keadaan parti yang saya banga-bangakan semenjak kecil sebagai parti yang membela nasib rakyat namun ianya telah berubah.
Sebagai langkah yang bijak, Sabah perlu ditadbir oleh penduduk negeri ini sendiri.Oleh itu, amatlah perlu YB DS Musa Aman menimbangkan cadangan  menubuhkan sebuah parti baru bagi mengantikan UMNO.Masih belum terlambat untuk YB mencari penyelesaian dan membawa Sabah keluar daripada kerakusan pemimpin UMNO itu.
Jika YB DSMA masih setia dan mengharapkan UMNO mampu membela nasib rakyat Sabah, saya amat berharap agar YB DSMA dapat membawa perubahan dalam UMNO.Jika tidak lebih baik tubuhkan parti baru.
Saya yakin rakyat Sabah masih setiap kepada YB DSMA sebagai pemimpin negeri ini.YB DSMA merupakan pemimpin yang berkaliber dan berkarisma serta mempunyai semangat juang yang tinggi.Saya amat yakin dengan YB DSMA.Jika PBS,BERJAYA,USNO merupakan parti anak Sabah sendiri mampu memerintah Sabah dengan acuan sendiri, apakah mustahil YB DSMA tidak boleh?
Sebagai penyokong kuat YB DSMA yang sentiasa mendoakan kejayaan tuan dan negeri ini saya suka mencadangkan agar jika terbuka hati YB DSMA untuk membuat parti baru, gunakanlah PAWANA sebagai landasan untuk menerajui pentadbiran Sabah.
Parti Permuafakatan Anak Watan Nasional(PAWANA).

tulisan ini adalah pandangan peribadi pengasas PAWANA.

MUNGKINKAH PBS KEMBALI MEMERINTAH SABAH

Semenjak kebelakangan ini, kita telah digembar-gemburkan dengan pertelingkahan sesama sendiri terutama di dalam parti UMNO dan PKR.Segelintir daripada rakyat ini mula merasa bahang ketidakselesaan pihak kerajaan Sabah yang diterajui oleh parti komponen BN yang diketuai oleh parti UMNO.
Terdapat juga rakyat mula hilang kepercayaan kepada ketua menteri Sabah YB DS Musa Aman dalam membela nasib anak watan Sabah.Tidak dinafikan terdapat juga sedikit pembangunan yang dibuat di dalam negeri ini, namun rakyat biasa yang terdapat dikawasan pedalaman dan bandar masih lagi tertindas disebabkan kerakusan pemimpin BN yang lain.
Walaupun negari ini kaya dengan sumber asli, namun keadaan ekonomi dan pembangunan infrastuktur masih ditahap zaman jepun jika dibandingkan dengan disemenanjung.Kenapa ini berlaku?Kemanakah suara pemimpin-pemimpin sabah yang lain seperti Parti Bersatu Sabah(PBS) yang hampir cemerlang dalam mentadbir negeri ini suatu ketika dulu?Kenapa anda membisu tidak seperti semasa menjadi pembangkang iaitu sebelum menyertai BN.Wahai pemimpin-pemimpin PBSkembalikan jati diri anda dan gilap semula semangat perjuangan untuk membela nasib rakyat Sabah.
Oleh itu, jika PBS berubah dan membuat satu transformasi untuk membela rakyat Sabah dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil anda akan kembali memerintah negeri ini.Saya menyeru agar kita berganding bahu untuk mengembalikan nostalgia kejayaan PBS di Sabah.
Selain itu, Presiden PBS YB DS Pairin Kitingan marilah bergerak melangkah memantapkan perjuangan demi negeri yang tercinta ini.Kejutkan kembali semua bahagian dan cawangan yang ada untuk mengambil hati rakyat agar kembali menyokong PBS.Pilihan raya parlimen Batu Sapi yang akan diadakan tidak lama lagi akan menjadi kayu ukur samada PBS masih mampu untuk memenangi hati rakyat atau sebaliknya.
Sebagai rakyat biasa yang membesar dan merasai zaman kegemilangan PBS mentadbir Sabah, saya berharap agar pemimpin PBS tidak melupakan semua ahli PBS yang masih setiap terhadap perjuangan parti.Kami mengharapkan agar peruntukkan kepada semua cawangan disalurkan bukan setakat semasa pilihan raya sahaja.Walaupun BN/UMNO yang memerintah namun jangan lupa PBS juga adalah komponen BN.PBS juga bertanggungjawab untuk memberikan projek kepada rakyat melalui cawangan PBS.

Wednesday, October 13, 2010

BERSIHKAN NAMA BN

DISKRIMINASI BN KINI TERBUKTI?

