Monday, October 25, 2010

PBS SIBUGA KECEWA 2010

Keputusan yang dibuat oleh presiden PBS amat mengejutkan dan menimbulkan rasa terkilan kepada ahli PBS Sibuuga yang selama ini menantikan peluang keemasan untuk memantapkan lagi parti PBS.

Pemilihan Datin Linda mendapat bantahan oleh ahli PBS Sibuga kerana sepatutnya Presiden memberi peluang kepada ahli PBS Sibuga untuk mencuba nasib dalam PRK Batu Sapi nanti.Sebelum ini Batu Sapi diwakili oleh mendiang Edmun yang merupakan ketua bahagian PBS Elopura.

Ahli PBS Sibuga semakin bertambah parah dan menunggu tumbang kerana kekurangan dana untuk meneruskan perjuangan membela rakyat yang terdapat di kawasan Sandakan.Walaupun PBS dibawah naungan BN, namun PBS Sibuga khususnya seperti pengemis dijalanan yang meminta simpati daripada orang ramai.

Jika beginilah sikap presiden, tunggulah zaman kehancuran PBS.Orang yang dizalimi pasti akan mendapat pembelaan disisi Tuhan.

ahli yang kecewa.

Sunday, October 24, 2010

PRK PARLIMEN BATU SAPI: NASIHAT KEPADA CALON

Berita terkini Batu Sapi 25oktober 2010

Senarai calon yang bertanding
BN/PBS: Datin Linda
PR/PKR: Ansari
SAPP: Datuk Yong Teck Lee

Semoga semua calon yang bertanding bekerja keras untuk membantu rakyat.
Cadangan kepada calon yang bertanding agar mencapai kemenangan
1. Ingat Tuhan yang menciptakan kita selalu kerana Dialah yang memberi kemenangan dan kekalahan.
2. Buat baik( jangan pilih kasih).
3. Niat untuk bantu rakyat bukan untuk kaya sendiri.
4. Jangan main rasuah nanti kemenangan tidak berkat.
5. Mesyuarat: ambil pandangan semua pihak terutamanya golongan bawahan( rakyat)
6. Hari-hari ziarah rakyat.Jangan lupa rendahkan diri walaupun kita kaya berharta dan berkuasa.
7.Selami hati rakyat; tanya apa mereka mahu?
8.Jangan menabur janji;Zaman ini bukan lagi boleh ditabur dengan janji-janji manis.Cakap terus buat.
9. Banyakkan sedekah.Jangan Pilih bulu.
10. Banyakkan doa dan minta orang lain tolong doakan.
Selamat berkempen

BULI DAN KECURIAN:ASRAMA SMK AGAMA SANDAKAN

Isnin,25 Oktober-Sandakan

Beberapa orang ibu bapa pelajar SMK Agama Sandakan mengadu kerana tidak berpuas hati dengan keadaan asrama sekolah tersebut.Sejak kebelakangan ini ramai penghuni asrama mengalami trauma kerana sering dibuli oleh penghuni asrama yang lebih senior.
Menurut salah seorang penjaga kepada pelajar tersebut,beliau berkata" almari anaknya seringkali diselongkar dan barang-barangnya dicuri". Selain itu, ada juga yang kehilangan duit, telekung, bantal,tafsir al-Quran, pakaian kokurikulum dsb.
Kejadian ini mungkin seringkali berlaku, namun penjaga dan ibubapa yang terlibat memberitahu bahawa kes ini telah diadukan kepada pihak pentaddbir sekolah.Agak mengecewakan sejak Januari sehingga kini pengadu menyatakan belum ada tindakan yang diambil oleh pihak sekolah.

Seorang bapa kepada pelajar tersebut merasa agak terkilan kerana anaknya seringkali mengadu dibuli dan barang-barangnya dicuri.Lebih memeranjatkan lagi terdapat murid senior yang berani merokok dan meninggalkan puntungan rokok dibawah tilam murid junior.Terdapat juga beberapa tindakan beberapa murid yang keterlaluan yang sanggup kencing didalam bilik pelajar junior tersebut.

Jika perkara ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan dikhuatiri bukan ulama yang akan dilahirkan malah sebaliknya.Adalah disarankankan kepada pihak sekolah agar lebih bertanggungjawab dan prihatin bagi mengekang masalah ini.

Tujuan berita ini ditulis adalah untuk mewakili beberapa orang penjaga murid asrama yang inginkan agar anak mereka menjadi insan yang terbaik dunia dan akhirat.Walaupun terdapat ibubapa yang tidak kisah tentang perkara ini, namun segelintir ibubapa amat tertekan kerana terpaksa mengeluarkan bajet luar jangka untuk membeli barang baru bagi mengantikan barangan yang telah dicuri tersebut.

Selain itu, dikhuatiri jika gejala ini tidak ditangani segera, kemungkinan besar pelajar junior akan mengalami trauma untuk meneruskan pembelajaran disekolah ini.Bagi jangka masa panjang, imej sekolah agama akan tercalar disebabkan segelintir murid yang tidak berdisiplin.

Saranan kepada pihak sekolah agar dapat menyediakan CC TV di setiap bilik dan persekitaran asrama untuk memantau kegiatan yang tidak bermoral.



Ibubapa dan penjaga yang prihatin.

Friday, October 22, 2010

sifat anak bergantung kepada amalan ibu bapa

Panduan Untuk Mendapat Anak Soleh
Anak adalah amanah Allah SWT. Kita hendaklah menjaga amanah itu dengan sempurna. Begitu pun, Allah SWT memberi petunjuk dan pedoman untuk menjaga amanah itu. Terpulanglah kepada kita untuk menerima atau menolaknya, tepuk dada tanya iman.
Proses pembentukan anak soleh dan bertakwa bukan bermula pada peringkat bayi, malah bermula sebelum perkahwinan lagi. Prosesnya adalah :



Niat

Nabi Muhammad SAW bermaksud: “Sesungguhnya setiap amalan itu adalah mengikut niat. Dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu mendapat apa yang diniatkan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seseorang bernikah dengan niat melahirkan anak yang berjaya di dunia dan akhirat adalah berbeza dengan mereka yang berkahwin semata-mata memuaskan hawa nafsu dan tidak mengikut syariat Islam. Ini berkemungkinan akan mendapat anak yang berjaya dalam bidang keduniaan semata-mata.

Memilih pasangan soleh

Mereka yang berkahwin kerana kecantikan semata-mata perlu menyedari bahawa ia bersifat sementara. Perkahwinan adalah ujian kesabaran, pengorbanan dan ketahanan. Berapa ramai manusia yang cantik molek, gagah, kacak dan kaya raya, berkahwin hari ini, bulan depan bercerai.
Isteri solehah pula senang mendengar teguran dan nasihat. Mereka juga selalunya mempunyai usaha untuk membaca, mendengar dan mencari ilmu Islam. Tentu mereka ini yang layak untuk membantu anak supaya menjadi insan soleh dan solehah.

Menanam benih

Ketika menanam benih (persetubuhan) hendaklah kita mengikut sunat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dengan sekurang-kurangnya membaca doa.
Ia penting supaya benih kita mendapat mendapat keberkatan dan terhindar daripada perbuatan syaitan.
Sesungguhnya iblis dan syaitan sentiasa bersama kita dalam setiap pekerjaan seperti makan, minum dan dalam persetubuhan yang tidak disebut nama Allah SWT.
Dengan doa dan mengingat Allah SWT, percampuran suami dan isteri diredai Allah SWT sepanjang masa. Lupa dan menderhaka kepada Allah SWT, lebih-lebih lagi benci kepada-Nya, akan menyebabkan anak yang lahir tidak mengenai Allah SWT.

Makanan halal

Setiap perempuan mengandung, mesti menjauhi makanan dari sumber syubhah (diragui), apatah lagi yang haram seperti perjudian, riba dan rasuah. Hal ini bukan saja ketika hamil, malah sepanjang masa.
Untuk menjadi makanan halal dan berkat apabila dimakan, hendaklah diucapkan lafaz ijab dan kabul ketika berjual beli. Harta yang dimiliki hendaklah dikeluarkan zakat supaya bersih dan halal. Hal ini kerana zakat itu bermakna bersih lagi bertambah. Mudah-mudahan kehidupan suami isteri bertambah sayang dan lahir zuriat bersih, lagi mulia akhlaknya.
Bagi melahirkan zuriat soleh jua, keluarga hendaklah menekankan kebersihan dalam makanan. Contoh makanan tidak bersih adalah roti canai/murtabak menggunakan telur ayam yang tidak dibasuh terlebih dulu. Hal ini kerana telur yang tidak dibasuh itu menyebabkan roti canai/murtabak menjadi kotor dengan najis ayam.
Setiap makanan dan pakaian yang syubhah dan haram akan menjadi benih kita seterusnya menjadi darah daging anak cucu. Ia yang akan membentuk hati dan perasaan serta akal, lalu menjadikan mereka degil, keras hati, bodoh dan sebagainya.

Membanyakkan ibadah

Ibu bapa hendaklah banyak beramal dan beribadah. Buat yang wajib dan tambah yang sunat, terutama solat lima waktu. Perbanyakkan membanyakkan membaca al-Quran kerana ia mempunyai kesan langsung kepada lidah, hati dan lebih-lebih lagi kepada janin anak yang dikandung.
Ibu bapa hendaklah menjauhi semua jenis maksiat yang boleh sampai kepada janin melalui pancaindera seperti hiburan, filem dan majalah yang melalaikan.
Membentuk anak agar menjadi insan soleh, lagi pintar dan bijaksana adalah kewajipan kita yang berat. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana adalah perintah Allah SWT.

URAT CIPTAAN ALLAH

Kenapa Urat Biru? Mengapa terdapat urat yang menyalurkan darah di tubuh kita berwarna biru?
Jantung kita selalunya mengepam darah ke seluruh tubuh. Sel darah merah membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh sel lain di dalam badan kita.Oksigen menjadikan sel darah merah kelihatan berwarna merah terang.Apabila sel-sel berkenaan selesai menyalurkan oksigen, sel darah merah akan kelihatan biru tua atau ungu.
Terdapat dua jenis urat darah. Arteri merupakan urat darah yang membawa darah berwarna merah terang yang kaya dengan oksigen keluar daripada jantung manakala urat pula menyalurkan semula darah berwarna biru tua yang tidak mempunyai oksigen ke jantung dan paru-paru.
Arteri terletak jauh di dalam badan kita tetapi urat terletak dekat dengan kulit kita.
Jadi urat darah yang berwarna biru itu adalah urat yang membawa darah balik ke jantung dan paru-paru untuk dipamkan dengan oksigen.

Arak itu HARAM.

Pelajar Arab beritahu pegawai agama, arak halal di negara mereka

NILAI - Sebagai helah untuk melepaskan diri, sekumpulan pelajar Islam dari sebuah negara Arab memberitahu bahawa arak adalah halal di di negara mereka.
Namun pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) tidak termakan dengan kelentong para pelajar berusia 20-an itu.
Malah mereka menjadi terkedu apabila diberitahu bahawa pegawai JAINS pernah belajar di negara mereka dan apa yang disebut mereka adalah bohong.
"Saya tidak peduli. Ini negara saya dan negara saya tidak benarkan orang Islam seperti kamu minum arak. Kamu melanggar peraturan dan undang-undang Islam di negara saya akan menghukum kamu," kata salah seorang pegawai JAINS.
Dalam drama selama 15 minit itu, turut menyaksikan salah seorang dari tiga pelajar terbabit terlentang di tengah-tengah pusat hiburan tersebut akibat terlalu mabuk.
Mereka adalah antara 25 orang yang diberkas dalam operasi JAINS di tiga pusat hiburan di sekitar Nilai yang bermula 11 malam tadi hingga 3 pagi tadi.
Yang turut diberkas ialah empat penjawat awam kerana mengambil minuman keras.
Pegawai Penyelaras Operasi JAINS, Mohd Zol Sidek berkata, maklumat empat penjawat awam berkenaan yang berusia dalam lingkungan 40-an dari kalangan pasukan beruniform akan didedahkan kepada ketua jabatan mereka.
"Mereka yang ditahan dalam operasi ini akan didakwa di bawah Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan jika sabit kesalahan, mereka akan dikenakan denda tidak lebih dari RM3,000 atau penjara dua tahun," katanya kepada Bernama.
Operasi yang disertai 42 pegawai JAINS, polis dan Majlis Keselamatan Negeri itu berjaya menahan 27 orang Islam termasuk dua wanita kerana meminum arak.-Bernama

Pameran Hitler

Hitler jadi daya tarikan


BERLIN - Pameran “Hitler and the Germans" di Muzium Sejarah Jerman yang menyiasat mengenai kebangkitan pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler, menarik lebih 10,000 pengunjung sejak dibuka, minggu lalu.
Jurucakap muzium itu, Rudolf Trabold berkata. lebih 4,000 pengunjung menghadiri pameran tersebut pada hari pertama pembukaannya.
Orang ramai dilaporkan beratur panjang dan menunggu selama satu jam untuk memasuki muzium itu.
Trabold berkata, pameran itu menarik perhatian luar biasa kerana ia adalah pameran pertama yang menerangkan bagaimana seorang lelaki yang tidak mempunyai apa-apa boleh bertukar menjadi pemimpin Jerman yang digeruni pada masa tersebut.
"Kita semua mendapat kesan daripada Hitler jadi pameran ini sesuatu yang boleh difahami oleh semua serta dapat membantu rakyat Jerman dan orang luar untuk lebih memahami sejarah negara itu," katanya.
Penganjuran pameran itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan media Jerman yang khuatir ia akan menjadi pusat penyokong yang taksub dengan pemimpin Jerman tersebut.
Menurut Trabold, walaupun terdapat pengunjung yang berfahaman Neo-Nazi ke pameran itu, namun tiada sebarang masalah timbul.

