Tuesday, June 28, 2011

CERPEN BARU: Bukan sekadar memiliki jasadku.

Episod 3.

Jam di tangan atuk menunjukkan pukul 8 pagi. Keindahan awan biru menawan hati yang gusar.Hampir setahun tidak menjejakkan kaki ke kampung, menyebabkan kerinduanku kepada atuk dan nenek semakin meluap-luap.Semenjak belajar di sebuah universiti di luar negeri, aku sering tiada kesempatan untuk balik ke kampung kecuali cuti akhir tahun.

Aku, atuk dan pakcik Amran sibuk menjaga pancing masing-masing.Tanpa di sedari telefon bimbit ku berdering.
" Farid engkau punya telefon tu berbunyi", sahut pakcik Amran.
Aku lalu mengambil telefon bimbit yang ku letakkan di dalam beg galasku.
Bila aku perhatikan rupa-rupanya ada sms.
Sms itu berbunyi,
" Abang farid boleh kita jumpa malam ni"
" Ana ada hal penting"
Fikiranku mula teringat seorang gadis yang bernama Ziana.
Orangnya cantik.
Seksi dan pasti lelaki yang melihatnya tergoda.
Al maklumlah peranakan pakistan jawa.

Apa aku perlu jawab?Apa agaknya hal penting yang ingin diperkatakan oleh gadis itu?
Sebenarnya Ziana merupakan  junior aku di universiti tempat aku belajar.
Dia anak seorang ahli perniagaan yang agak berjaya dan terkenal di negeri ini.
Aku mula mengimbas kembali bagaimana gadis ini mengenali aku.Bila? Dimana?Apa puncanya?

Lamunan ku tersentak oleh gelombang ombak yang tiba-tiba menghentam dinding bot kami.
"Ran, hidupkan enjin bot"
"Aku nak tarik sauh ni", kata Pak Ali.
Keadaan tenang pagi tadi kini bertukar agak bergelora.
Angin bertiup semakin kencang.
" Farid bantu atuk tarik sauh", arah pakcik Amran.

bersambung....

CERPEN BARU: Bukan sekadar memiliki jasadku.

Episod 2

"Ali bin Arsyad merupakan seorang budak kampung yang baik dan soleh", kata Amran."Dulu semasa kami masih berumur seperti engkau Farid, atuk engkau ni hensem lebih kurang macam engkau,"kata Amran menyambung ceritanya.

Tiba-tiba Pak Ali bersuara," Ran, engaku tuju di sana tu".Tangan Pak Ali mengarahkan arah tempat mereka akan berlabuh untuk memancing."Kalau tak silap, di sanalah tukun yang banyak ikan merah  tu",kata Pak Ali.
"Baiklah, bang", kata Amran.

Amran merupakan kawan baik Pak Ali sejak kecil lagi.Mereka selalu bersama menangkap ikan sejak kecil sehinggalah kini.Tapi sekarang mereka berdua, hanya pergi memancing sebagai menghilangkan rasa ketagih dan kerinduan terhadap kehidupan sebagai seorang nelayan.

bersambung....

CERPEN BARU: Bukan sekadar memiliki jasadku.

Episod 1

Bunyi ombak kedengaran memecah kesunyian pagi di kampung Pertemuan.Bunyi bot nelayan sayup-sayup berselang dengan bunyi ombak cuba menyusuri kuala sungai kampung Pertemuan.Anak-anak ayam dan itik mula kelihatan mencari jatah rezeki yang ditentukan oleh Allah s.w.t untuk hari ini.Entah apakah rezeki yang berupa cacing, jagung, baja dan sebagainya?

Begitu juga wajah tua para nelayan cuba bergadai jasad untuk mencari rezeki yang entah ada ataupun sebaliknya.Ketabahan menghadapi alunan ombak ataupun badaian ombak yang menganas bakal menghempas jasad mereka, namun nelayan tua tetap tidak dihiraukan."Yang penting perut anak isteri kami perlu diisi", kata Pak Ali kepada Farid.

Farid hanya tergamam mendengar celoteh datuknya itu.Amran pula hanya memerhatikan telatah mereka berdua sambil tangannya memegang kemudi bot.

