Sunday, August 8, 2010

FILEM LUCAH..MALAYSIA WAJIB MEMBENTERAS

Filem lucah 3-D pertama di diHong Kong
Sabahdaily| Monday, August 9, 2010

HONG KONG – Satu kumpulan pembikin filem Hong Kong mula melakukan penggambaran apa yang didakwa mereka sebagai filem lucah tiga dimensi (3-D) pertama di dunia, lapor akhbar Sunday Morning semalam.

Filem itu yang berjudul 3-D Sex and Zen: Extreme Ecstasy melibatkan kos sebanyak AS$3.2 juta (RM10 juta) dan dijangka ditayangkan pada Mei depan.

Menurut akhbar itu, filem itu akan dibintangi pelakon wanita filem lucah, Yukiko Suo dan Saori Hara.

Penerbit filam itu, Stephen Shiu mengakui bahawa tapisan akan menghalang tayangan filem tersebut di tanah besar China.

“Namun, kami kini semakin berurusan dengan beberapa pasaran termasuk Jepun, Korea Selatan, negara-negara di Asia Tenggara dan beberapa rangkaian televisyen berbayar di Hong Kong,” katanya. – AFP

Ulasan Hembusan Pawana

Tindakan berani ini perlu dibenteras khususnya bagi rakyat Malaysia.Jika filem ini mengandungi unsur lucah yang melampau maka kerajaan Malaysia harus bertindak agar filem ini tidak tersebar di negara kita.Selain itu, malaysia sebagai sebuah negara islam dan pejuang hak kemanusiaan serta membenteras kegiatan yang tidak bermoral saya menyeru agar kerajaan membawa perkara ini kepersidangan antarabangsa sebagai usaha menghalang penerbitan filem yang boleh merosakkan bangsa manusia.

No comments:

Post a Comment