UMNO PERLU BERUBAH DEMI ISLAM

Disiarkan pada Oct 22, 2010 dalam kategori Komen & Pendapat


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010: SATU PANDANGAN

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin







Seperti biasa, setiap hari Khamis saya akan menulis untuk ruangan ini untuk disiarkan oleh Sinar Harian pada hari Jumaat. Biasanya, saya akan menjawab soalan-soalan yang dihantar, ataupun kadang-kala mencoretkan tentang perjalanan saya ke negara tertentu. Pagi Khamis saya agak kelam kabut. Saya terpaksa menulis seawal jam 4 pagi kerana pagi ini saya akan bermusafir ke Dubai dan sehari selepas itu ke Doha. Ada forum di kota tempat tersebut mengenai Islam, Melayu dan Masa Depan Malaysia. Saya terlibat sebagai seorang dari panelisnya.







Forum itu dianjurkan oleh golongan professional rakyat Malaysia yang berada di sana. Ratusan rakyat kita dengan gaji yang besar hidup di kedua negara tersebut. Mereka akan pulang dan mampu mempengaruhi keluarga dan sahabat. Mereka ingin mendengar isu-isu tanahair secara langsung dari tokoh-tokoh yang mereka jemput. Alhamdulillah, saya turut dijemput. Di samping itu saya juga ada beberapa siri ceramah yang lain di sana.







Sebenarnya, sehari dua ini saya menghadiri Persidangan Agung UMNO. Saya menjadi tetamu jemputan semasa perasmian sayap-sayap UMNO oleh YAB Timbalan Presiden UMNO. Juga saya menghadiri ucapan dasar YB Ketua Pemuda UMNO. Pada hari ini (Khamis), saya juga mendapat jemputan untuk ucapan dasar Presiden, cumanya saya terpaksa berangkat ke Dubai. Semalam (Rabu) saya menjadi panel siaran langsung di Awani memberikan pandangan apa yang saya lihat dan nilai mengenai Perhimpunan Agung UMNO berasaskan ucapan-ucapan dari sayap-sayap parti tersebut.



Ya, kehadiran saya dalam Perhimpuan Agung UMNO menimbulkan banyak persoalan dari wartawan, rakan-rakan dan selain mereka. Apakah saya ingin menyertai politik? Saya enggan mengulas hal ini. Politik kita sepatutnya pergi lebih jauh daripada sekadar mengisi borang ahli. Politik bukan sekadar dalam kepungan pagar-pagar kepartian. Politik sepatutnya berteraskan pemikiran dan idea. Jika politik diukur dengan pandangan dan idea, saya kira saya telah cuba melakukannya selama ini.



Namun, saya juga ingin berterima kasih kepada UMNO, maklum saja, pandangan-pandangan saya kebelakangan ini agak ‘tajam’ buat UMNO terutama yang membabitkan isu-isu agama di mana saya menentang penafsiran sempit tentang isu bukan Islam masuk masjid, berdoa untuk bukan Islam, isu wang judi untuk fakir miskin dan lain-lain. Namun, UMNO masih menjemput saya. Ruang menerima perbezaan nampaknya masih ada dibandingkan dengan sesetengah kumpulan politik yang lain. Bahkan saya menjadi panel semasa forum anjuran Kelab UMNO luar negara di PWTC dua hari sebelum Persidangan Agung parti itu bermula. Ruang kesediaan mendengar pandangan luar terutama ‘pihak ketiga’ yang tiada kepentingan merebut kerusi harap disuburkan lagi oleh UMNO dalam usaha membaik pulih parti tersebut.



Di sini, saya ingin berkongsi dengan pembaca saya di sini beberapa pandangan tentang politik kita dalam negara ini khusus apa yang saya lihat dalam Perhimpunan UMNO tersebut. Saya sebenarnya tertarik dengan isi ucapan YB Ketua Pemuda UMNO yang saya rasa melakarkan politik yang lebih terbuka dan politik era baru. Sayap-sayap yang lain –minta maaf- pada saya masih lagi dalam ‘rentak semalam’ dan belum menggambarkan politik era baru.



Namun, ucapan pemuda menuju kepada inspirasi politik masa hadapan. Politik yang berani menilai tindakan parti sendiri, bukan ‘pak turut’, politik yang merentasi sempadan perkauman dan tafsiran agama secara sempit, politik yang berteraskan ketajaman idea, bukan kerakusan kuasa. Gesaan untuk gerakan politik berasaskan ‘perang idea’ bukan ugutan menggunakan kuasa adalah sesuatu yang diperlukan di masa kini. Cuma saya masih tertanya, mampukah UMNO melaksanakannya.



Saya ingin menyebut beberapa perkara di sini yang berkait dengan sudut agama;



1. Kita mengharap parti-parti yang diwujud dalam negara ini bersaing secara sihat. Mereka hendaklah menjadi pasaran idea yang menguntungkan negara. Mereka hendaklah bak pasar terbuka yang menyediakan barangan segar dan berkualiti yang dapat dinikmati oleh rakyat. Sesiapa yang berjaya menyediakan barangan yang terbaik dan memenuhi inspirasi rakyat akan mendapat tempat. Rakyat akan membeli mereka sokongan kesetiaan dan undi dalam pilihanraya. Maka, setiap parti hendaklah bertungkus-lumus menyediakan idea-idea politik dan kenegaraan yang berkualiti dan praktikal untuk sebuah negara bernama Malaysia. Ini politik Ulul Albab, politik golongan yang matang dan masak fikiran mereka. Serasi dengan firman Allah: (maksudnya)



“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).



2. Jika ini dijadikan asas, maka tiada seorang pun boleh tampil menjadi pemimpin politik sedangkan dia katandusan idea dan karisma kepimpinan. Hanya mereka yang amanah dan berkemampuan sahaja layak memimpin. Pemimpin politik dikenali dengan ketajaman idea dan ketokohannya, bukan dengan gaya mewah dan hartanya. Firman Allah (maksudnya):



“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas: 26)



3. Bukan kerja sesebuah parti politik itu sekadar untuk menceritakan kelemahan lawannya, sedangkan dia sendiri kontang idea. Politik menuding jari kepada kesalahan orang lain tanpa mampu membukti kemampuan diri adalah politik adu-domba yang tidak sesuai untuk sebuah negara yang aman dan merdeka. Politik yang sekadar menceritakan hal ‘kain orang’ sehingga terlupa diri sendiri, tidak akan mampu membawa kita ke mana. Kehebatan ceramah atau ucapan politik bukanlah apabila ia sarat dengan mengutuk lawannya, tetapi kehebatan apabila mampu memberikan pandangan dan idea yang dapat membangunkan rakyat dan negara.



4. Islam adalah teras politik orang melayu, bahkan semua mereka yang mendakwa dirinya muslim. Kejayaan kita hanyalah apabila kita kembali berpegang dengan Islam yang tulen seperti mana yang dikehendaki oleh Allah dan RasulNya. Tiada siapa yang patut berbeza pendapat dalam hal ini. Tokoh-tokoh politik muslim dalam negara ini hendaklah mendalami dan mempelajari politik dalam kacamata Islam. Politik dalam Islam sangat luas, fleksibel dan praktikal, namun sentiasa bertunjangkan wahyu. Bukan semua cakap ‘ustaz’ tentang politik itu boleh ditelan. Politik ada disiplinnya yang tersendiri yang memerlukan keluasan pengetahuan tentang maqasid syarak (tujuan syarak) yang memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara. Sekadar mempelajari beberapa hal dalam agama belum tentu dalam mendalami maksud politik dalam Islam.



5. Tafsiran politik sempit sekalipun atas nama Islam hendaklah ditolak. Politik dalam Islam tidak sempit tetapi luas dan lebar berteraskan maslahah rakyat. Persis seperti kata Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):



“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia-sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).



6. Justeru, UMNO atau selain mereka dalam memilih pandangan-pandangan agama dalam negara yang berbilang bangsa dan agama ini, hendaklah memilih pandangan yang paling kuat dari segi dalil dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan suasana negara. Islam akan menjadi mangsa jika isu-isu agama dimainkan mengikut selera politik. Dukacita –pada pandangan saya-UMNO kebelakangan ini memainkan isu-isu yang menjadikan UMNO seakan PAS di era 80an. Ketika PAS mula menonjolkan diri lebih terbuka dan cuba mengambil pandangan-pandangan yang lebih relevan untuk partinya, UMNO pula memainkan isu-isu yang ‘lekeh’. Isu-isu bukan muslim tidak boleh masuk masjid, tidak boleh berdoa untuk bukan muslim, isu wang judi dan seumpamanya menjadikan UMNO kelihatan mengadaptasi pandangan-pandangan sempit dan tidak relevan untuk sebuah pemerintahan yang bersifat pelbagai kaum dan agama. Media-media pro-UMNO menonjolkan pandangan-pandangan agama ‘jalur keras’ yang dibuat oleh tokoh-tokoh agama yang dipilih seakan berpihak kepada UMNO. Akhirnya, Islam menjadi mangsa, UMNO dipandangkan berbahaya.



7. Maka, politik idea dan ilmu hendaklah dimakmurkan.Politik ‘yes man’ tanpa memikirkan apa yang diungkapkan hendaklah dielakkan. Inilah yang terjadi apabila slogan Islam Hadari dilaungkan dan yang lain hanya mengangguk tanpa memberikan pandangan yang kritis. Akhirnya, slogan itu memakan diri UMNO.



Inilah pandangan saya yang ikhlas dan sepintas lalu untuk UMNO dan juga parti-parti politik yang lain.

PANDANGAN PAWANA

UMNO Perlu berubah dengan mengemukakan idea yang bernas untuk kemajuan dunia dan akhirat.Hilangkan politik mengadu domba dan memburukkan sesama manusia.Itu pun jika UMNO mahu golongan muda terus 'melekat' selamanya bersama UMNO.

Thursday, October 21, 2010


Gambar bersama isteri tersayang semasa berada di Kota Merudu.Kenangan sempena perkahwinan adik.


gambar penulis

gambar pemilik Blog PAWANA

Tuesday, October 19, 2010

PROJEK UMNO HANYA PECAH TANAH:JANJI POLITIK ATAU TIADA BAJET

Setiap kali Ketua Menteri Sabah melawat Pulau Nunuyan salah sebuah kampung di DUN SIBUGA pasti ada gimik pecah tanah untuk sesuatu projek.Saya difahamkan projek yang telah hampir 2 tahun tidak dilaksanakan iaitu masjid kampung.Selain itu, belum pun masijd dibangunkan( sebatang tiang pun belum berdiri), tiba-tiba KM meluluskan lagi projek dewan serbaguna kampung.

Seorang penduduk kampung berkata," balik-balik pecah tanah, bila buatnya".Kenapa ini terjadi sedangkan pengurusan penyediaan tapak tanah projek sudah disediakan.Apakah ini sekadar janji politik untuk menyedapkan ucapan atau kerajaan memang tiada bajet?

Pulau ini merupakan simpanan tetap undi UMNO yang setiap kali Pilihan raya pasti menyumbang mijoriti yang besar.Kawan saya berkata," jika kawasan sendiri tidak dipeduli, bagaimanalah nasib kawasan yang memang pembangkang mijoriti."Aduhai kesian YB Sibuga.Siapa dalang yang berani membuat onar melambatkan projek ini?

Apabila melintasi tempat pecah tanah yang terpampang projek bangunan dewan serbaguna itu, kawan saya ketawa.Saya bertanya kenapa tuan ketawa?katanya" inilah,balik-balik pecah tanah, sampai kiamat baru buat".