" Tuk, Farid nak tanya sikit boleh".
"Kenapa Farid" kata Pak Ali.
"Farid tiba-tiba terfikir, atuk tentu sangat sayangkan nenek"
"tentulah", jawab Pak Ali selamba.
"Atuk,boleh tak ceritakan macamana atuk boleh berkahwin dengan nenek"
Pak Ali tersentak lalu matanya mula mengarah ke arah wajah Farid.

Tiba-tiba Amran yang dari tadi diam mula bersuara." Farid, atuk engkau ini romantik orangnya,"kata Amran.
" Biar betul, pakcik" kata fariddengan wajah  ingin tahu. "Dulu atuk engkau ni kacak, baik hati, hormat orang tua dan ramai gadis yang tergila-gilakannya".Amran menyambung ceritanya sambil matanya memandang ke langit.

bersambung...

CERPEN BARU: Bukan sekadar memiliki jasadku.

Sebuah cerpen baru yang akan di terbitkan didalam blog ini yang bertajuk" Bukan Sekadar Memiliki Jasadku(BSMJ)" pasti akan membawa anda untuk menilai sebuah kehidupan masa kini.Kehidupan yang penuh dengan cabaran khususnya yang melibatkan keimanan seorang yang bergelar lelaki dan wanita.

 Cerpen ini menceritakan tentang delima seorang gadis yang terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki pilihan ayahnya.Tanpa cinta bolehkah dua insan ini bersatu?Apakah yang terjadi kepada lelaki yang menjadi suami kepada gadis tersebut?Bagaimanakah mereka mengatasi delima yang amat getir ini?

Cerpen ini pasti akan membuatkan anda mengalirkan air mata, menghiburkan, lucu dan pelbagai lagi perasaan.Untuk mengetahui apakah jalan ceritanya, sila ikuti penulisan Abu Umair dalam blog ini.cerita ini akan disiarkan secara bersiri agar anda dapat menghayati mesej dan pengajaran cerita ini.

Untuk makluman semua ini merupakan karya kedua penulis Abu Umair al-Sandakani.
Selamat membaca.

Hak Milik Tanah dan Geran Komunal

Oleh : KRISTY INUS




SEJAK diperkenalkan di Sabah pada tahun lepas, hak milik komunal, kaedah pantas pemberian hak milik tanah kepada pribumi secara berkumpulan, menjadi topik utama perbualan kebanyakan penduduk di bandar ini.
Pelaksanaan skim itu menjadikan Sabah negeri pertama di Malaysia yang memberi hak milik tanah komunal bagi menggantikan hak milik individu untuk memastikan semua penerimanya, khususnya di luar bandar, mendapat manfaat daripada penggunaan tanah.
Hak milik komunal mencegah pemilik tanah daripada menjualnya untuk meraih keuntungan segera dan akhirnya kembali sebagai individu yang tidak memiliki tanah.
Malah, niat murni kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman melalui program ini ialah untuk memastikan tanah yang diperuntukkan, terus menjadi milik sesebuah keluarga untuk selama-lamanya.
Walaupun ada pihak yang meragui sistem pemberian hak milik komunal ini, namun kebanyakan penduduk luar bandar, terutama yang tidak bertanah, mendapati program ini benar-benar memberi manfaat kepada mereka.

Khamis ini, satu lagi majlis penyampaian hak milik komunal akan diadakan di Kemabong, Tenom dan ia dijangka disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sentiasa memberi keutamaan terhadap kepentingan warga luar bandar seperti yang termaktub dalam konsep 1Malaysia yang beliau perkenalkan.


Jhuvarri Majid, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB), agensi yang bertanggungjawab memajukan tanah secara usaha sama dengan pemegang geran komunal, memberi penjelasan terpeinci tentang program itu dalam temu bual dengan Bernama baru-baru.



BERNAMA: Apakah peranan SLDB dalam pembangunan tanah hak milik komunal di Kemabong, Tenom?

JHUVARRI: SLDB dilantik oleh kerajaan negeri Sabah sebagai agensi pelaksana untuk memajukan tanah penduduk di kawasan luar bandar yang mendapatnya melalui program hak milik komunal.