Posted by admin | Thursday, October 14, 2010


Print
ShareThis
DISKRIMINASI di antara Rakyat Tempatan dan Rakyat Asing jelas dilaungkan oleh kerajaan UMNO/BN. Perumahan setinggan rakyat asing sekitar kawasan Masjid pekan Telupid yang terlibat dalam kawasan pembangunan kedai LPPB telah disokong oleh Ketua UMNO bahagian Beluran, James Ratib untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan.

Menurut surat Ketua UMNO Bahagian Beluran, bil UMNO/TP-GRPM/10/0110/01 bertarikh 1 Oktober 2010, James Ratib telah menulis surat kepada Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, Sabah untuk menyokong tuntutan bayaran pampasan terhadap dua pemohon iaitu Arsyad Haji Mappong dan Odding Abd malik yang menduduki tanah TL 087500267 di Tapak Komersil LPPB di Pekan Baru Telupid.

Kedua-dua pemohon tersebut telah dikenalpasti sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah mendapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah kerana sebelum ini mereka ada pemegang pasport tenaga kerja Indonesia.



Ironinya, pada tahun 2003, 50 orang peniaga kecil yang terdiri daripada rakyat tempatan yang dibenarkan oleh Pejabat Daerah Telupid untuk menduduki kawasan gerai dan tamu yang juga terlibat dalam kawasan pembangunan kedai LPPB telah diusir saperti binatang (dengan cara memotong bekalan elektrik dan air) dan tidak diberi sebarang pampasan atau penempatan semula.

Ini menunjukkan bahawa orang asing telah menjadi kesukaan dan kesayangan kepada kerajaan UMNO/BN Malaysia. Kejadian seperti ini bukan hanya terjadi di daerah Beluran tapi telah terjadi di daerah-daerah lain seluruh Sabah.

Kalau rakyat asing dapat tuntut pampasan mengapa rakyat tempatan dinafikan? Syabas Kerajaan 1Malaysia Najib kerana menghalalkan semua ini!

Oleh : ZIANNA MANDALI (SABAHKINI)

ULASAN PAWANA
JIKA BENAR SEPERTI YANG DIDAKWA,KERAJAAN BN PERLU BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENPERJELASKAN KEAADAN SEBENAR.
KAMI RAKYAT BIASA TETAP AKAN MENYOKONG KERAJAAN BN SELAGI HAK RAKYAT TIDAK DIABAIKAN.

TANAH UNTUK DIBANGUNKAN PROJEK RUMAH BURUNG WALIT

Sabah sejak dahulu lagi terkenal dengan perusahaan sarang burung layang-layang.Kawasan seperti Gua Gomantong dan Gua Madai Sabah telah menhasilkan jutaan kilogram sarang burung dan telah dieksport ke seluruh dunia.Selain itu, terdapat sebilang besar manusia yang berjaya bergelar jutawan melalui perusahaan ini.Persoalannya kini ialah mampukah kita memiliki gua-gua yang mempunyai sarang burung yang bernilai jutaan ringgit ini?Tetapi segala persoalan itu kini terjawab dengan adanya segelintir manusia yang berani berkongsi pengalaman menjadi jutawan segera melalui perusahaan sarang burung walit rumah.?Tahniah kepada individu yang banyak berjasa itu semoga kalian mendapat rahmat daripada Pencipta alam ini( Allah Swt).Persoalan baru pula timbul.Ada modal( RM$),tyeknologi, ilmu namun bagaimana dengan tanah?

kepada yang berminat untuk mencuba menjadi jutawan segera.Anda dialu-alukan untuk membangunkan projek Rumah Burung Walit(RBW) ditanah milik saya.Kawasan terhad iaitu 1 ekar.Potensi sudah terbukti.
untuk keterangan lanjut berikut ialah ciri-ciri kawasan tanah saya:
1. tanah terletak diantara jalan utama beaufort menumbuk sabah.
2.jauh dari kawasan perumahan.
3. terdapat sungai (sg. siantan dan sg. pendiki)
4. berhampiran kawasan ladang sawit
5. kemudahan elektrik dan air ada.
6. Belum ada RBW (tetapi ada burung yang telah menghuni rumah jiran dan menghasilkan setengah kilo sarang /rm2500.)
7. mempunyai koloni sekitar 400-500 ekor(melalui test call suara walit sarikei).
8. untuk lebih lanjut sila hubungi en.ESA BIN HJ.ABDULLAH di alamat kg. kota klias, Beaufort, Sabah no.hp 0198303252.

9.

Takziah kepada keluarga YB Edmund:Batu Sapi Sandakan

Kemalangan yang menimpa YBE mengemparkan seluruh warga parlimen Batu Sapi.Namun, semua sudah ketentuan Illahi.kehendak Tuhan bahawa yang hidup pasti akan mati tidak dapat dipertikaikan oleh sesiapapun.Kepada keluarga YBE saya mengucapkan takziah ke atas pemergian mendiang buat selama-lamanya.kebajikan yang telah mendiang lakukan selama menjadi wakil rakyat perlu diteruskan.