PBS bersatu membantu Bahagian yang tiada YB

Semenjak PBS bergabung dengan BN untuk menubuhkan kerajaan campuran Sabah, anggota pemimpin tertinggi dalam parti mula kehilangan 'taring' dan tidak lagi pandai 'menyalak'.Walaupun pernah bergelar pembangkang namun watak dan pemikiran anggota tertinggi seakan-akan seperti tin kosong.Walaupun berupaya timbul dipermukaan air tapi hanya hanyut tanpa arah.

Kemanakah perginya  mereka yang pernah digeruni oleh pemimpin UMNO dan komponen BN yang lain yang terlalu lantang memperjuangkan hak rakyat Sabah khususnya.Kenapa kini hanya menjadi seperti 'boneka' atau patung yang dimainkan dalam program wayang kulit?

Kedengaran di setiap bahagian PBS yang tidak mempunyai Yang Berhormat seperti peminta sedekah kepada komponen parti yang lain khususnya UMNO untuk meraih simpati wang ehsan untuk menjana Bahagian masing-masing agar tidak lumpuh dan strok.

Terdapat juga desas-desus ahli PBS yang agak terkilan dengan sikap pemimpin atasan PBS yang hanya mementingkan periuk nasi sendiri.Ketua bahagian terpaksa menanggung segala kos termasuklah yuran ahli,perbelanjaan untuk mesyuarat dan untuk menghadiri kongress tahunan yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan kepada setiap perwakilan yang tiada YB.

Mana sudah zaman kegemilangan PBS yang pernah menguasai Sabah.Tolonglah sedar terutamanya  kepada ahli YB yang banyak mendapat projek yang mungkin bernilai $*******takkanlah tak boleh menyumbang kepada bahagian yang ketandusan punca $$.Pemimpin  komponen BN yang lain seperti UMNO, MCA,LDP dll kemenangan anda di sesuatu kawasan adalah hasil kejasama padu kita.Jadi jangan lupakan kami yang pernah berjasa memenangkan wakil anda itu.

Penyokong PBS yang terkilan.

PBS perlu berubah.

PBS hilang taring
sembunyi kuku
Tak mengaum lagi
kenapa ini berlaku..
Anak PBS meraung
anak PBS kedahagaan
anak PBS hilang arah
anak PBS hilang punca
mana ibu PBS
mana bapa PBS
semua diam kaku membisu
apakah mereka telah dapat seladang atau kijang atau payau
buat makan sendiri
atau dikurung dalam istana besi berduri bergerigi,
Mana sudah ngauman mu
semua mulai lemah longlai
Ayuh jika kau terkurung
bangkit mengaum pasti penjaga itu tersedar..
Ayuh berubah kau adalah hero hutan belentara

Monday, October 18, 2010

PAWANA MENCARI PENAJA

Saya mengalu-alukan kepada tokoh politik yang keluar parti samada dari komponen BN atau PR untuk menaja PAWANA sebagai sebuah parti politik baru Sabah. Saya sedia memberikan idea kepada anda.
Datuk Karim Ghani anda perlu bergabung dalam PAWANA kerana tujuan dan hasrat kita sama iaitu untuk membela nasib rakyat Sabah.Oleh itu DKG anda dialu-alukan untuk menjadi penaja PAWANA.

PAWANA( Permuafakatan Anak Watan Nasional) diasaskan oleh MohD.Robil Esa berasal dari Beaufort Sabah.Kini menetap di Sandakan dalam DUN SIBUGA.Untuk lebih lanjut sila layari Blog watankini-watankini.

Semua yang berminat boleh berikan komen anda dalam blog ini..

Mencari Perubahan untuk Kebenaran dan kejayaan.

TERIMA KASIH NAJIB:PERTIMBANGKAN NASIB SURI RUMAH

 Bajet kali ini memberikan pelbagai komen daripada semua pihak.Ada yang menyokong dan ada juga yang memprotes.Sebagai rakyat biasa, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PM DS Najib kerana membuat bajet yang terbaik untuk negara.
Walaupun bajet kali ini mengalami defisit namun diharapkan agar ekonomi negara terus berkembang.Selain itu, saya suka mencadangkan agar PM memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap nasib golongan suri rumah yang bertungkus lumus membantu menjana ekonomi negara secara tidak langsung.
Golongan ini amat ramai.Adalah amat bijak jika PM memberikan sedikit bajet kepada golongan ini bagi mengiktiraf jasa mereka.Jika PM melaksanakan bajet untuk suri rumah tuanlah menteri kewangan yang pertama didunia berbuat demikian.Belum ada dalam rekod dunia dan Malaysia.
Apalah salahnya jika suri rumah diberikan bantuan khas setiap bulan dengan RM200 bagi meringankan beban yang ditanggung oleh suami yang bekerja sendirian.Kesian kaum ibu ini,mereka seolah-olah dipingirkan oleh kerajaan sedangkan mereka inilah yang banyak mengundi kerajaan UMNO dan komponen BN yang lain sehingga berjaya membentuk kerajaan.Jika tiada kaum ibu yang sudi bersusah payah menjadi suri rumah sudah pasti kaum lelaki sukar untuk bekerja dengan baik.
Sekurang-kurangnya dengan sumbangan kerajaan ini dapatlah suri rumah meringankan beban suami.Malaysia kaya dan UMNO juga kaya.Mungkin inilah transformasi yang akan mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap kepimpinan UMNO.
Hidup UMNO/BN/MALAYSIA/NAJIB.........BANTUAN KHAS UNTUK SURI RUMAH MALAYSIA 2010.......RM200 SEORANG LEBIH MURAH DARIPADA MINYAK WANGI,SELUAR DALAM,BAJU TIDUR DAN MAKE-UP PARA MAK DATIN.

KAMI SOKONG BAJET INI DENGAN TAMBAHAN BANTUAN KHAS SURI RUMAH.

NASIB SABAH:MUSA AMAN DAN PARTI BARU

Nama DS Musa Aman memang tidak asing lagi terutamanya dikawasan DUN SIBUGA Sandakan.
Keprihatinan beliau dalam menangani masalah rakyat tidak dapat dinafikan.Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mempunyai misi dan visi yang tinggi untuk melihat rakyat dan negeri Sabah yang tercinta ini aman, makmur dan sejahtera.
Namun parti yang diharapkan dapat membawa perubahan kepada negeri ini iaitu UMNO amat menyedihkan.Perjuangannya tidak lagi seperti diawal-awal penubuhannya.Kebanyakkan pemimpinnya kini hanya mementingkan perut sendiri dan mengabaikan rakyat khususnya orang melayu dan islam.
Saya merasa amat terkilan dengan keadaan parti yang saya banga-bangakan semenjak kecil sebagai parti yang membela nasib rakyat namun ianya telah berubah.
Sebagai langkah yang bijak, Sabah perlu ditadbir oleh penduduk negeri ini sendiri.Oleh itu, amatlah perlu YB DS Musa Aman menimbangkan cadangan  menubuhkan sebuah parti baru bagi mengantikan UMNO.Masih belum terlambat untuk YB mencari penyelesaian dan membawa Sabah keluar daripada kerakusan pemimpin UMNO itu.
Jika YB DSMA masih setia dan mengharapkan UMNO mampu membela nasib rakyat Sabah, saya amat berharap agar YB DSMA dapat membawa perubahan dalam UMNO.Jika tidak lebih baik tubuhkan parti baru.
Saya yakin rakyat Sabah masih setiap kepada YB DSMA sebagai pemimpin negeri ini.YB DSMA merupakan pemimpin yang berkaliber dan berkarisma serta mempunyai semangat juang yang tinggi.Saya amat yakin dengan YB DSMA.Jika PBS,BERJAYA,USNO merupakan parti anak Sabah sendiri mampu memerintah Sabah dengan acuan sendiri, apakah mustahil YB DSMA tidak boleh?
Sebagai penyokong kuat YB DSMA yang sentiasa mendoakan kejayaan tuan dan negeri ini saya suka mencadangkan agar jika terbuka hati YB DSMA untuk membuat parti baru, gunakanlah PAWANA sebagai landasan untuk menerajui pentadbiran Sabah.
Parti Permuafakatan Anak Watan Nasional(PAWANA).

tulisan ini adalah pandangan peribadi pengasas PAWANA.

MUNGKINKAH PBS KEMBALI MEMERINTAH SABAH

Semenjak kebelakangan ini, kita telah digembar-gemburkan dengan pertelingkahan sesama sendiri terutama di dalam parti UMNO dan PKR.Segelintir daripada rakyat ini mula merasa bahang ketidakselesaan pihak kerajaan Sabah yang diterajui oleh parti komponen BN yang diketuai oleh parti UMNO.
Terdapat juga rakyat mula hilang kepercayaan kepada ketua menteri Sabah YB DS Musa Aman dalam membela nasib anak watan Sabah.Tidak dinafikan terdapat juga sedikit pembangunan yang dibuat di dalam negeri ini, namun rakyat biasa yang terdapat dikawasan pedalaman dan bandar masih lagi tertindas disebabkan kerakusan pemimpin BN yang lain.
Walaupun negari ini kaya dengan sumber asli, namun keadaan ekonomi dan pembangunan infrastuktur masih ditahap zaman jepun jika dibandingkan dengan disemenanjung.Kenapa ini berlaku?Kemanakah suara pemimpin-pemimpin sabah yang lain seperti Parti Bersatu Sabah(PBS) yang hampir cemerlang dalam mentadbir negeri ini suatu ketika dulu?Kenapa anda membisu tidak seperti semasa menjadi pembangkang iaitu sebelum menyertai BN.Wahai pemimpin-pemimpin PBSkembalikan jati diri anda dan gilap semula semangat perjuangan untuk membela nasib rakyat Sabah.
Oleh itu, jika PBS berubah dan membuat satu transformasi untuk membela rakyat Sabah dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil anda akan kembali memerintah negeri ini.Saya menyeru agar kita berganding bahu untuk mengembalikan nostalgia kejayaan PBS di Sabah.
Selain itu, Presiden PBS YB DS Pairin Kitingan marilah bergerak melangkah memantapkan perjuangan demi negeri yang tercinta ini.Kejutkan kembali semua bahagian dan cawangan yang ada untuk mengambil hati rakyat agar kembali menyokong PBS.Pilihan raya parlimen Batu Sapi yang akan diadakan tidak lama lagi akan menjadi kayu ukur samada PBS masih mampu untuk memenangi hati rakyat atau sebaliknya.
Sebagai rakyat biasa yang membesar dan merasai zaman kegemilangan PBS mentadbir Sabah, saya berharap agar pemimpin PBS tidak melupakan semua ahli PBS yang masih setiap terhadap perjuangan parti.Kami mengharapkan agar peruntukkan kepada semua cawangan disalurkan bukan setakat semasa pilihan raya sahaja.Walaupun BN/UMNO yang memerintah namun jangan lupa PBS juga adalah komponen BN.PBS juga bertanggungjawab untuk memberikan projek kepada rakyat melalui cawangan PBS.

Wednesday, October 13, 2010

BERSIHKAN NAMA BN

DISKRIMINASI BN KINI TERBUKTI?

Posted by admin | Thursday, October 14, 2010


Print
ShareThis
DISKRIMINASI di antara Rakyat Tempatan dan Rakyat Asing jelas dilaungkan oleh kerajaan UMNO/BN. Perumahan setinggan rakyat asing sekitar kawasan Masjid pekan Telupid yang terlibat dalam kawasan pembangunan kedai LPPB telah disokong oleh Ketua UMNO bahagian Beluran, James Ratib untuk mendapatkan pampasan daripada kerajaan.

Menurut surat Ketua UMNO Bahagian Beluran, bil UMNO/TP-GRPM/10/0110/01 bertarikh 1 Oktober 2010, James Ratib telah menulis surat kepada Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar, Sabah untuk menyokong tuntutan bayaran pampasan terhadap dua pemohon iaitu Arsyad Haji Mappong dan Odding Abd malik yang menduduki tanah TL 087500267 di Tapak Komersil LPPB di Pekan Baru Telupid.

Kedua-dua pemohon tersebut telah dikenalpasti sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah mendapat kerakyatan Malaysia secara tidak sah kerana sebelum ini mereka ada pemegang pasport tenaga kerja Indonesia.



Ironinya, pada tahun 2003, 50 orang peniaga kecil yang terdiri daripada rakyat tempatan yang dibenarkan oleh Pejabat Daerah Telupid untuk menduduki kawasan gerai dan tamu yang juga terlibat dalam kawasan pembangunan kedai LPPB telah diusir saperti binatang (dengan cara memotong bekalan elektrik dan air) dan tidak diberi sebarang pampasan atau penempatan semula.

