Monday, August 2, 2010

PARTI BARU UNTUK ANAK WATAN SABAH

Keretakan dan ketidak stabilan parti-parti yang memerintah dan yang menjadi pembangkang dinegara ini begitu ketara akhir-akhir ini.Parti komponen BN dan PR khususnya mengalami nasib yang serupa.Ramai anak watan mula meragui konsep perjuangan kedua-dua parti gergasi ini.

Negari Sabah khususnya masih bergantung dengan kerajaan komponen BN yang kini menggalami reputasi yang buruk sejak kebelakangan ini.Walaupun mempunyai ketua pemimpin yang berkaliber dan bertanggungjawab seperi YB Datuk seri Musa Aman, namun terdapat kepincangan dalam anggota parti yang lain.

Justeru, perlu ada sebauh parti yang baru yang benar-benar menjiwai hati naluri anak watan Sabah.Bukan itu saja,parti baru tidak akan bermakna jika pemimpinnya tidak berjiwa anak watan.Saya berpendapat YB Datuk Musa Aman merupakan calon yang sesuai untuk mentadbir anak watan negeri ini kerana beliau amat disayang oleh anak watan negeri ini kerana banyak berjasa.

Saya mencadangkan parti baru itu ialah PARTI PERMUAFAKATAN ANAK WATAN NASIONAL(PAWANA).Saya yakin PAWANA mampu mentadbir negeri ini dengan baik dengan kepimpinan yang baik(DS Musa Aman).Biar kita tadbir negeri kita sendiri dan jika ada rezeki kita tadbir Malaysia.Anak Watan Sabah boleh, kita bukan bodoh,kita mampu menghadapi cabaran.lakukanlah perubahan demi kemaslahatan anak watan nasional.Biar kita jadi kepala...takkan jadi ekor selamanya..

No comments:

Post a Comment