Friday, July 22, 2011

PRU 13 BN @ PR @ ... YANG MENANG

Hari menjelang PRU 13 semakin dekat. Semua pihak samada kerajaan atau pembangkang telah membuat persiapan untuk meraih undi daripada rakyat.Semakin banyak program yang telah diatur.Malah ramai juga yang telah melabur kepada pihak-pihak yang dirasakan mungkin memenangi PRU 13 ini nanti.

Perang psikologi juga mula tercetus.Pelbagai isu mula diputar belitkan.Entah apakah kali ini BN masih menerajui kerajaan ataukah PR. Segala-galanya mungkin terjadi.

Namun kekuasaan pencipta alam semesta iaitu Allah swt, tidak seorang pun mengetahui.Apakah BN mendapat mijoriti yang besar atau PR memenang PRU kali ini.Segala-galanya dalam ketentuan Illahi.
Tapi yang pasti Allah swt menjanjikan kepada orang beriman bahawa Dia akan memberikan seorang pemerintah yang adil, itu pun jika masyarakat keseluruhannya beriman dan bertakwa kepadaNya.

Oleh sebab itu, marilah kita semua umat islam dan seluruh manusia beriman dengan Allah Swt dengan sebenar-benar keimanan. Janji Allah swt pasti. Manakala janji makhluk belum pasti.Masih belum terlambat kepada kita untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang beriman dan bertakwa.Hanya dengan menekan nafsu kita maka bermulalah  perjuangan kearah umat yang diredai AllaH SWT.

Selamat berusaha.

Tuesday, July 12, 2011

Nelayan Pulau Nunuyan ‘dahagakan’ pembangunan

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB

mohdazam@hmetro.com.my HIDUP mereka boleh dikatakan diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Dengan hanya menggunakan sampan kecil yang kebanyakannya buatan sendiri, rutin harian mereka berjalan seperti biasa iaitu keluar menangkap ikan seawal lima pagi dan pulang ke rumah sekitar jam tujuh hingga lapan malam.



Walaupun terpaksa berpenat lelah hampir satu hari, namun sudah lumrah, sama ada pulang dengan tangan kosong atau hasil yang sedikit bergantung pada rezeki pada hari berkenaan.





Ini kerana, dengan hanya berbekalkan jala serta bot kecil dilengkapi enjin berkuasa kecil, skop tangkapan mereka terhad di pesisir pantai saja dan tidak mampu menahan ombak Laut Sulu atau hujan ribut yang melanda.



Apabila tiba musim tengkujuh pula, aktiviti menangkap ikan diganti dengan aktiviti mengaut pasir yang diangkut menggunakan sampan kecil mereka bagi kegunaan industri pembinaan.







Itu pemandangan biasa penduduk di Pulau Nunuyan, Sandakan, Sabah yang sememangnya terkenal sebagai satu daripada perkampungan nelayan di sana.





Terletak 30 minit perjalanan menaiki bot atau 16.6 kilometer dari Sandakan, Pulau Nunuyan yang terletak di kawasan Laut Sulu sebenarnya hanya dihuni 1,200 penduduk berketurunan Bajau dan Banjar.



Gambaran paling ketara apabila menjengah perkampungan itu adalah deretan sampan kecil diikat di setiap bawah rumah usang. Identiti nyata penduduk di sana yang bekerja sebagai nelayan.



Malah, disebabkan penempatan mereka di atas pulau, kebanyakan penduduk tidak mempunyai pengangkutan moden seperti kereta atau motosikal, sebaliknya hanya memiliki sekurang-kurangnya sebuah bot sama ada untuk ke Sandakan atau menangkap ikan.



Aktiviti harian bagi kanak-kanak dan golongan ibu juga terhad. Kebanyakan masa dihabiskan sama ada dengan menonton rancangan televisyen bagi rumah yang memiliki bekalan kuasa elektrik, atau menghabiskan waktu lapang bersembang dengan jiran tetangga.



Menyedari hakikat itu, Astro menerusi tanggungjawab khidmat sosial (CSR) menganjurkan program Astro Kasih bagi membantu meringankan beban penduduk di Pulau Nunuyan.



Sebanyak RM50,000 disumbangkan Astro bagi membaiki rumah penduduk dalam program yang dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rohzan bersama 50 kakitangan Astro.



Ketua Kampung Pulau Nunuyan, Halid Abdullah, 67, berkata menangkap ikan adalah pekerjaan turun temurun penduduk Pulau Nunuyan yang dipercayai dihuni sejak lebih 200 tahun lalu.



Disebabkan rata-rata penduduk tidak mendapat pendidikan formal, menjadi nelayan adalah satu kemestian.