Ini menunjukkan bahawa orang asing telah menjadi kesukaan dan kesayangan kepada kerajaan UMNO/BN Malaysia. Kejadian seperti ini bukan hanya terjadi di daerah Beluran tapi telah terjadi di daerah-daerah lain seluruh Sabah.

Kalau rakyat asing dapat tuntut pampasan mengapa rakyat tempatan dinafikan? Syabas Kerajaan 1Malaysia Najib kerana menghalalkan semua ini!

Oleh : ZIANNA MANDALI (SABAHKINI)

ULASAN PAWANA
JIKA BENAR SEPERTI YANG DIDAKWA,KERAJAAN BN PERLU BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENPERJELASKAN KEAADAN SEBENAR.
KAMI RAKYAT BIASA TETAP AKAN MENYOKONG KERAJAAN BN SELAGI HAK RAKYAT TIDAK DIABAIKAN.

TANAH UNTUK DIBANGUNKAN PROJEK RUMAH BURUNG WALIT

Sabah sejak dahulu lagi terkenal dengan perusahaan sarang burung layang-layang.Kawasan seperti Gua Gomantong dan Gua Madai Sabah telah menhasilkan jutaan kilogram sarang burung dan telah dieksport ke seluruh dunia.Selain itu, terdapat sebilang besar manusia yang berjaya bergelar jutawan melalui perusahaan ini.Persoalannya kini ialah mampukah kita memiliki gua-gua yang mempunyai sarang burung yang bernilai jutaan ringgit ini?Tetapi segala persoalan itu kini terjawab dengan adanya segelintir manusia yang berani berkongsi pengalaman menjadi jutawan segera melalui perusahaan sarang burung walit rumah.?Tahniah kepada individu yang banyak berjasa itu semoga kalian mendapat rahmat daripada Pencipta alam ini( Allah Swt).Persoalan baru pula timbul.Ada modal( RM$),tyeknologi, ilmu namun bagaimana dengan tanah?

kepada yang berminat untuk mencuba menjadi jutawan segera.Anda dialu-alukan untuk membangunkan projek Rumah Burung Walit(RBW) ditanah milik saya.Kawasan terhad iaitu 1 ekar.Potensi sudah terbukti.
untuk keterangan lanjut berikut ialah ciri-ciri kawasan tanah saya:
1. tanah terletak diantara jalan utama beaufort menumbuk sabah.
2.jauh dari kawasan perumahan.
3. terdapat sungai (sg. siantan dan sg. pendiki)
4. berhampiran kawasan ladang sawit
5. kemudahan elektrik dan air ada.
6. Belum ada RBW (tetapi ada burung yang telah menghuni rumah jiran dan menghasilkan setengah kilo sarang /rm2500.)
7. mempunyai koloni sekitar 400-500 ekor(melalui test call suara walit sarikei).
8. untuk lebih lanjut sila hubungi en.ESA BIN HJ.ABDULLAH di alamat kg. kota klias, Beaufort, Sabah no.hp 0198303252.

9.

Takziah kepada keluarga YB Edmund:Batu Sapi Sandakan

Kemalangan yang menimpa YBE mengemparkan seluruh warga parlimen Batu Sapi.Namun, semua sudah ketentuan Illahi.kehendak Tuhan bahawa yang hidup pasti akan mati tidak dapat dipertikaikan oleh sesiapapun.Kepada keluarga YBE saya mengucapkan takziah ke atas pemergian mendiang buat selama-lamanya.kebajikan yang telah mendiang lakukan selama menjadi wakil rakyat perlu diteruskan.

Sunday, September 19, 2010

ziarah kubur

Ziarah Kubur Dan Bersedih Pada Hari Raya?
Disiarkan pada Sep 03, 2010 dalam kategori Fatwa |




Soalan : Dr Asri, selamat hari raya, walaupun banyak hari lagi. Soalan, biasanya setiap pagi hariraya saya dan keluarga akan ke kubur arwah ibu kami. Hubungan kami dahulu amat rapat. Apabila di kubur, saya akan cuba ingat memori lama dengan ibu dan saya akan menangis sepuasnya. Saya ceritakan perkara ini kepada kawan sepejabat saya. Dia kata tak baik bersedih pada hari raya. Dia pun ada mention nasihat Dr Asri supaya jangan sedih pada hari raya. Saya sudah lama terbiasa sedih pada hari raya. Rasanya kosong pula kalau tidak menangis pada hari raya. Boleh Dr Asri jelaskan sedikit panduan hari raya?



Ina, Johor



Jawapan Dr MAZA : Saudari Ina yang dihormati. Saya percaya saudari seorang yang sentiasa ingin mencari redha Allah dan RasulNYA, sebab itu saudari ingin memastikan hariraya saudari mengikut panduan yang betul. Saudari hariraya adalah hari yang dikhususkan kepada kita untuk bergembira, bukan untuk bersedih. Banyak perkara jika hendak disebutkan mengenai hari raya, namun dalam ruang yang terbatas ini saya jawab persoalan saudari seperti berikut:



1. Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman Allah:

“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.

2. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke tempat solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.

3. Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari:

“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”.

Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut:

“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).

4. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.

5. Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.

6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.

7. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:

“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).

Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.

8. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.

9. Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a berkata:

“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).

Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza. Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur.

10. Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.

11. Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan

Sunday, August 8, 2010

VENTILASI HOLE:RBW

Perlu Tidaknya Lubang Ventilasi di RBW

Sering menjadi pertanyaan bagi para budidayawan atau peternak walet mengenai perlu atau tidaknya lubang ventilasi (Ventilation Hole) untuk Rumah Burung Walet (RBW), atau perlu ventilasi atas dan bawah; atau hanya satu ventilasi saja di tengah-tengah dan lain sebagainya.

Mengingat bahwa kestabilan suhu dan kelembaban di RBW diperlukan agar burung walet dapat tinggal dan berkembang biak dengan baik, maka perlu dan tidaknya lubang ventilasi dan seberapa banyak lubang ventilasi yang diperlukan harus disesuaikan berdasarkan data suhu dan curah hujan daerah atau lokasi RBW serta kondisi di dalam RBW.
Kita tidak bisa men-generalizer bahwa RBW harus mempunyai lubang ventilasi atas dan bawah atau tidak diperlukan lubang ventilasi sama sekali. Perlu kita ingat bahwa yang dimaksudkan suhu dan kelembaban harus stabil adalah RELATIVE STABLE dalam kaitannya dengan SUHU dan KELEMBABAN.

Banyak orang dan bahkan blogger atau konsultan "menciptakan" ide yang bertentangan dengan teori fisika dan hanya berdasarkan logika saja yang katanya inteligent, dan mengabaikan teori fisika yang sampai sekarang tidak terbantahkan dan belum terbantahkan oleh siapapun. Are You Smarter Than 5th Grader??

Ini adalah pelajaran anak Sekolah Dasar yang bahasa sononya disebut Primary School, disebutkan bahwa: Angin adalah udara yang bergerak yang diakibatkan oleh rotasi bumi dan juga karena adanya perbedaan tekanan udara di sekitarnya. Angin bergerak dari tempat bertekanan udara tinggi ke bertekanan udara rendah.

Apabila dipanaskan, udara memuai. Udara yang telah memuai menjadi lebih ringan sehingga naik. Apabila hal ini terjadi, tekanan udara turun kerena udaranya berkurang. Udara dingin di sekitarnya mengalir ke tempat yang bertekanan rendah tadi. Udara menyusut menjadi lebih berat dan turun ke tanah. Di atas tanah udara menjadi panas lagi dan naik kembali. Aliran naiknya udara panas dan turunnya udara dingin ini dinamakan konveksi.

Teori ini yang dikatakannya teori tradisional??? dan diajarkan sejak Sekolah Dasar, masih digunakan sampai di tingkat Universitas dan dipergunakan oleh NASA USA untuk membuat pesawat luar angkasanya serta digunakan oleh perusahaan-perusahaan yang membuat pesawat. Coba saja kalau mereka mengabaikan teori ini dalam membuat pesawat, apa yang terjadi?

Pesan saya, perlu tidaknya lubang ventilasi atau Ventilation Holes, seberapa banyak ventilation holes dan penempatannya harus disesuaikan dengan kondisi sekitar RBW dan kondisi di dalam RBW.... then jangan terkecoh dengan racun yang ditulis oleh seseorang yang tidak mengerti teori fisika tingkat Sekolah Dasar dan lucunya menganggap teori fisika ini sebagai teori tradisional...gunakan inteligent anda sebelum jadi RACUN bagi peternak walet.... rasanya yang menulis artikel tersebut harus kembali belajar di Sekolah Dasar atau baca buku lagi or ikut Seminar saya ya ..... Are You Smarter Than 5th Grader???
Diposkan oleh HenMulia di 09:27 0 komentar
Selasa, 20 Juli 2010
Komentar Pengguna Aroma H3N1

Saya menerima beberapa komentar dari pengguna aroma H3N1 dari berbagai daerah mengenai aroma H3N1, di antaranya sebagai berikut:

Dari Jambi dan Kuala Tungkal:
1. Pak Hen, aroma H3N1 luar biasa, semua produk bapak memang hebat. Setelah memakai aroma H3N1 selama 6 bulan, RBW saya yang semula berisi 180 sarang sekarang menjadi 430 sarang.Tq. - W...... -

2. Mantap pak H3N1 nya, 3 bulan saya pakai H3N1, RBW saya yang semula kosong sekarang sudah ada 30 sarang. Burung tidak ada hentinya keluar masuk terutama pada saat aroma dispenser nyala. Trims - G...... -

3. Bau aroma H3N1 memang beda dengan parfum walet lainnya, hasilnya? Luar biasa. Mantap. Thanks pak Hen.. Hp No. : 0816366XXXX

Dari Karawang:
1. Pak Hen, aroma H3N1 memang sangat bagus. Saya pakai di roving room, RBW yang semula sepi sekarang ramai. Hampir setiap hari ada burung yang main.
- W.... -

2. Wah pak, dengan H3N1 sekarang saya berani kontrak mengelola RBW dengan target 60 sarang setahun. Terima kasih pakk . - Lu... - Pengelola RBW di Karawang

Dari Lombok:
1. Pertama kali saya pakai H3N1 saya meragukan kehebatannya, tetapi setelah saya coba selama 1 bulan, ternyata banyak sarang tambahan di sarang palsu yang saya semprot dengan H3N1. Semua sarang palsu yang saya semprot ditempati walet. tq. Hp. No.: 081235xxxxx

2. Saya menggunakan aroma dispenser untuk H3N1, tetapi pada waktu dispenser on jam 15.00 banyak walet yang keluar dari RBW. Saya kaget dan takut burung saya kabur. Saya buru-buru masuk ke rumah walet, tapi sebelumnya saya liat TV CCTV ternyata di dalam banyak burung yang beterbangan mendekati aroma dispenser. Saya urungkan niat saya masuk ke rumah walet. Dan saya perhatikan dari CCTV, banyak burung yang berdatangan dan keluar masuk. Berkejaran di dalam ruang inap.
Setelah 1 bulan pakai H3N1, ternyata banyak pondasi sarang di styrofoam.
Thanks pak Hen, sukses selalu. - Haji J.... -

Dari Kalimantan dan Pekanbaru:
1. Aroma H3N1 baunya wangi, saya sempat ragu karena pemikiran saya selama ini aroma walet kan bau busuk dan bau amoniak oleh karena itu saya tidak langsung pakai. Saya semprotkan H3N1 di tissue dan setelah 3 hari saya cium tissue tersebut ternyata bau wanginya hilang dan berubah menjadi bau khas walet. setelah itu saya coba aplikasikan di sarang karton, dan memasangnya di rumah walet saya. 3 minggu kemudian ternyata sudah ada walet yang tinggal di sarang karton tersebut.
-. H..... S..... - Kalimantan

2. H3N1 memang mantap pak Hen. Populasi walet di rumah walet saya meningkat luar biasa dalam 3 bulan. Terima kasih dan saya tunggu inovasi berikutnya - Alu.. - Pekan baru.

Masih banyak sekali komentar-komentar mengenai Aroma H3N1, sekarang ini H3N1 telah dipakai di Seluruh Indonesia dan Malaysia, dari Aceh sampai Manado dan Lombok sampai Sarawak.
Silakan buktikan sendiri hebatnya aroma H3N1. Kalau tidak pernah kenal maka tidak akan sayang, tidak pernah coba tidak akan pernah tahu hasilnya.
Kalau tidak pernah pakai tapi berkomentar negatif, itu namanya sirik.
Diposkan oleh HenMulia di 13:55 0 komentar
Senin, 19 Juli 2010
RAMBO B4 in Kelantan


Diposkan oleh HenMulia di 10:22 0 komentar
Minggu, 18 Juli 2010
Jalan Air

Air mencari tempat yang paling rendah, sedangkan manusia mencari tempat yang paling tinggi.
Air bersifat mengalah, namun tidak pernah kalah.
Air mematikan api dan membersihkan lumpur.
Kalau merasa sekiranya dikalahkan, air meloloskan diri dalam bentuk uap dan kembali mengembun.