Memandangkan SLDB memiliki kepakaran dalam perladangan kelapa sawit dan peranan kami dalam membasmi kemiskinan melalui program sosioekonomi, kami berada pada kedudukan terbaik untuk memastikan tanah berkenaan berjaya dibangunkan sebagai ladang sawit dan menguruskannya untuk menjana keuntungan maksimum.



SLDB tidak akan menjadikan tanah berkenaan miliknya. Tapi, dengan menggunakan kepakaran dan semua sumber yang kami miliki, termasuk kemampuan daripada segi kewangan, kami akan majukan tanah berkenaan serta mengurusnya untuk tempoh 25 tahun dan selepas itu, ladang sawit yang telah dimajukan sepenuhnya, akan diserahkan kepada pemilik tanah untuk mereka menguruskannya sendiri.



Sepanjang tempoh itu, kami bercadang menawarkan peluang pekerjaan kepada semua pemegang kepentingan dan anggota keluarga mereka yang sudah dewasa. Mereka akan menjadi pekerja yang mendapat keutamaan kami dan kami harap mereka akan bekerja di tanah berkenaan. Melalui cara ini, mereka boleh mempelajari cara mengurus ladang sawit, cara menuai hasilnya, mengawal rumput dan semua tugas lain yang mempunyai kaitan dengan industri ini.



Apabila pokok sawit mencapai tahap kematangan; lazimnya mulai tahun keempat selepas ditanam, sebahagian daripada keuntungan melalui penjualan tandan buah segar (FFB) akan diberi kepada pemilik tanah dalam bentuk bayaran sewaan tanah. SLDB akan hanya mengambil jumlah yang dibelanjakannya pada peringkat awal sebagai perbelanjaan modal serta bayaran pengurusan dan saya beri jaminan bahawa jumlahnya adalah lebih rendah daripada kadar yang dikenakan oleh sektor swasta.



BERNAMA: Berapa banyakkah peserta, kampung dan keluasan tanah yang terlibat dan apakah jenis pertanian yang akan dilaksanakan?



JHUVARRI: Projek agropolitan di Kemabong akan melibatkan 2,555 hektar tanah serta 601 peserta dari 13 kampung. Jenis pertanian yang akan diusahakan ialah sama ada sawit atau getah, bergantung pada kesesuaian tanah dan bentuk rupa bumi kawasan terbabit.



BERNAMA: Projek agropolitan adalah antara projek utama untuk mewujudkan keseimbangan pertumbuhan antara kawasan bandar dan luar bandar, di samping mempercepatkan pertumbuhan ekonomi luar bandar melalui kegiatan pertanian dan industri berasaskan ladang. Sepanjang yang melibatkan Sabah, apakah peranan SLDB dalam aspek ini serta bagaiamana projek ini akan memberi manfaat kepada penduduk Kemabong?



JHUVARRI: Kerajaan memberi tumpuan terhadap program transformasi yang melibatkan penyertaan usahawan bumiputera melalui inisiatif yang dipacu oleh rangsangan untuk membolehkan mereka menjadi penyumbang komersial dalam bidang ekonomi.



Pembangunan seperti ini akan mewujudkan peluang pekerjaan dan menjana pendapatan, di samping membebaskan bumiputera daripada belenggu kemiskinan.



Berpandukan Skim Agropolitan Lalampas di Tongod, yang sedang dilaksanakan SLDB, konsep agropolitan ini mengandungi tiga zon utama iaitu:



Zon Pertanian Utama (MAZ) - tapak bagi perladangan secara komersial dan berkala besar, yang menjadi neksus atau penyambung bagi pertanian berasaskan tanaman untuk masyarakat. Kajian menunjukkan bahawa sawit memiliki daya maju daripada segi komersial dan sesuai ditanam sebagai tanaman ladang berskala besar.



Kawasan Penempatan (kampung Baru) - kawasan penempatan semula peserta di kawasan projek, yang akan dilengkapi prasarana asas dan kemudahan awam. Penempatan semula penting untuk membolehkan peserta tinggal di kampung baru yang terletak di kawasan agropolitan yang diwujudkan.



Ini akan memudahkan mereka diberi kemudahan kediaman yang dilengkapi dengan prasarana yang diperlukan serta tanah untuk mengusahakan tanaman kontan.