Malah, kerana itu juga, setiap penduduk di sana dikatakan mempunyai kebolehan ‘turun temurun’ untuk membina sendiri sampan mereka dengan hanya menggunakan tukul besi, gergaji serta parang tanpa bantuan alat elektrik yang lain.



Dengan sampan itulah, penduduk menangkap ikan dengan rata-rata daripada mereka hanya memperoleh pendapatan kurang RM700, sekali gus menyukarkan mereka untuk hidup dalam suasana selesa.



Setiap penduduk, tidak kira kanak-kanak atau dewasa, lelaki mahupun perempuan, juga dikatakan secara automatik mempunyai kemahiran tradisi iaitu berenang.



Penulis dan rakan media yang mengikuti program itu selama empat jam berkesempatan melihat kebanyakan rumah penduduk bagai menanti masa untuk roboh dengan binaan berasaskan pokok kayu bakau sebagai tiang dan papan sebagai dinding.



Bukan kerana penduduk tidak mahu membaikinya, sebaliknya kos membaiki kediaman berkenaan dikatakan sungguh mahal.



“Jika ingin membina rumah batu, penduduk terpaksa pula menyewa bot lebih besar untuk membawa bekalan simen, pasir serta batu. Ini pasti memakan belanja besar.



“Disebabkan itu, penduduk hanya membina rumah dengan kayu yang lebih mudah dibawa menaiki bot sampan mereka,” katanya.



Selain itu, bekalan air bersih yang terawat antara kemudahan asas paling kritikal di kalangan penduduk selain bekalan elektrik.



Ini kerana, kebanyakan mereka hanya bergantung kepada sumber bekalan air perigi yang dikorek penduduk dengan menyalurkannya menggunakan pam minyak petrol yang dibeli dengan simpanan sendiri.



Tidak ramai memiliki unit pam air dan hanya segelintir mempunyai kemudahan itu di rumah. Jadi, bagi penduduk yang tiada peralatan berkenaan, satu cara mendapatkan bekalan air bersih dari perigi adalah dengan mengangkutnya menggunakan tong air.



Bekalan elektrik diterima segelintir penduduk juga dicatu, di mana alat jana kuasa elektrik milik konsesi Sabah Elektrik yang dibina di sana hanya mampu menghasilkan bekalan kuasa untuk jumlah kecil, oleh itu penduduk hanya menerima bekalan dari jam 9 pagi hingga 10 malam.



Menurut Halid, bagi memastikan kawasan kampung berkenaan tidak ketinggalan menerima arus kemajuan dan kemodenan, pendidikan antara aspek yang dititik beratkan penduduk terhadap anak mereka.



Namun, disebabkan ketiadaan sekolah menengah di pulau itu, kebanyakan anak mereka dihantar bersekolah di Sandakan dan sekali lagi beban kewangan menjadi faktor berlakunya keciciran di sana, selain antaranya berhenti apabila tamat persekolahan peringkat rendah.



Yang nyata, walaupun penduduk selesa hidup dalam suasana demikian, kebanyakannya masih ‘dahagakan’ perkembangan teknologi dan arus kemajuan bagi mengubah kehidupan mereka.

Saturday, July 9, 2011

PAS SANDAKAN MENYUMBANG KEMAJUAN SYIAR ISLAM

Kewujudan parti PAS di negeri ini menjadi penyimbang kepada kerajaan memerintah kini.
Walaupun rakyat Sandakan belum memberikan sokongan yang padu kepada parti PAS sepertimana parti  BN/UMNO, namun PAS juga boleh menyumbangkan kemajuan syiar islam di Sandakan.

PAS adalah parti yang memperjuangkan islam sama seperti UMNO.Harapan rakyat Sandakan ialah
mampukan PAS memberikan sumbangan kepada pembangunan diSandakan walaupun tidak memerintah negeri ini.Kemanakah tokoh-tokoh politik PAS di negara ini dan di Sabah khususnya.Bilakah anda akan turun ke padang bertemu rakyat dan melaksanakan pelbagai program di sabah.

Jika PAS tidak membuat program yang boleh menegakkan syiar islam di Sabah anda juga akan ditanya diakhirat. Oleh itu, Saya menyeru  agar PAS Sandakan bertindak secara amali bergerak menemui umat dan mengajak mereka untuk mengamalkan agama islam secara sempurna.Ayuh rakan-rakan PAS lupakan seketika tentang politik tapi tumpukan kepada menegakkan syiar islam.

Buatlah pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang berunsurkan agama islam seperti kursus memakmurkan masjid, Ziarah dakwah ke kawasan pedalaman dan berusaha membangunkan madrasah untuk anak-anak kita.Jangan jadikan perbezaan fahaman politik PAS dengan pihak kerajaan  menjadi sebab atau membantutkan usaha agama.