Air merapuhkan besi hingga hancur menjadi besi.
Bila bertemu dengan batu karang, akan berbelok untuk meneruskan perjalanannya kembali.

Air membuat jenuh udara sehingga angim menjadi mati.
Air memberikan jalan pada hambatan dengan segala kerendahan hati karena sadar bahwa tidak ada sesuatu kekuatan apapun yang dapat mencegah perjalanannya menuju ke lautan.

Air menang dengan mengalah.
Air tidak pernah menyerang, namun selalu menang pada akhir perjuangannya.
Diposkan oleh HenMulia di 00:11 1 komentar
Selasa, 06 Juli 2010
Birdhouse Revamp in Kelantan and Birds Response to Aroma H3N1


Diposkan oleh HenMulia di 13:19 0 komentar
Effectiveness of a Good Location, Design, Sound and Aroma


Diposkan oleh HenMulia di 12:56 0 komentar
Cegah si Pungguk Masuk

Cegah si Pungguk Masuk
Saturday, 01 May 2010 08:33 administrator
Sumber: Trubus online

Baru 1 tahun rumah waletnya dihuni si liur emas, muncul kendala baru. Burung hantu yang menerobos melalui lubang masuk, menyantap Collocalia fuciphaga yang bersarang.

Kondisi itu terjadi di rumah walet milik H Tarmidi di Kabupaten Brebes, Jawa Tengah. Sebelumnya, bangunan berukuran 10 m x 11 m berlantai 3 itu kosong melompong selama 3 tahun sejak 2005. ”Setelah berkonsultasi dengan konsultan, walet mulai masuk dan bersarang,” ujar Tarmidi. Dalam jangka setahun, pada 2008, didapati 35 sarang walet. Sayang, keberhasilan besar itu tak berlangsung lama lantaran walet semuanya kabur.

Tak disangka Tarmidi menjumpai burung hantu masuk ke dalam rumah walet pada malam hari. Itulah yang diyakini Tarmidi sebagai penyebab walet kabur. ”Burung hantu mungkin tertarik masuk karena mendengar suara walet dari CD yang diputar terus-menerus,” kata Tarmidi yang berupaya mengusir si pungguk dengan senapan angin, tetapi sia-sia. Setiap kali masuk ke dalam rumah walet, Tarmidi selalu menemukan kepala walet di lantai, sisa makan burung hantu. Rumah itu kini menjadi hunian burung hantu yang jumlahnya terus bertambah menjadi 6 ekor.

Predator

Burung hantu memang menjadi salah satu ancaman bagi peternak walet. Celakanya, sebaran burung pemakan daging dan ikan itu merata di tanahair mulai dari Sumatera, Jawa, sampai Papua. Namun, burung hantu sebenarnya lebih sering mengganggu rumah walet yang dekat areal persawahan dan perkebunan lantaran di sana banyak tersedia sumber pakan utamanya: tikus. Rumah walet milik Tarmidi misalnya, berada dekat kebun mangga dan aneka tanaman lain seperti randu. Sementara di perkotaan, gangguan lebih jarang.

Ada beberapa asumsi yang mendorong bangsa Strigiformes itu masuk ke dalam rumah walet. ”Kemungkinan ia ingin mencari tempat tinggal nyaman - antara lain kondisinya gelap, atau memang burung hantu itu mencari pakan,” ujar Dr Boedi Mranata, praktikus walet di Jakarta Selatan.

Menurut Boedi bila ada burung hantu di dalam rumah walet, biasanya dijumpai gumpalan putih seukuran kelereng di bawah tempatnya bertengger. Gumpalan itu merupakan sisa-sisa pakan yang dimuntahkan. Hal itu diamini Arief Budiman, konsultan walet di Kendal, Jawa Tengah. ”Burung hantu biasanya masuk ke rumah walet karena mencari tempat tinggal. Jadi bukan karena tertarik suara walet,” ujarnya.

Sejatinya, tingkat serangan burung hantu di rumah walet tidak separah hama tikus. Dengan kata lain posisinya sebagai hama rumah walet berada di urutan kedua setelah hewan pengerat itu. Bila tikus memangsa walet, si liur emas itu akan mengeluarkan suara yang membuat seluruh walet kabur. Meskipun begitu, serangan burung hantu

tidak bisa dianggap sepele. ”Bila dibiarkan, rumah walet yang dimasuki burung hantu tidak akan berkembang,” ujar Boedi.

Serangan burung hantu juga pernah dialami Arief pada 1990 di gedung walet 4 lantai miliknya. Upaya memasang lampu sorot untuk mengusir burung itu tak membuahkan hasil. Namun, begitu Arief mengganti lampu berdaya 100 watt itu memakai lampu bohlam 10 watt, si pungguk tak mau lagi masuk bangunan. ”Lampu bohlam memberikan penerangan di dekat lubang masuk secara merata. Sementara cahaya lampu sorot hanya mengarah ke dinding gedung walet dari jauh sehingga burung hantu masih berani bertengger di lubang masuk dan masuk ke rumah,” ujar pemilik duniawalet.com itu.

Ide Arief memasang lampu bohlam itu setelah ia bereksperimen dengan berbagai model lampu. Lampu dipasang 30 cm dari bibir atas pintu. Arief menambahkan sensor cahaya seperti yang ada di lampu jalanan agar lampu itu otomatis menyala saat di sekelilingnya mulai gelap.

Buka-tutup

Menurut Boedi masih ada beberapa cara lain untuk mencegah si pungguk masuk. Burung hantu biasanya datang pada jam-jam tertentu sesuai kebiasaannya lalu bertengger di lubang masuk sambil mengamati keadaan sekeliling sebelum benar-benar masuk. Bila penjaga rumah walet mengetahui waktu kehadiran burung hantu, ia bisa mencegah burung itu masuk. Cara lain, dengan memodifikasi bentuk lubang masuk sehingga burung hantu sulit bertengger di pintu.

Menurut Arief sistem buka-tutup lubang masuk juga bisa menjadi alternatif. Cara ini antara lain diterapkan para peternak di Kecamatan Jebus, Bangka. Caranya, di bagian luar pintu - sekitar 50 cm di atas bibir lubang masuk, dipasang rel sepanjang 2 kali ukuran panjang pintu walet. Bila panjang pintu 1 m, maka panjang rel (seperti rel untuk gorden) adalah 2 m. Daun pintu dibuat lebih lebar daripada lubang pintunya. Pada sisi kanan kiri di pasang tali hingga ke bawah.

Pagi hari, pukul 05.00 waktu setempat atau sebelum walet keluar gedung, penjaga gedung menarik tali itu ke samping sehingga daun pintu bergeser. Lubang keluar-masuk walet pun terbuka. Malam hari sekitar pukul 20.00, penjaga tinggal menarik tali ke sisi berlawanan, sehingga daun pintu bergeser menutup lubang masuk. Daun pintu itu terbuat dari aluminium, supaya ringan. Dengan cara ini, gedung aman dari burung hantu.

Cara buka-tutup pintu manual cukup efektif mencegah burung hantu masuk. Sayang, cara ini kurang praktis. ”Agar praktis bisa dimodifikasi dengan sistem otomatis,” ujar Arief. Menurut Philip Yamin, konsultan walet di Cengkareng, Jakarta Barat, teknologi pintu otomatis sudah mulai dipakai peternak walet di Sumatera sejak 2000-an. Dengan teknologi itu pintu dapat bergerak naik turun secara otomatis dengan timer sehingga peternak tak repot.

Misal, timer diatur pada pukul 04.30, maka pintu otomatis terbuka di jam walet terbang ke luar mencari makan. Begitu pula sebaliknya di malam hari. Pada bagian tengah daun pintu yang terbuat dari plat baja ukuran 40 cm x 80 cm itu, sengaja dibuat lubang berukuran 13,5 cm x 70 cm yang masih bisa berfungsi sebagai jalan keluar-masuk walet meski pintu telah ditutup. Selain itu fungsinya juga sebagai pintu darurat untuk antisipasi bila timer tidak bekerja sehingga pintu tak mau terbuka. Dengan beragam teknik itu kini peternak bisa menghindari gangguan burung hantu. (Tri Susanti)
Diposkan oleh HenMulia di 01:05 0 komentar
Atur Pintu Masuk

Atur Pintu Masuk
Thursday, 01 April 2010 00:04 administrator
Sumber: Trubus online

SEMUA SYARAT IDEAL RUMAH WALET SUDAH DIPENUHI SAIFULLAH. SUHU RUANG 26—280C, KELEMBAPAN 80—90% DAN MEMASANG CD PEMANGGIL WALET. NAMUN APA LACUR, MESKI SUDAH BERDIRI 9 TAHUN, BANGUNAN WALET BERUKURAN 20 M X 8 M ITU BARU MEMPRODUKSI 20 SARANG. APA YANG SALAH?

Peternak di Pekanbaru, Riau, itu bak kehabisan akal. Setiap kali memutar CD memang berbondong-bondong Collocalia fuciphaga itu memasuki rumah. Saat diamati walet-walet itu hanya tertarik masuk, tapi tidak mau bermalam. Apalagi membuat sarang, bagai api jauh dari panggang. Pantas produksi sarang sangat minim.

Titik terang permasalahan muncul setelah Saifullah mengirim informasi detail rumah waletnya melalui surat elektronik kepada seorang konsultan di Jawa Tengah. Setelah dicermati terdapat kekeliruan yang membuat burung enggan bersarang. “Jumlah pintu masuk burung terlalu banyak,” ujar Saifullah yang menggunakan rumah monyet atau rumah majemuk berukuran 4 m x 6 m sebagai ruangan tambahan untuk akses keluar-masuk walet. Di rumah itu memang terdapat 4 pintu masuk burung yang menghadap ke segala penjuru.

Tutup pintu

Dari hasil konsultasi, diputuskan 3 pintu ditutup. Hanya 1 pintu difungsikan sebagai lubang keluar-masuk walet. Pintu itu dipilih yang menghadap arah pulang burung saat sore hari. Terbukti cara itu mampu menaikkan populasi walet. Hanya berselang 3 hari, Saifullah melihat populasi walet sudah melonjak. Bahkan setelah 14 hari pascaperubahan itu dijumpai walet yang membuat sarang.

Perubahan yang terjadi dimonitor Saifullah melalui 3 closed circuit television (CCTV). Satu kamera diarahkan ke lubang void, sedangkan 2 kamera lain diletakkan di nesting room atau ruang bersarang. Dari balik layar itu tampak populasi walet bertambah. Walet-walet baru itu tak langsung bersarang. Awalnya mereka bolak-balik melintasi void. Namun setelah 1—2 hari, walet-walet itu baru terlihat mau bersarang.

Kasus Saifullah sebetulnya banyak terjadi terutama pada bagunan baru. Menurut Arief Budiman, konsultan di Kabupaten Kendal, Jawa Tengah, 80—90% walet yang masuk ke rumah baru adalah walet baru lepas sapih. “Ingatan burung muda belum kuat sehingga mudah menyesuaikan dengan kondisi rumah baru,” ujar Arief. Artinya cukup dibuatkan 1 pintu keluar-masuk agar walet tidak bingung.

Lebih jauh Arief mengungkapkan walet malas bersarang saat pintu masuk terlalu banyak. Selain membuat walet bingung, juga cahaya matahari terlalu banyak masuk ruangan. Padahal, walet menyukai kondisi remang-remang dan selalu menghindari ruangan yang terlalu terang. “Burung yang keluar-masuk tanpa bermalam dan bersarang ini mengindikasikan kondisi ruangan kurang nyaman,” kata Arief.


Pintu majemuk

Lokasi rumah walet Saifullah sebetulnya dekat sentra walet dan menjadi lintasan walet. “Bila rumah berada di sentra dan menjadi lintasan sebaiknya memakai satu pintu keluar-masuk saja,” kata Arief. Tujuannya, membuat walet lebih fokus memasuki setiap ruangan. Pada setiap ruang itu dipasang tweeter sebagai pemandu bagi walet menuju ruang bersarang.

Arah pintu tidak boleh sembarangan. Menurut Ir Lazuardi Normansah, praktikus walet di Jakarta Barat, posisi pintu tidak harus mengarah utara atau selatan. “Boleh timur, barat, utara, atau selatan. Yang penting searah datangnya burung pada sore sekitar pukul 17.00—18.00,” ucap Lazuardi. Hal itu diamini Arief. Dengan cara itu, “Dijamin, dalam 3 hari populasi walet akan bertambah,” katanya.