Di samping itu, mereka akan mendapat manfaat daripada perluasan penyediaan perkhidmatan asas seperti bekalan tenaga elektrik, air bersih, kemudahan komunikasi moden, pendidikan rendah, klinik kesihatan serta kemudahan asas lain. Peserta dijamin mendapat kemudahan asas seperti yang diperlukan oleh isi rumah di luar bandar.



Zon Ekonomi Komuniti (CEZ) - kawasan yang disediakan untuk anggota masyarakat menjalankan kegiatan pertanian tambahan serta kegiatan ekonomi lain dalam skala sederhana dan besar untuk membolehkan mereka menjana pendapatan tambahan.





Ia juga merupakan zon penampan atau kawasan hijau. Tanaman yang diusahakan dijangka memberi pendapatan tambahan kepada masyarakat dan jenis tanaman yang diusahakan boleh bertindak sebagai tanaman luar jangka (seperti jagung, herba dan rempah-ratus) sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya sesuatu keburukan terhadap tanaman utama.



CEZ bukan kepunyaan petani secara individu, tetapi dimiliki seluruh masyarakat di kawasan agropolitan berkenaan. Tonggak utama pembangunan CEZ ialah aplikasi kaedah pertanian moden dan bersistematik berkaitan perladangan/pengeluaran tanaman pilihan secara komersial.



Objektif Model Agropolitan ialah untuk membantu peserta mencapai keberhasilan utama berikut:



- menangani kemiskinan di Sabah dan Sarawak ke arah mencapai status kemiskinan tegar sifar menjelang 2020.



- merapatkan jurang pertumbuhan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar.



- mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan melaksanakan transformasi terhadap masyarakat luar bandar melalui pertanian dan rantaian nilai bekalan pertanian menyeluruh.



- menambah baik prasarana dan perkhidmatan di kawasan luar bandar untuk memantapkan mobiliti dan tahap capaian, termasuk mengoptimumkan penggunaan teknologi komunikasi maklumat.



- menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan paras pendapatan isi rumah.



- melahirkan dan memajukan usahawan di sepanjang rantaian nilai pertanian menyeluruh.



- membolehkan petani menjadi penyumbang aktif kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar, di samping membantu negara mencapai tahap keselamatan makanan.



BERNAMA: Baru-baru ini, Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia) melaporkan ramai penduduk kampung yang terlibat dengan geran komunal masih kurang memahami butiran terperincinya ketika mereka menandatangani dokumen, termasuk berkaitan pembangunan secara usaha sama dengan agensi ini. Seorang penduduk mendawka mereka diberi RM500 dan menyangka ia merupakan suatu pemberian. Mereka tidak tahu ia adalah kos operasi dan perlu dibayar balik. Ada yang bertanya sama ada mereka wajib mengikuti program agensi ini sedangkan mereka mempunyai idea sendiri untuk membangunkan tanah. Boleh tuan beri penjelasan?



JHUVARRI: Penduduk kampung atau pemegang kepentingan telah diberi penerangan tentang hak mereka pada beberapa perjumpaan antara pegawai kerajaan daripada pelbagai jabatan, pemimpin masyarakat dan Anggota Dewan Undangan Negeri.



Mereka telah berkali-kali dimaklumkan bahawa mereka adalah pemilik tanah yang sebenar dan SLDB hanya menjadi agensi pelaksana. SLDB menyediakan pembiayaan untuk memajukan tanah berkenaan dan memastikan ladang diurus dengan baik untuk menjana keuntungan optimum.



Selepas ditolak kos pembangunan dan mengenakan caj pengurusan yang amat rendah, sebahagian besar daripada jumlah keuntungan akan diberi kepada pemilik tanah dalam bentuk bayaran sewaan tanah.



Apakah manfaat yang diterima oleh penduduk kampung? Sebagai penduduk yang memiliki 12 ekar (4.85 hektar) tanah tiap seorang, selalunya mereka tidak memiliki sumber dan kepakaran untuk memajukan tanah masing-masing. Dalam keadaan demikian, tidak mudah bagi mereka mendapatkan pembiayaan.