Idea-idea yang bernas ahli-ahli PAS mampu mengubah suasana di negara ini khususnya di Sandakan.Marilah kita bersatu menghidupkan suasana islam yang sebenar seperti di zaman rasulullah bersama sahabat R.ahu.

JHEAINS SANDAKAN PERLU TURUN KE PULAU

Ziarah Pulau Jiwa Murni: Program Dakwah Di Pulau-Pulau Sabah

Ucapan Penangguhan Datuk Hj. Amri. A. Suratman,
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Sedutan berita  oleh Ustaz Mohd. Sidik Hj.Ag Adi
Pulau Danawan: Seramai lebih 300 orang penduduk Pulau Danawan Semporna telah mengikut Program Ziarah Pulau Jiwa Murni anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Anggatan Tentera Malaysia (ATM) baru-baru ini.

Program yang diurusetia oleh Bahagian Dakwah JHEAINS bersama Kor Agama ATM itu telah disempurnakan oleh Datuk Hj. Amri A. Suratman, Pengarah JHEAINS. Program yang mendapat kerjasama penuh dari Komender, Markas Anggatan Tentera Bersama 2, (Pengkalan Operasi Hadapan), Kem Kukusan, Tawau dan Pos Penempatan 7RAMD Pulau Danawan ini bertujuan memberi pengajaran dan
kefahaman pengetahuan Islam secara lisan dan amali.

Ulasan PAWANA

Pihak JHEAINS Sandakan perlu mencontohi program sedemikian agar umat islam  di seluruh sandakan khususnya dipulau-pulau mendapat manfaat daripada aktiviti ini.Bagi kawasan sandakan ini saya mencadangkan pulau seperti Pulau Nunuyan danTg. Aru sebagai pulau perintis untuk program ini.

Masyarakat islam sejak kebelakangan ini tertanya-tanya tentang fungsi sebenar JHEAINS dalam menegakkan syiar islam.Masalah yang melanda umat islam khususnya golongan remaja seperti tidak dihiraukan langsung.

Keadaan masjid yang tidak diimarahkan juga menjadi tanda tanya? Adakah JHEAINS masih wujud di Sandakan ini. Apabila diselidiki kewujudan Pejabat JHEAINS Sandakan memanag wujud.Namun kemana perginya pegawai-pegawainya?

Apakah JHEAINS tidak tahu bahawa masyarkat islam di Sandakan kini dilanda krisis mengamalkan agama yang cukup menyedihkan.Berapa orang yang bersembahyang, menutup aurat, dan berakhlak seperti tuntutan islam?Jika kita perhatikan seperti tiada bezanya antara orang islam dan bukan islam.

Dengan adanya program seperti ini sekurang-kurangnya JHEAINS Sandakan dapat menjawab dihadapan Allah di akhirat kelak tentang usaha yang telah mereka lakuan semasa didunia ini.Jika tidak  apakah yang akan berlaku dan nasib anda di akhirat.Semoga kita dijauhkan daripada dihumbankan didalam neraka jahanam.

Mungkin ada yang akan berkata JHEAINS kekurangan dana untuk membuat program sedemikian.Bagi saya mustahil.Jheains boleh meminta sumbangan daripada MUIS.Duit zakat banyak.Kalau tidak pun korporat islam disandakan juga ramai. Ketua Menteri Sabah juga orang islam dan YB diSandakan. Oleh itu tiada yang mustahil untuk JHeains Sandakan menjadi yang terbaik dikalangan JHeains seluruh Sabah.

JHEAINS SANDAKAN BOLEH







Friday, July 8, 2011

KEMPEN BERSIH SANDAKAN

Tindakan MPS dalam perkhidmatan pembersihan khususnya di Taman Alam indah amat memuaskan.
Lori mengangkut sampah kelihatan memulakan operasi  pada waktu pagi sekitar jam 6 pagi telah berjaya membersihkan kawasan persekitaran Taman ini.

Seorang penduduk Taman yang ditemu bual oleh wakil berita PAWANA amat berterima kasih kepada pihak MPS.Beliau juga berharap agar perkhidmatan  ini berterusan dan berkualiti.

Kebersihan amat dituntut dalam islam dan agama yang lain.Bukan setakat kebersihan luaran, malah kebersihan rohani adalah amat ditekankan.Kebersihan diri daripada kufur dan syirik wajib diusahakan oleh semua manusia khususnya umat islam.Allah swt berfirman yang bermaksud "Allah swt bersama-sama orang yang membersihkan dirinya".Justeru,marilah kita berkempen menyeru manusia berusaha mengislahkan diri dengan ketakwaan kepada Allah swt. serta mengamalkan islam dengan sempurna.