Menurut Arief yang bergelut di dunia walet lebih dari 10 tahun, rumah monyet memakai 4 pintu masuk efektif jika rumah walet berada dekat sumber pakan. Sebab, di sana walet-walet itu terus berputar-putar mengelilingi sumber pakan. Ia bisa datang mendekati rumah dari berbagai arah.


Model dan ukuran

Model dan ukuran pintu keluar-masuk perlu dicermati. Berdasarkan pengamatan Arief di daerah Keling, Medan, Sumatera Utara, pintu masuk walet di bangunan berupa ruko rata-rata berukuran 2 m x 25 cm. Ukuran itu umumnya dipakai di daerah dekat sentra. Lubang persegi panjang memudahkan walet ketika secara bersama-sama—terutama pada sore hari—masuk ke dalam rumah.

Lain lagi rumah walet di dekat stasiun kereta api peninggalan Belanda di Pulau Jawa. Rata-rata lubang ventilasi yang berbentuk bulat berdiameter sekitar 60 cm menjadi jalan masuk walet. Fenomena ini kemudian diaplikasikan di rumah-rumah walet baru. Di Jambi bahkan ukuran diperbarui menjadi lebih besar, berdiameter 80—100 cm.

Yang tak kalah penting ukuran void. Void, lubang yang menghubungkan ruangan produksi (resting room) antarlantai harus besar. Maklum, gara-gara membuat void seukuran pintu masuk manusia, sekitar 80 cm x 180 cm, walet enggan masuk ke rumah berukuran 20 m x 50 m milik Jerry di Sulawesi Selatan. Void antar-rooving area—ruangan tempat favorit walet berputarputar—pun dibuat dengan ukuran besar.

Mulyadi, praktikus walet di Tangerang, Provinsi Banten, pernah mengalami masalah dengan ukuran void antar-rooving area yang terlalu kecil. “Walet hanya datang dan pergi,” katanya. Ketika ukuran void diperbesar 2 kali lipat, walet datang lebih banyak dan membuat sarang. Itu lantaran dengan semakin besar void, seolah rooving area menjadi lebih luas.

Makanya para pemilik rumah walet banyak yang tidak menyekat rooving area antarlantai. Artinya dari lantai bawah sampai atas dibuat terbuka. Dengan teknik pengaturan pintu dan memperhatikan ukuran void, kini Saifullah dan Jerry bisa memetik puluhan kg sarang. (Lastioro Anmi Tambunan/Peliput: Argohartono Arie Raharjo)
Diposkan oleh HenMulia di 01:01 0 komentar

MEMBUDIDAYA WALIT

Isu dan masalah dalam membudidaya walit.
May 26, 2010 – 6:37 am
Teknik Tepat Sukses Budi Daya dan Bisnis Walet
(Dikutip dari blog Hendry Mulia)- Maaf dalam kesibukan masa saya tidak sempat menulis seperti biasa.

Beragam masalah sering muncul dalam usaha budi daya dan usaha sarang walet. Masalah terbesarnya ialah rumah yang dibangun untuk tempat sarang walet tidak kunjung dihuni walet atau mereka malah kabur ke rumah walet lain. Padahal, biaya yang sudah dikeluarkan sangat besar sehingga mengundang frustrasi pebisnis si “air liur emas” ini.

Memang, menjalankan budi daya walet itu tidak semudah yang kita bayangkan. Bahkan, banyak yang bilang bahwa permasalahan di bidang budi daya walet itu terbilang kompleks dan unik. Ada banyak hal yang mesti diketahui oleh pembudidaya dan pebisnis walet jika tidak ingin mengalami kegagalan. Pengetahuan inilah yang akan memberi arahan tepat dalam pengelolaan budi daya walet.

Salah satu hal yang mesti diperhatikan ialah mengenai lokasi rumah walet. Pasalnya, pemilihan lokasi yang tepat dan benar sangat menentukan keberhasilan merumahkan walet. Untuk itu, dalam menentukan lokasi harus mempertimbangkan beberapa hal sebagai berikut.

1. Ketinggian maksimum lokasi rumah walet adalah 700 meter di atas permukaan laut (dpl).

2. Letak rumah walet tidak berdekatan dengan pusat kota, pusat keramaian, atau kawasan industri.

3. Makro habitat harus mendukung kehidupan serangga yang merupakan makanan utama burung walet. Maka, sebaiknya rumah walet dibangun berdekatan dengan ladang, sawah, perkebunan, danau, rawa, atau sungai.

4. Jarak lokasi rumah walet berdekatan dengan rumah burung walet lainnya, paling jauh berjarak sekitar 5 km.

5. Lokasi rumah walet harus memiliki sarana penunjang, seperti listrik, air, dan dekat dengan jalan raya. Lokasi keamanannya juga mesti terjamin.

Jika Anda sudah menemukan lokasi yang tepat, selanjutnya Anda juga mesti membuat struktur bangunannya secara benar sesuai kondisi habitat burung walet. Struktur bangunan yang tidak benar mengakibatkan walet tidak mau menghuni rumah yang sudah dibangun. Kondisi-kondisi ini di antaranya meliputi pencahayaan, suhu udara, kelembapan, memiliki aroma khas burung walet, dan tidak terdapat suara-suara yang mengejutkan.

Apakah sudah cukup? Belum. Tentu saja masih banyak hal yang mesti diketahui pembudidaya walet dari berbagai aspeknya. Nah, keseluruhannya bisa Anda dapatkan secara lengkap di dalam buku “Cara Jitu Memikat Walet” terbitan AgroMedia Pustaka.

Buku yang ditulis oleh A. Hendri Mulia, SE., CMA. ini membahas seluruh kebutuhan informasi mengenai teknik tepat agar sukses budi daya dan bisnis walet. Mulai dari teknik penentuan lokasi, pengaturan struktur bangunan, tata ruang, penempatan dan ukuran lubang, nesting plank yang ideal, pembuatan sarang imitasi dan landasan sarang, membuat aroma walet, mengatur suhu dan kelembapan rumah walet, membuat pakan walet, pemanenan, pencegahan hama, hingga membuat suara tiruan walet yang efektif.

Alhasil, buku ini memberikan jalan bijak bagi Anda dalam menjalankan budi daya dan bisnis walet secara tepat dan benar. Selamat mencoba!

PELUANG PERNIAGAAN BARU UNTUK ANAK WATAN

Industri Burung Walit Jana Pendapatan Rakyat - BERNAMA
June 19, 2010 – 6:37 am
Oleh Syed Azwan Syed Ali

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) — Industri burung walit yang semakin pesat berkembang di negara ini mempunyai potensi besar untuk menyumbang kepada ekonomi negara sekaligus menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Ini kerana industri dengan nilai eksport mencecah RM1.5 bilion setahun itu mampu memberi pulangan lumayan kepada pengusaha dalam jangka masa singkat berbanding bidang pertanian lain.
Modal dilaburkan tidak tinggi selain masa menuai “hasil” juga tidak lama.

Pelaburan antara RM10,000 hingga RM30,000 diperlukan untuk membina sebuah rumah burung di atas tanah seluas 10 kaki lebar dan 15 kaki panjang, tidak termasuk kos membeli atau menyewa tanah terbabit.
Manakala RM250,000 hingga RM600,000 diperlukan untuk membina sebuah premis burung yang berskala besar atau apa yang dikenali sebagai “hotel burung” di kalangan pemain industri.

DANA PINJAMAN

Kebanyakan negeri termasuk di Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak, lot-lot rumah kedai diubahsuai menjadi premis rumah burung ekoran tarikan pulangannya yang lumayan.
Sup sarang burung dipercayai mendatangkan banyak khasiat antaranya “awet muda” dan melancarkan perjalanan darah, mendapat permintaan tinggi masyarakat tanah besar China yang menjadikan hidangan itu sebagai pengukur status individu.
Ia juga semakin diminati sebilangan golongan elit masyarakat Asia Barat.

Menyedari potensi industri burung walit kepada ekonomi negara, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Agrobank memperuntukkan dana pinjaman berjumlah RM67.7 juta untuk membiayai projek-projek berkaitan industri itu.

Pengarah Urusan Agrobank Datuk Ahmad Said berkata peruntukan itu sejajar dengan usaha kerajaan melalui Model Baru Ekonomi (MBE), dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi meningkatkan pendapatan rakyat daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 setahun.

PENYERTAAN SEMUA KAUM

Ahmad berkata dana khas itu akan membolehkan sekurang-kurangnya 2,000 pelanggan membina rumah burung walit berskala kecil, antara RM10,000 hingga RM30,000 sebuah dengan kadar faedah serendah 3.75 peratus.
Pemerhati industri melihat dana pinjaman Agrobank itu akan membolehkan industri itu yang ketika ini dimonopoli “tokeh-tokeh Cina” disertai usahawan-usahawan dari semua kaum dengan kadar faedah rendah.

Ahmad berkata harga sarang burung yang tinggi iaitu sekitar RM3,000-RM4,000 sekilogram bagi sarang burung yang belum diproses dan mencecah sehingga RM12,000 bagi sarang burung yang diproses menyatakan kenapa industri itu berkembang pesat sejak akhir-akhir ini.
Dilaporkan, kini terdapat 50,000 premis burung walit di seluruh negara.
Dalam memastikan penyertaan golongan miskin dalam industri ini, kerajaan juga melancarkan geran berjumlah RM5 juta untuk membolehkan 500 keluarga miskin di seluruh negara mempunyai rumah burung walit.

1GP DIBAWA KE PERINGKAT MENTERI

Setiap keluarga yang dikenalpasti (pendapatan kurang RM450 sebulan) akan dibinakan sebuah rumah burung kos rendah bernilai RM10,000 yang diharap menjadi sumber pendapatan tambahan bagi keluarga terbabit.
Dalam laporan media pada 11 Feb lepas, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin berkata keluarga miskin itu akan dikenalpasti JPV negeri.

Namun ketika industri yang bermula dengan migrasi spesies burung dari Indonesia sejak 10 tahun lepas berkembang pesat, soal-soal regulasi industri itu dilihat masih belum diselesaikan.
Ini kerana garis panduan industri burung walit atau 1GP yang disediakan JPV selaku agensi peneraju industri burung walit negara, masih belum dikemukakan kepada kabinet untuk diluluskan di atas sebab-sebab tertentu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sebelum ini berkata 1GP yang akan menjadi standard bagi industri burung walit itu telah selesai dibincangkan di peringkat pegawai kementerian terbabit dan akan dibawa ke peringkat menteri.

KEKALKAN STATUS PENGELUAR

Selain Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, tiga kementerian lain yang terlibat ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Apa yang pasti, sepertimana diharapkan pemain industri, 1GP akan segera dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah pembinaan premis burung di kawasan bandar yang dikaitkan dengan masalah bau, bunyi dan risiko penyakit.
Selain mengekalkan status negara sebagai pengeluar sarang burung di rantau Asia Tenggara, dana dan garis panduan itu tentunya akan menjadi pemangkin hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dalam tempoh kurang 10 tahun lagi.

Ketika ini, pasaran utama komoditi itu ialah China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura dengan Malaysia dikenali sebagai pengeluar sarang burung walit yang berkualiti selepas Indonesia dan Thailand

PENGUSAHA WALIT BERTUAH

Pengusaha walit tidak melakukan sebarang kesalahan dibawah ‘Animals Protection Act 1960′. Anugerah bintang untuk semua pengusaha walit.
August 6, 2010 – 9:59 pm
SUMBER JAHANIWALIT.COM

Di Malaysia adalah menjadi kesalahan kepada sesiapa yang menganyai haiwan. Dibawah ‘Animals Protection Act i960 (-Akta 1960 Perlindungi Haiwan’)
Dibawah akta tersebut menyatakan bahawa sesiapa yang menyebabkan sebarang kesakitan atau keresahan yang sepatutnya boleh dielakkan terhadap seekor haiwan/burung adalah merupakan satu kesalahan.

Walaupun tiada kesalahan dilakukan , tetapi boleh dijadikan bukti untuk menunjukkan bahawa kesalahan telah pun kepada sesiapa yang telah menyebabkan kesengsaraan kepada haiwan burung dibawah Akta ini.

Dalam mendefinisi kezaliman dan pengabaian dibawah akta ini adalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali mana-mana orang/pihak untuk menganiayakan mana-mana haiwan dibawah jagaan atau pengawaseliaannya. Mengabaikan mana-mana haiwan yang menyebabkan ianya mengalami kesakitan, ketidakselesaan ataupun keresahan.