Selalunya, dan melalui pengalaman, pemilik tanah akan menjual tanah mereka untuk memperoleh keuntungan dengan cepat dan selepas itu kembali menjadi orang yang tidak memiliki tanah. Melalui pemberian hak milik komunal, pemilik tanah tidak boleh menjualnya dan ini menjamin tanah berkenaan kekal di tangan sesebuah keluarga untuk selama-lamanya. Pada waktu yang sama, tanah itu dimajukan untuk mereka. Mereka bukan saja diambil bekerja, malah apabila sampai masanya, mereka juga akan diberi dividen.



Memang terdapat manusia durjana yang menghasut rakyat kononnya skim ini merupakan helah kerajaan untuk tidak memberi tanah kepada mereka. Ini tidak betul. Dalam jangka panjang, para pemilik tanah akan digalakkan menubuhkan koperasi untuk membolehkan mereka mendapat latihan yang diperlukan tentang cara mengurus ladang sendiri.



SLDB hanya hadir untuk sementara waktu; untuk menolong mereka membina apa yang perlu dan memastikan semuanya berjalan dengan baik sebelum akhirnya mengundur diri untuk memberi peluang kepada rakyat mentadbirnya sendiri.


PAWANA BERKATA

Usaha kerajaan negeri Sabah ini amat baik, namun jika kerajaan dapat memberikan tanah kepada semua rakyat sabah lebih baik lagi.Masih ramai rakyat negeri ini yang tidak bertanah, serupa seperti pelarian.Diharapkan agar kerajaan Sabah bermurah hati memberi seekar tanah kepada setiap keluarga agar dapatlah untuk membina rumah dan menyara hidup ahli keluarga.Sekurang-kurangnya tindakan ini akan menyebabkan Sabah terlepas daripada menjadi negeri yang paling miskin di Malaysia..Tolong fikirkan.


--------------------------------------------------------------------------------

Monday, June 27, 2011

PEMBELI SARANG WALIT PUTIH RUMAH: SABAH

Puisi Penjual Sarang Walit.
Rezeki yang tidak disangka datang tanpa diduga.
Burung Walit bersarang dirumah tanpa dipinta.
Ada yang berkata sarangnya berharga.
Digemari oleh orang cina.
Jika diusaha insyallah menjadi berada.
Namun pengusaha bumiputera dalam delima.
Sarang walit ada, tapi pembeli tiada.
Kalau pun ada harga tak disuka.

Kepada tuan/puan /encik/cik yang mempunyai maklumat tentang pasaran sarang walit rumah/bangunan, sila hubungi dan berikan komen anda disini.Khususnya pasaran dalam negeri Sabah. Harga belum proses hendaklah RM3500 keatas.Bersama kita menjana pendapatan dan membantu usahawan bumiputera Sabah.

Sekian terima kasih.
Pengusaha  yang keliru

LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

2 JULAI INI PELANCARAN 1M1S 1 MALAYSIA TURUT DISERTAI OLEH SK. NUNUYAN LAUT, SANDAKAN.SERAMAI LEBIH KURANG 200 ORANG MURID DAN GURU AKAN TERLIBAT DALAM LARIAN INI.

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, SEMOGA PELANCARAN INI MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT KEPADA MURID-MURID SEKOLAH DAN RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA AGAR MENITIKBERATKAN KESIHATAN MELALU BERSUKAN.

ACARA INI DIJANGKA BERLANGSUNG DISEKOLAH SK.NUNUYAN LAUT DAN PELANCARAN SERENTAK DISELURUH NEGARA TEPAT JAM 7.45 PAGI.

PROGRAM ASTRO KASIH DI NUNUYAN

2 JULAI 2011 dijangka Ketua menteri Sabah akan merasmikan sebuah program mesra rakyat akan diadakan di kampung Pulau Nunuyan Laut, Sandakan.Program ini yang dikenali dengan nama ASTRO KASIH dijangka akan dihadiri oleh 1500 orang.
Pelbagai aktiviti yang bakal dilaksanakan antaranya pemberian sumbangan beg dan peralatan lengkap sekolah  kepada murid sekolah tiga buah pulau iaitu SK. Nunuyan laut, SK. Pamaguan dan SK. libaran.Semoga program ini menjadi mercu tanda Pulau Nunuyan dikenali diseluruh dunia.