Sunday, October 24, 2010

BULI DAN KECURIAN:ASRAMA SMK AGAMA SANDAKAN

Isnin,25 Oktober-Sandakan

Beberapa orang ibu bapa pelajar SMK Agama Sandakan mengadu kerana tidak berpuas hati dengan keadaan asrama sekolah tersebut.Sejak kebelakangan ini ramai penghuni asrama mengalami trauma kerana sering dibuli oleh penghuni asrama yang lebih senior.
Menurut salah seorang penjaga kepada pelajar tersebut,beliau berkata" almari anaknya seringkali diselongkar dan barang-barangnya dicuri". Selain itu, ada juga yang kehilangan duit, telekung, bantal,tafsir al-Quran, pakaian kokurikulum dsb.
Kejadian ini mungkin seringkali berlaku, namun penjaga dan ibubapa yang terlibat memberitahu bahawa kes ini telah diadukan kepada pihak pentaddbir sekolah.Agak mengecewakan sejak Januari sehingga kini pengadu menyatakan belum ada tindakan yang diambil oleh pihak sekolah.

Seorang bapa kepada pelajar tersebut merasa agak terkilan kerana anaknya seringkali mengadu dibuli dan barang-barangnya dicuri.Lebih memeranjatkan lagi terdapat murid senior yang berani merokok dan meninggalkan puntungan rokok dibawah tilam murid junior.Terdapat juga beberapa tindakan beberapa murid yang keterlaluan yang sanggup kencing didalam bilik pelajar junior tersebut.

Jika perkara ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang tindakan dikhuatiri bukan ulama yang akan dilahirkan malah sebaliknya.Adalah disarankankan kepada pihak sekolah agar lebih bertanggungjawab dan prihatin bagi mengekang masalah ini.

Tujuan berita ini ditulis adalah untuk mewakili beberapa orang penjaga murid asrama yang inginkan agar anak mereka menjadi insan yang terbaik dunia dan akhirat.Walaupun terdapat ibubapa yang tidak kisah tentang perkara ini, namun segelintir ibubapa amat tertekan kerana terpaksa mengeluarkan bajet luar jangka untuk membeli barang baru bagi mengantikan barangan yang telah dicuri tersebut.

Selain itu, dikhuatiri jika gejala ini tidak ditangani segera, kemungkinan besar pelajar junior akan mengalami trauma untuk meneruskan pembelajaran disekolah ini.Bagi jangka masa panjang, imej sekolah agama akan tercalar disebabkan segelintir murid yang tidak berdisiplin.

Saranan kepada pihak sekolah agar dapat menyediakan CC TV di setiap bilik dan persekitaran asrama untuk memantau kegiatan yang tidak bermoral.



Ibubapa dan penjaga yang prihatin.

2 comments:

  1. memang teruk pengurusan smka sandakan, tidak seindah namanya...warden yang dilantik seolah-olah tidak berfungsi..adakah ilmu agama yang diterapkan oleh guru itu benar2 ikhlas kerana kalau ilmu yang ikhlas anak didik akan jadi baik..pihak pengurusan mesti mencari jalan membersihkan semula nama smka sandakan..jangan hanya bersellindung disebaik nama saja tapi disebaliknya tersembunyi syaitan yang dikenali..

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum . . maaf , tapi kalau kita tidak berada kat sana jangan simply judge diorang . . warden dan guru2 ada juga yang berusaha , tidak semua yang lepas tangan . .

    ReplyDelete