Gagal Member! keperluan bahan-bahan makanan yang mencukupi untuk menampung be rat badan dalam keadaan fisiologi biasa bagi spesis, jenis, umur, serta jantina selari dengan keadaan kelilling semasa. Membuang atau Mengeluarkan mana-mana bahagian daripada anotomi haiwan itu tanpa memberi ubat pelali yang mencukupi. Mematikan, Mengurung, Memegang atau Membawa mana-mana haiwan dalam keadaan yang boleh dihindarkan menyebabkan kesakitan, ketidakselesan dan keresahan.

Oleh itu sekiranya haiwan diabaikan, dinafikan, keperluan asasnya atau dizalimi atau dianiaya, maka menjadi kewajipan dan tanggungjawab kepada semua untuk melaporkan kepada pihak berwajib. Kejahilan adalah bukan alasan untuk melakukan kezaliman keatas mana-mana haiwan. Kesalahannya tertakluk dalam Kod Jenayah di dalam Ordinan Haiwan 1953.

Berdasarkan akta diatas pengusaha burung walit adalah bebas sama sekali dari melakukan sebarang kesalahan dibawah ini. Pengusaha langsung tidak melakukan penganyayaan atau mengabaikan haiwan/burung walit sebaliknya menyediakan ruang atau tempat yang paling kondusif untuk burung walit membiak atau mengembangkan populasinya. Pengusaha sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk tujuan tersebut. Tahniah kepada semua pengusaha walit.

TUTUP AURAT WANITA DAN TEGAKKAN SYIAR ISLAM

Tutup pusat hiburan, isteri-isteri pemimpin bagaimana?
Wfauzdin NS

SEMPENA bulan Ramadhan ini nanti, apa kata kita cadangkan kepada semua isteri pemimpin Umno agar menutup aurat mereka masing-masing? Aku bukan apa, cuba nak tiru sikit kempen oleh sekumpulan anak muda yang baru-baru ini berhimpun meminta Kerajaan Selangor menutup semua Pusat Hiburan dan Rumah Urut di Selangor sepanjang Ramadhan ini nanti.

Logiknya, sebelum kesemua itu ditutup lebih baik tutup dulu `kemaluan' isteri pemimpin-pemimpin Umno yang mengaku Islam itu.

Tidak malukah kita bangunan atau Pusat Hiburan dan Rumah Urut ditutup, sedangkan `kemaluan' atau aurat isteri kita `telanjang'. Jika sudah isteri sendiri pun tidak dapat kita kawal, apa cerita mahu kawal yang di luar sana. Itu cadangan sahaja.

Sebenarnya itu kewajipan bukan di Bulan Ramadhan sahaja mahu menutup aurat. Tetapi, sekadar mahu melatih bini-bini mereka yang suka `bertelanjang' ini eloklah bermula di Bulan Ramadhan.

Gamaknya, Rosmah dan Shahrizat setuju tak? Dan, apa kata Harussani pula gamaknya

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang

ulasan hembusan pawana

Cadangan dan idea penulis sangat baik.Namun perlu ditambahbaik lagi iaitu dengan menyarankan kepada semua orang islam khususnya Mereka yang mengaku pemimpin islam dengan mengenakan pakaian yang berkonsepkan cara berpakaian Nabi Muhammad saw dan bagi perempuan mengikut cara isteri-isteri Nabi saw dan para sahabiah yang diredai Allah swt.Misalnya para lelaki memakai gamis,jubah, serban, kopiah/songkok, memelihara janggut manakala wanita berjubah labuh,tudung/purdah, sarung tangan, stoking dll.

Semoga dengan mengamalkan syariat berpakaian cara islam/sunnah nabi saw pada bulan ramadan ini akan menjadi asbab hidayat kepada kita untuk mengamalkannya dalam kehidupan kita sehingga hari kiamat/mati.Untuk menjadikan ianya kenyataan dan realiti dianjurkan para pemimpin memulakan dulu kerana anda merupakan ikutan dan contoh kepada masyarakat kita.

Tidak kira dari parti Umno, Pas, keadilan dsb marilah kita bersama-sama menjunjung cara hidup nabi saw sebagai cara hidup kita dan berjuang untuk menyebarkannya.Khususnya pemimpin Pas( selain Nik Aziz dan Abd.Hadi)cuba dan amalkan,tunjukkan kepada masyarakat bahawa anda memang cintakan islam.

SUKAU BAKAL MENJADI BANDAR BIOIVERSITI

Sabah&Sarawak: Bandar biodiversiti
Oleh Poliana Ronnie Sidom
bhnews@bharian.com.my
2010/08/09
Sukau bakal tumpuan pelabur industri pelancongan

KINABATANGAN: Selama ini, Sukau mendapat jolokan 'kampung mati' kerana jauh ketinggalan dari arus pembangunan walaupun menjadi tumpuan pelancong serata dunia berikutan keindahan khazanah alam yang dimilikinya. Bagaimanapun, tanggapan itu bakal berubah menjelang tahun depan apabila Sukau dinaik taraf menjadi pekan kecil beridentitikan bandar biodiversiti'. Kewujudan pekan baru itu dinantikan kira-kira 80,000 penduduk membabitkan 42 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sukau kerana menyedari ia bakal memberi manfaat besar, bukan saja terhadap pendapatan negeri tetapi juga masyarakat setempat.

Keputusan meluluskan cadangan itu diumumkan kerajaan negeri pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), April lalu, manakala majlis pecah tanah disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, di tapak Pekan Baru Sukau.

Antara lain, Musa yakin pembangunan Sukau bakal menarik lebih ramai pelabur tempatan dan asing ke Sabah, terutama dalam industri pelancongan.

"Kira-kira 15 pusat pelancongan sedia ada di Sukau mampu mendorong kepada peningkatan sosioekonomi dan taraf hidup penduduk.
"Sukau berpotensi dibangunkan dengan industri pelancongan bernilai tinggi. Justeru, masyarakat setempat perlu memanfaatkan potensi sedia ada dan pantas memikirkan industri hiliran yang boleh dibangunkan.

"Ini adalah antara pendekatan kerajaan dalam mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar," katanya.

Sukau terletak kira-kira 150 kilometer (km) dari Sandakan dengan sebahagian besar penduduk adalah etnik Sungai yang menjalankan kegiatan ekonomi seperti bertani dan menangkap hasil sungai.

Berdasarkan statistik, purata kedatangan pelancong asing ke Sukau melebihi 35,000 orang setahun selepas beberapa tempat menarik di kawasan itu diiktiraf sebagai destinasi pelancongan.

Antaranya Gua Gomantong yang terkenal sebagai pusat penuaian sarang burung, perkuburan kuno Batu Tulug selain kepelbagaian hidupan liar seperti monyet bangkatan, gajah pigmy serta flora dan fauna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau, Saddi Abdul Rahman, berkata impian mewujudkan pekan baru itu diidamkan sejak beliau menjadi Ahli Majlis Daerah Kinabatangan pada 2004.

Katanya, pelaksanaan pekan baru di kawasan seluas 64 hektar di Kampung Sukau bakal dibangunkan secara berperingkat dan disusuli pembinaan pelbagai kemudahan asas.

"Sebuah jambatan konkrit akan dibina merentasi Sungai Kinabatangan untuk memudahkan perhubungan dengan daerah lain termasuk Lahad Datu, Semporna dan Tawau, sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan ini.

"Selain itu, penduduk juga bakal menikmati pelbagai kemudahan seperti bekalan air dan elektrik selaku fokus utama sebagai agenda pembangunan Sukau dalam jangka panjang.

"Pelbagai peluang ekonomi ini diharap akan menjadi faktor yang menarik golongan muda untuk bekerja di kampung halaman tanpa perlu berhijrah ke bandar," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Sukau, Shaharon Ahmad, 67, berkata hasrat penduduk setempat mahu mengecap nikmat pembangunan di kawasan terbabit semakin menjadi kenyataan dengan adanya pembangunan pekan baru itu.

"Selama ini kami hanya mendengar cerita mengenai pembangunan dan pelbagai kemudahan. Syukurlah kerana akhirnya kami juga akan menikmati makna pembangunan negeri dan negara.

"Semua ini sewajarnya mendorong penduduk bekerja lebih kuat untuk memperbaiki ekonomi keluarga masing-masing," katanya.

MALAYSIA NEGARA ISLAM:TUTUP RUMAH URUT DAN PUSAT HIBURAN

Sentral: Tutup rumah urut!
Oleh Suzaini Sulaiman dan Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2010/08/09


Sekumpulan ahli Gagasan Anak Muda mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, mendesak kerajaan negeri menutup rumah urut dan pusat hiburan sempena Ramadan.Bantah maksiat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

SHAH ALAM: Pelbagai pihak di negeri ini mendesak kerajaan Selangor agar menutup rumah urut dan pusat hiburan sepanjang Ramadan jika mereka benar-benar menghormati bulan penuh keberkatan itu dan memperjuangkan agama Islam. Malah, desakan itu ditunjukkan dengan beberapa pihak mengadakan perhimpunan secara aman di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, antaranya membabitkan sekumpulan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menamakan kumpulan mereka `Gagasan Anak Muda'. Pengerusi gagasan itu, Mohd Razzdee Ab Rahman, berkata desakan itu bertujuan mengurangkan dan membanteras segala aktiviti tidak sihat yang semakin berleluasa di negeri ini.

Katanya, pendedahan media sejak kebelakangan ini, telah membongkar salah laku dan kegiatan tidak bermoral yang dijalankan kebanyakan rumah urut dan pusat hiburan.

"Ramai perempuan dari negara jiran dan Asia menjadi pekerja tanpa permit serta menawarkan khidmat seks kepada pelanggan rumah urut dan pusat hiburan ini.

"Premis ini menjadi pelindung dan tempat pendatang tanpa izin bersembunyi sekali gus menyalahgunakan kemudahan visa memasuki negara kita. Perniagaan berbentuk negatif ini merosakkan sistem kehidupan seluruh masyarakat," katanya ketika ditemui.
Mohd Razzdee berkata, rumah urut, pusat perjudian berkomputer dan pusat hiburan yang semakin banyak ibarat `cendawan tumbuh selepas hujan' mengundang pengunjung Islam dan anak muda, sekali gus menyumbang peningkatan masalah akhlak dan sosial generasi muda.

Atas desakan sama, Ketua Pemuda UMNO Tanjung Karang, Mohamad Khir Ramli, berkata kerajaan negeri perlu bertindak tegas kerana pusat hiburan rumah urut, karaoke dan disko ketika ini dilihat seperti `cendawan tumbuh selepas hujan’.

"Dianggarkan ada 4,000 pusat hiburan di seluruh negeri ini ketika ini berbanding hanya 1,000 premis sama ketika Selangor diperintah Barisan Nasional (BN).

"Jika benar kerajaan pakatan pembangkang yang dianggotai PAS yang dianggap memperjuangkan Islam sebenar, kami mencabar mereka menutup pusat hiburan di seluruh Selangor sepanjang Ramadan ini," katanya.

Mohamad Khir berkata, pergerakan itu mahu PAS menunaikan janji mereka untuk menutup pusat hiburan di Selangor seperti dilaungkan menerusi manifesto pilihan raya mereka sebelum ini.

“Selepas lebih dua tahun pakatan pembangkang memerintah Selangor, pusat hiburan bertambah empat kali ganda berbanding sebelumnya,” katanya

ulasan hembusan pawana

Kerajaan Malaysia merupakan sebuah kerajaan islam yang terkenal di dunia.Oleh itu, PM perlu menjadikan Malaysia sebuah negara islam sebenar dan bukan sekadar retorik belaka.Kedudukan PM YB DS Najib Tun Razak akan lebih kukuh dan dikenang sebagai Bapa Pejuang Islam.Hidup PM.Kami rakyat malaysia berikrar bersama-samamu untuk menentang segala bentuk perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah swt.

Tutup pusat hiduran, rumah urut, kasino, pelacuran dsb.Hidup Islam aman Malaysia.

TANAH:KERAJAAN SABAH PERLU TELUS DAN IKLAS

APA JADI DENGAN DEKLARASI MENOA 1999?
SUMBER SABAHKINI

Saudara Pengarang,

KETIKA ini, Kerajaan Negeri Sabah dengan bangganya mengumumkan ‘Geran tanah Komunal’ sebagai jalan penyelesaian terakhir kes tanah adat di Sabah yang begitu meruncing, apa jadi dengan Deklarasi Nerabai Menoa 1999 yang dibuat sempena Perayaan Gawai Kelingkang oleh penduduk asal Sarawak?