Sifat sukakan kebersihan perlu dipupuk sedari bayi, agar ia menjadi sebati dengan jiwa naluri kita sebagai manusia.Masyarakat Sandakan hendaklah menjadikan mulai saat ini kebersihan adalah sebagai cara hidup kita.Sandakan Bersih.

Esok hari cuti bagi  penjawat awam, oleh itu marilah kita bersama-sama bangun awal dan bergerak untuk membersihkan apa yang patut.BERSIHKAN DIRI, RUMAH, KAMPUNG/TAMAN dan sebagainya daripada kekotoran

NUNUYAN PERINTIS:1 kampung 1 SUIS

Kampung Nunuyan 100% penduduknya beragama islam.Lebih kurang 150 orang kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun.Nunuyan juga merupakan kubu kuat UMNO dan BN di DUN Sibuga, namun semenjak merdeka sehingga kini masih belum ada pun sebuah sekolah Sekolah Ugama Islam Sabah(SUIS) di kampung ini.

Penduduk kampung yang ditemui oleh wakil  berita PAWANA meminta pihak kerajaan Sabah agar mengutarakan hal ini.Kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar yang bertauliah untuk kanak-kanak ini mendalami asas-asas agama islam amat dikesali penduduk.

Justeru, penduduk kampung meminta agar pihak kerajaan Sabah dibawah pimpinan YB DS Musa Aman dapat menyelesaikan masalah ini. Jika diera pemerintahan UMNO/BN berjaya mewujudkan SUIS di Pulau tersebut maka satu lagi sejarah akan tercipta dan tercatat di dalam buku rekod dunia dan Malaysia.

Menurut Imam kariah kampung tersebut,dari dulu hingga kini usaha mengajar anak-anak kampung Nunuyan tentang asas-asas islam hanya dilakukan secara tidak formal oleh orang-orang tua di sini.Begitu juga,pihak masjid juga turut membantu sekadar yang terdaya, kata beliau lagi.

Persoalannya kini adakah mana-mana pihak yang terfikir untuk menyumbangkan harta, diri dan masa untuk memastikan tidak ada rakyat Malaysia yang tercicir dari arus pembangunan dunia dan akhirat?Walaupun sebuah pulau, Nunuyan bukan asing bagi Ketua Menteri Sabah kita ini.Beliau amat memahami masyarakat Nunuyan.Sebagai fix deposit UMNO/BN, Nunuyan dan warganya perlu diberikan didikan agama islam agar sentiasa menjadi sebuah masyarakat yang pandai berterima kasih kepada pemimpin yang banyak berjasa.

Sejarah akan tercatat iaitu UMNO/BN prihatin terhadap syiar islam.Semoga lawatan YB DS Musa Aman pada bulan Ramadhan akan datang membawa berita baik iaitu Sebuah SUIS akan dibina di Nunuyan.

SUIS KURANG DI SANDAKAN

Permintaan terhadap sekolah agama di Sabah khususnya di Sandakan semakin ketara. Ramai ibu bapa yang mengeluh kerana kesukaran mendapatkan sekolah agama bagi pembelajaran agama islam di peringkat umur 6 hingga 12tahun.

Masalah ini seringkali diperkatakan oleh para ibu bapa apabila menjelang bulan Ramadhan. Keruntuhan moral dan akhlak muda mudi islam dewasa ini amat menakutkan.Apabila diselidiki apakah puncanya maka ada yang berkata kerana kekurangan didikan agama.

Sungguh menghairankan Malaysia adalah sebuah negara islam dan mijoriti penduduknya beragama islam. Namun mengapa soal pendidikan agama islam seakan-akan kurang di pedulikan.Begitu juga di Sabah, khasnya di Sandakan rata-rata penduduknya beragama islam samada suku suluk, bajau, sungai, bugis dll.

Mengapa ini terjadi?Apabila ada suara yang menyuarakan agar diwujudkan SUIS di Sandakan, pastinya pihak JHEINS akan memberikan alasan kurang peruntukan..Adakah ini benar berlaku..
Mustahil jika kurang dana? Sabah adalah negeri yang terkaya di Malaysia.

Mana duit  hasil kutipan zakat setiap tahun?Bagaiman pula peranan JAKIM bagi pihak kerajaan pusat?Semoga YB-YB di sandakan yang beragama islam dapat memikirkan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah diatas muka bumi ini.

Pengumuman pihak kerajaan Sabah  untuk membangunkan Sekolah Menengah Agama Islam di Sandakan adalah langkah bijak.Namun jika dapat disegerakan pembinaannya dalam jangka masa yang terdekat amatlah baik sekali.Diharapkan  agar Ketua Menteri YB DS Musa Aman, dapat main peranan dalam membangunkan syiar islam di  Sandakan khasnya di Kg. Sungai Kayu dan DUN Sibuga.