Friday, August 12, 2011

SEKOLAH AGAMA NEGERI KG.SG. KAYU: SANDAKAN

KERTAS KERJA CADANGAN PENUBUHAN

SEKOLAH AGAMA NEGERI KAMPUNG SUNGAI KAYU (SANKSK)

DI SEDIAKAN OLEH MOHD. ROBIL BIN ESA

1.0. PENGENALAN

Allah swt telah meletakkan kejayaan seluruh umat manusia hanya dalam agama islam iaitu sejauh mana manusia mentaati perintah Allah swt dan mengikut cara(sunnah) Nabi Muhammad saw.Oleh sebab itu, ilmu tentang agama islam wajib dipelajari agar dapat memandu manusia di atas jalan yang disukai oleh Allah swt, iaitu jalan yang membawa kejayaan di dunia dan akhirat. Justeru itu, penubuhan SANKSK amat sesuai untuk memastikan agama islam dapat diterapkan diperingkat usia muda lagi agar semua manusia khususnya penduduk Kampung Sungai Kayu, Sandakan mendapat kejayaan didunia dan akhirat.Selain itu, ramai ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke sekolah agama islam, namun daerah Sandakan amat kurang sekolah agama islam berbanding dengan daerah lain di Sabah.Jika ada pun jaraknya jauh daripada kampung contohnya SAN batu 1.5 Jalan Utara sandakan, SAN Tanjung Papat dan SAN Karamunting ianya memerlukan kos yang tinggi untuk menghantar anak ke sana .Di atas kesedaran masyarakat kampung tentang pentingnya belajar agama islam maka dicadangkan agar kerajaan negeri sabah membina sebuah sekolah agama negeri yang lengkap dengan kemudahan dan tenaga pengajarnya di kampung ini bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah.Semoga dengan usaha ini dapat melahirkan sebuah masyarakat islam seperti di zaman Baginda Nabi Muhammad saw bersama para sahabatnya yang penuh dengan keberkatan dan keredhaan Allah swt.Insyaallah.



2.0. OBJEKTIF.

Objektif penubuhan SANKSK adalah seperti berikut:-

1. Melahirkan generasi yang beriman dan bertakwa kepada Allah swt.

2. Melahirkan generasi yang mengamalkan sunnah Nabi dan beramal dengannya.

3. Melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman, beramal, berpenghayatan dan berjiwa serta berakhlak mulia.

4. Melahirkan modal insan,para Ulama’dan pendakwah yang bertaqwa, berketerampilan, diiktiraf selaras dengan keperluan ummah dan negara.

5. mewujudkan suasana masyarakat yang mengamalkan kesesluruhan agama islam sebagai cara hidup.



3.0. TUJUAN KERTAS KERJA

Untuk memohon dan mendapatkan peruntukan serta kelulusan daripada KERAJAAN NEGERI SABAH sehingga wujudnya sebuah Sekolah Agama Negeri di kampung Sungai Kayu,Sandakan dalam tempoh masa yang paling SEGERA.

Untuk tindakan pihak yang bertanggungjawab khususnya YB DUN SIBUGA DAN YB PARLIMEN LIBARAN.



4.0. CADANGAN TAPAK ,BANGUNAN DAN KELENGKAPAN

4.1. Tapak SANKSK yang dicadangkan oleh AJK PENAJA ialah:

• Tanah wakaf masjid Kampung Sungai Kayu bahagian belakang yang berkeluasan lebih kurang 0.5 ekar.

• Sekolah kebangsaan Kampung Sungai Kayu lama.(jika sudah berpindah ke sekolah yang baru).

4.2. Kreteria Bangunan Sekolah(FASA 1)

• Berukuran 30 kaki x 50 kaki x 2 buah bangunan.

• Mempunyai 3 buah bilik darjah, sebuah pejabat dan 4 buah tandas.

• Bangunan konkrit dan berpagar keliling.

• Keluasan sebuah bilik darjah 30 x 25 kaki iaitu 600 kaki persegi

• Sebuah rumah guru 20 kaki x 30 kaki.



4.3. Kelengkapan Sekolah

• 100 buah kerusi dan meja murid.

• Papan tulis dan kemudahan sekolah yang lain.

• Sekurang-kurangnya 3 orang guru yang bertauliah daripada JHEAINS.



5.0 ANGGARAN KOS

• Kos Bangunan dan kelengkapannya sekitar RM 300,000 sahaja.

• Kos meratakan dan menimbus tanah sekitar RM 50,000 sahaja.

• Gaji guru seramai 3 ORANG ditangung oleh KERAJAAN NEGERI SABAH.





6.0 HARAPAN

Penubuhan SANKSK baru ini merupakan satu tuntutan agama. Ia juga amat penting kepada masyarakat Islam khususnya di kampung Sungai Kayu dan Sabah amnya. Semoga ajaran agama islam dapat difahami, diamalkan dan disebarkan keseluruh alam serta memastikan agar ianya terus bertapak di bumi Allah SWT khususnya di Malaysia.

Semoga ianya menjadi mercu tanda kerajaan UMNO/ BN di Sabah dibawah pimpinan YB Datuk Musa Aman yang amat prihatin dan mendengar denyut nadi rakyat dalam menegakkan syiar islam di negeri ini.

Di sediakan oleh Di Semak oleh

................................................                                                           

(MOHD.ROBIL BIN ESA )                                                           

Setiausaha Penaja SANKSK                                                             


Di Sahkan oleh

................................................