Setelah hampir sebelas tahun Deklarasi berkenaan diumum dan dikemukakan kepada kerajaan, rakyat Sarawak masih berperang dengan kerajaan negeri untuk mempertahankan tanah tumpah darah mereka; namun rakyat Sabah belum lagi memulakan sebarang langkah sekalipun Geran Komunal hanyalah ‘radiator coolant’ kepada anak negeri Sabah yang terhimpit oleh dasar ‘Kolonial’ konglomerat yang menguasai kerajaan negeri.


Jika Kerajaan Negeri Sabah benar-benar ikhlas melaksanakan Geran Komunal, kembalikanlah hak penduduk asal yang telah meneroka Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagos di Semporna yang dirampas oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk menyuntik dana kepada Saham Amanah Sabah yang merudum dengan memberikan mereka ‘Geran Komunal.’
















JENAKA.... Semoga kepanjangan Geran Komunal ini tidak menjadi jenaka politik sinonim dengan panjangnya janji BN tetapi 'Fulus Yellek'.



Begitu juga dengan penduduk di Serudung, Ulu Kalumpang, Mensuli, Silabukan dan sebagainya yang dihalau bagaikan babi hutan daripada tanah yang mereka usahakan setelah Jabatan Perhutanan membakar rumah dan merampas harta benda mereka tanpa melalui perintah mahkamah.

Sebagai Ketua Cawangan UMNO, bagaimana kami mahu menjelaskan kepada rakyat niat kerajaan memperkenalkan ‘Geran Komunal’ jika kerajaan negeri bersikap lebih kejam daripada Komunis?

Di kesempatan ini, saya ingin kita renungkan bersama Deklarasi Nerabai Menoa 1999 yang dikemukakan oleh rakyat Sarawak agar ianya menjadi panduan kepada rakyat Sabah yang masih menganggap ‘Khadam’ yang mereka pilih melalui pilihanraya sebagai ‘Tuan’ yang wajib dihormati dengan panggilan ‘YB’; sedangkan mereka sepatutnya bekerja untuk rakyat dan bukannya mengerjakan rakyat dan merampas tanah rakyat. Semoga mereka sedar.

DEKLARASI PERAYAAN GAWAI KELINGKANG : NERABAI MENOA 1999

KAMI, seramai lebih daripada 2,000 orang wakil-wakil dan peserta-peserta dari pelbagai masyarakat rumah panjang Dayak di seluruh Sarawak bersama-sama Pertubuhan Penduduk Pribumi (IPOs), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dan perwakilan organisasi antarabangsa yang menghadiri Perayaan Hari Gawai Kelingkang: Nerabai Menoa 1999-bertema "Meningkatkan Komitmen Masyarakat Dayak Dalam Mempertahankan Hak Tanah Adat", yang diadakan di Rumah Lipu, Sungai Bawang, Balingian, Daerah Mukah, Bahagian Sibu, Sarawak pada 21hb November 1999.

Kami telah menyuarakan tentang pelbagai isu dan masalah yang dikenalpasti dan sedang kami hadapi seperti berikut :

1. Tanah adat adalah nyawa dan darah kami. Ia adalah satu-satunya harta pusaka dan warisan milik masyarakat kami yang diwarisi mengikut adat resam sejak turun temurun. Masalah yang kami hadapi sekarang ialah pengalihan milik, pengambilan tanah dan penghapusan hak tanah adat kami oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk tujuan projek-projek infrastruktur, pembangunan ekstraktif dan skim pertanian besar-besaran oleh syarikat-syarikat swasta dan/atau agensi-agensi Kerajaan;

2. Tanah adat masyarakat Dayak di seluruh Sarawak telah disasar untuk program pembangunan tanah secara komersial oleh Kerajaan Negeri yang bersembarangan mengeluarkan lesen-lesen, geran-geran dan/atau geran hak milik sementara (Provisional Lease) kepada golongan elit, politikus, agensi-agensi Kerajaan dan syarikat-syarikat swasta yang melibatkan tanah adat kami tanpa pengetahuan dan persetujuan kami;

3. Kawasan tanah adat kami dibuka sembarangan di bawah rancangan dasar pembangunan tanah adat dengan menggunakan ‘Konsep Baru’ untuk perlaksanaan estet kelapa sawit oleh agensi-agensi Kerajaan seperti Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC) serta syarikat-syarikat swasta tanpa kebenaran dan persetujuan dari masyarakat kami;

4. Program pembangunan tanah adat yang berlandaskan ‘Konsep Baru’ adalah proses pengambilan dan penghapusan hak tanah adat masayarakat Dayak. Kami mengutuk dan menentang keras perlaksanaan program pembangunan sebegini yang hanya mengutamakan dan melindungi kepentingan-kepentingan dan keuntungan golongan elit, kapitalis, pelabur-pelabur asing dan syarikat-syarikat swasta untuk mendapatkan tanah secara besar-besaran dan membolot kekayaan sumber yang terkandung dalam kawasan tanah adat kami;

5. Ratusan-ribu hektar tanah adat masyarakat Dayak di kawasan Bintulu-Balingian terjejas akibat perlaksanaan ladang kayu akasia besar-besaran oleh Borneo Pulp and Paper Plantation Sdn. Bhd. dan mengancam kehidupan dan hak tanah adat penduduk-penduduk rumah panjang dalam kawasan berkenaan;

6. Pembalakan yang masih beroperasi dengan pesat di merata-rata Sarawak terutamanya dalam kawasan tanah adat minimbulkan banyak masalah dan menambahkan lagi keperitan hidup masyarakat Dayak yang bergantung kepada sumber-sumber hutan untuk kehidupan mereka seharian. Kegiatan pembalakan telah memusnahkan hutan simpan komuniti (Pulau Kunsi) serta sumber-sumber asli masyarakat kami dan mengakibatkan kepupusan binatang liar serta pencemaran alam sekitar.

7. Dalam nama ‘pembangunan’ masyarakat Dayak di Sarawak ditindas dan harta-benda dimusnahkan, hutan kami diterokai oleh syarikat pembalakan, hak tanah adat kami dihapus dan tanah kami dirampas untuk perlaksanaan ‘Konsep Baru’, ladang pulpa dan sebagainya. Pembangunan yang dijalankan dalam kawasan masyarakat Dayak tidak memberi kemajuan dan keuntungan kepada kami tetapi sebaliknya ianya membawa penderitaan dan pelbagai masalah serta memusnahkan cara hidup dan alam sekitar kami; dan

8. Usaha-usaha rakyat untuk menentukan pembangunan sendiri serta mengurus dan melindungi hutan dan sumber-sumber secara komunal dan berkekalan (sustainable) yang diamalkan sejak dari dulu lagi serta boleh menjamin peningkatan taraf sosio-ekonomi kami tidak disokong oleh Kerajaan atas kepentingan-kepentingan tertentu. Maka Kerajaan tanpa mendapat izin dari masyarakat kami mengeluarkan lesen-lesen/geran-geran kepada golong elit, ahli politikus, syarikat-syarikat swasta dan/atau agaensi-agensi Kerajaan yang hanya berkepentingan untuk meragut keuntungan sahaja dengan mengeksploitasikan tanah, hutan dan sumber daya dalam wilayah kami tanpa persetujuan dari masyarakat-masyarakat kami.

DENGAN INI, kami menyatakan kenyataan-kenyataan seperti berikut :

1. Menyeru Kerajaan Negeri Sarawak untuk menyelesaikan masalah sempadan tanah adat dengan merintis dan menanda sempadan ‘menoa’ tanah adat bagi tiap-tiap kampung/rumah panjang masyarakat Dayak dan rekod sempadan tersebut harus diberi kepada masyarakat berkenaan dengan satu salinan disimpan oleh jabatan Kerajaan berkenaan untuk rujukan bersama;

2. Meminta Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak atau agensi-agensinya, syarikat-syarikat swasta dan pelabur-pelabur asing untuk mengadakan perundingan secara terbuka dan terperinci dengan masyarakat kami sebelum melaksanakan sesuatu projek pembangunan yang melibatkan tanah adat dan persekitaran kami. Pandangan dan pendapat kami samada projek berkenaan disokong atau tidak haruslah dihormati;

3. Menyatakan sekali lagi seruan kami kepada pihak Kerajaan untuk menyelesaikan pertelingkahan dan masalah yang ada dengan syarikat-syarikat pembalakan yang beroperasi di dalam tanah adat kami kerana operasi pembalakan sebegini mengancam hak tanah adat, hutan dan sumber daya kami serta menyebabkan kesengsaraan kepada kehidupan masyarakat Dayak;

Sekali lagi kami menyarankan Kerajaan Negeri Sarawak untuk membeku dan menarik-balik segala lesen-lesen pembalakan yang telah dikeluarkan di mana ia melibatkan tanah adat dan hak kami, dengan itu semua kegiatan pembalakan di kawasan tanah adat kami dihentikan dengan segera sehingga resolusi dan persetujuan sepakat telah dimeterai di antara semua pihak;

4. Menyedarkan Kerajaan bahawa projek dan program pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan di seluruh bahagian di Sarawak akan merosakkan alam sekitar lalu ini akan mengakibatkan bencana meluas kepada rakyat, terutamanya masyarakat Dayak di kawasan pendalaman;

5. Memaklumkan kepada Kerajaan bahawa masyarakat kami menolak skim perladangan besar-besaran dan projek mega-infrastruktur yang meliputi tanah adat kami dan kemusnahan ke atas hutan dan sumber-sumber biologi serta alam sekitar kami akibat daripada industri ekstraktif. Kami menolak segala program pembangunan pemuliharaan di dalam ‘menoa-menoa’ kami yang bertujuan untuk merampas dan mengancam hak dan tanah adat kami. Tanah adat kami haruslah dikecualikan daripada jenis aktiviti-aktiviti dan program-program pembangunan besar-besaran yang merosakkan sebegini;

6. Menggesa Kerajaan untuk membekalkan semua laporan kajian dan maklumat tentang rancangan projek pembangunan yang akan dilaksanakan di dalam ‘menoa’ kami untuk dikemukakan dan diteliti terlebih dahulu oleh kami demi menentukan bahawa hak dan kepentingan kami tidak terjejas dan segala maklumat projek yang sedang dijalankan di dalam tanah adat kami haruslah dikemukakan kepada kami juga;

7. Menggesa Kerajaan Negeri Sarawak untuk menghentikan perlaksanaan ‘Konsep Baru’ yang melibatkan tanah adat kami kerana konsep sebegini merupakan suatu ancaman besar kepada hak-hak kepada tanah adat, sumber-sumber biologi dan alam sekitar kami yang tidak tercemar;

8. Menggesa Kerajaan Malaysia supaya membatalkan projek-projek infrastruktur besar-besaran yang memindahkan masyarakat pribumi dari kawasan tanah pusaka mereka dengan itu Projek Empangan Hidro-elektrik Bakun yang pembinaannya tertunda dibatalkan terus;

9. Menggesa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri untuk menggantung dan menghentikan rancangan untuk menubuhkan segala project-project industri yang akan membawa bencana serta pencemaran yang tinggi lalu mengancam kehidupan masyarakat tempatan dan alam sekitar seperti Kilang Melebur Aluminium dan Kilang Kertas dan Pulpa di Bintulu;

10. Menyeru kepada badan keselamatan dan pihak polis untuk bertindak secara professional dan adil dalam menjalankan tugas. Segala laporan berkenaan dengan pencabulan hak asasi manusia, pencerobohan dan kerosakkan ke atas tanah adat serta sumber-sumber kami yang diadukan kepada polis haruslah disiasat dengan segera serta tindakan sewajarnya diambil ke atas pihak-pihak yang berkenaan. Pihak berkuasa haruslah menghormati tindakan masyarakat Dayak dalam mempertahankan tanah adat, harta-benda, sumber-sumber dan persekitaran mereka daripada terus diceroboh, dirampas dan dimusnah oleh syarikat-syarikat swasta, agensi-agensi pemaju dan/atau pihak-pihak lain;

Kami menggesa pihak berkuasa untuk menghormati hak asasi masyarakat kami dan pihak polis haruslah menghentikan tindakan penangkapan dan penahanan yang tidak berasas ke atas masyarakat kami; dan

11. Meminta Kerajaan memberi perhatian yang serius, menyokong dan menggalak rakyat untuk menentu dan mengusahakan pembangunan berterusan dan berkekalan (sustainable) yang boleh menjamin masa depan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka tanpa menjejas dan memusnahkan alam semulajadi dan persekitaran.

MAKA KAMI dengan sebulat suara mengangkat tangan beramai-ramai dengan sorakkan untuk menyatakan dan menandakan persetujuan dan sokongan kami kepada resolusi ini.

Bertarikh 21 Haribulan November 1999”

Sekian, Salam Hormat dan Salam Ramadan,

AZIZUL @ AJIJUL SANARUL

Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat Semporna