(EN.MIDAL BIN LAJAN )

pengerusi Penaja SANKSK


LAMPIRAN
MINIT MESYUARAT AJK PENAJA PENUBUHAN SEKOLAH AGAMA NEGERI KAMPUNG SUNGAI KAYU, SANDAKAN, SABAH.(SANKSK) BIL. 01/2011

Tarikh : 8 Ogos 2011

Masa : 4 petang

Hari : Sabtu

Tempat : Masjid Kampung Sungai Kayu, Sandakan.



Kehadiran:

1. En. Hj. Nabin  12. En. Rosli

2. En. Midal        13. En. Sukerman

3. En Awang       14. En. Jumiri

4. En. Robil         15. En. Sakil

5. En. Jainal         16. En. Azmi

6. En. Hj. Abdul Sani 17. En. Jeffry

7. En. Surisno        18. En. Suhaimi

8. En. Roziz           19. En. Sabari

9. Hj.Jaafar                20. En. Yunus

10. En. Amirin            21. En. Mohd. Nor

11. En. Zakaria           22. En. Baharuddin


Agenda mesyuarat

1. Taklimat agenda mesyuarat oleh Encik Mohd. Robil Bin Esa

2. Pembentukan AJK penaja SANKSK 2011.

3. Tindakan susulan.

4. Hal-hal lain.



AGENDA/ PERKARA/ TINDAKAN



1.0. Taklimat agenda mesyuarat oleh Encik Mohd. Robil Bin Esa

1.1 . En. Mohd. Robil mengucapkan salam dan mengucapkan terima kasih kerana kesudian untuk hadir ke mesyuarat ini.

1.2 En. Mohd. Robil menerangkan agenda mesyuarat hari ini secara terperinci.

1.3 En. Robil melantik En. Hj. Nabin menjadi pengerusi sementara mesyuarat.



2.0. Pembentukan AJK penaja SANKSK 2011.

2.1 En. Hj. Nabin meminta semua yang hadir memberikan kerjasama untuk memilih AJK penaja SANKSK 2011.

2.2 En. Hj. Nabin mencadangkan En. Midal menjadi pengerusi dan disokong oleh En. Jaafar.

2.3 En. Robil mencadangkan En. Jilan menjadi Timbalan pengerusi dan disokong oleh En. Midal.

2.4 En.Roziz mencadangkan En. Robil menjadi dan Setiausaha dan di sokong oleh En. Amirin

2.5 En. Nabin Mencadangkan En. Jainal sebagai timbalan setiausaha dan disokong oleh En. Surisno

2.6 En. Hj.Surisno mencadangkan En. Hj. Sani sebagai bendahari dan disokong oleh En. Zakaria.

2.7 En. Hj. Sani mencadangkan En. Surisno sebagai timbalan bendahari dan disokong oleh En. Nabin.

2.8 En. Robil mencadangkan En.Roziz, En. Amirin, En. Sukerman dan En. Suhaimi sebagai AJK Kecil dan disokong oleh En. Midal.

2.9 En. Midal mencadangkan agar Keputusan pemilihan ini dipersetujui oleh ahli mesyuarat yang hadir dan disokong oleh En. Nabin.

2.10 En. Midal selaku pengerusi baru Ajk penaja SANKSK memberikan nasihat agar semua AJK yang telah dilantik memberikan kerjasama kepada beliau.



3.0. Tindakan susulan.

3.1 En. Midal meminta ahli mesyuarat mencadangkan tindakan susulan yang perlu dibuat.

3.2 En. Nabin mencadangkan agar kertas kerja dibuat dan disokong oleh En. Sani

3.3 En. Robil mencadangkan agar memaklumkan kepada YB Datuk Musa atau YB Datuk Jusli di sokong oleh En. Midal.

3.4 En. Jainal mencadangkan agar memohon nasihat daripada pihak Jheains Sandakan disokong oleh En. Surisno.

3.5 En. Amirin mencadangkan agar diambil pandangan penduduk kampung dan disokong oleh En. Roziz.

4.0. Hal-hal lain.

4.1. En. Midal mengucapkan terima kasih kerana semua yang hadir memberikan kerjasama.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5 petang dan tarikh mesyuarat akan datang, akan diberitahu kelak.


Di sediakan oleh                                                       Di sahkan oleh



………………………….                                        ……………………………..

Setiausaha Penaja SANKSK                                  Pengerusi Penaja SANKSK



KEPUTUSAN MESYUARAT PENUBUHAN AJK PENAJA

SEKOLAH AGAMA NEGERI KG.SG.KAYU.(SANKSK)

SANDAKAN, SABAH.

KEPUTUSAN MESYUARAT BIL. 01/ 2011.

TARIKH : 8 OGOS 2011

MASA : 4 PETANG

HARI : SABTU

TEMPAT : MASJID KAMPUNG SUNGAI KAYU, SANDAKAN.



PENASIHAT : EN. HJ. NABIN

PENGERUSI : EN. MIDAL

TIMB. PENGERUSI : EN. JILAN

SETIAUSAHA : EN. ROBIL

TIMB. SETIUSAHA : EN. JAINAL

BENDAHARI : EN. HJ. ABDUL SANI

TIMB. BENDAHARI : EN. SURISNO

AJK PENERANGAN : EN. ROZIZ

AJK JURU AUDIT : EN.SUKERMAN

AJK KESELAMATAN : EN. AMIRIN

AJK PENDIDIKAN : EN.UST. SUHAIMI

















No comments:

Post a Comment