Sunday, August 8, 2010

MALAYSIA NEGARA ISLAM:TUTUP RUMAH URUT DAN PUSAT HIBURAN

Sentral: Tutup rumah urut!
Oleh Suzaini Sulaiman dan Badrul Kamal Zakaria
bhnews@bharian.com.my
2010/08/09


Sekumpulan ahli Gagasan Anak Muda mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, mendesak kerajaan negeri menutup rumah urut dan pusat hiburan sempena Ramadan.Bantah maksiat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

SHAH ALAM: Pelbagai pihak di negeri ini mendesak kerajaan Selangor agar menutup rumah urut dan pusat hiburan sepanjang Ramadan jika mereka benar-benar menghormati bulan penuh keberkatan itu dan memperjuangkan agama Islam. Malah, desakan itu ditunjukkan dengan beberapa pihak mengadakan perhimpunan secara aman di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, antaranya membabitkan sekumpulan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menamakan kumpulan mereka `Gagasan Anak Muda'. Pengerusi gagasan itu, Mohd Razzdee Ab Rahman, berkata desakan itu bertujuan mengurangkan dan membanteras segala aktiviti tidak sihat yang semakin berleluasa di negeri ini.

Katanya, pendedahan media sejak kebelakangan ini, telah membongkar salah laku dan kegiatan tidak bermoral yang dijalankan kebanyakan rumah urut dan pusat hiburan.

"Ramai perempuan dari negara jiran dan Asia menjadi pekerja tanpa permit serta menawarkan khidmat seks kepada pelanggan rumah urut dan pusat hiburan ini.

"Premis ini menjadi pelindung dan tempat pendatang tanpa izin bersembunyi sekali gus menyalahgunakan kemudahan visa memasuki negara kita. Perniagaan berbentuk negatif ini merosakkan sistem kehidupan seluruh masyarakat," katanya ketika ditemui.
Mohd Razzdee berkata, rumah urut, pusat perjudian berkomputer dan pusat hiburan yang semakin banyak ibarat `cendawan tumbuh selepas hujan' mengundang pengunjung Islam dan anak muda, sekali gus menyumbang peningkatan masalah akhlak dan sosial generasi muda.

Atas desakan sama, Ketua Pemuda UMNO Tanjung Karang, Mohamad Khir Ramli, berkata kerajaan negeri perlu bertindak tegas kerana pusat hiburan rumah urut, karaoke dan disko ketika ini dilihat seperti `cendawan tumbuh selepas hujan’.

"Dianggarkan ada 4,000 pusat hiburan di seluruh negeri ini ketika ini berbanding hanya 1,000 premis sama ketika Selangor diperintah Barisan Nasional (BN).

"Jika benar kerajaan pakatan pembangkang yang dianggotai PAS yang dianggap memperjuangkan Islam sebenar, kami mencabar mereka menutup pusat hiburan di seluruh Selangor sepanjang Ramadan ini," katanya.

Mohamad Khir berkata, pergerakan itu mahu PAS menunaikan janji mereka untuk menutup pusat hiburan di Selangor seperti dilaungkan menerusi manifesto pilihan raya mereka sebelum ini.

“Selepas lebih dua tahun pakatan pembangkang memerintah Selangor, pusat hiburan bertambah empat kali ganda berbanding sebelumnya,” katanya

ulasan hembusan pawana

Kerajaan Malaysia merupakan sebuah kerajaan islam yang terkenal di dunia.Oleh itu, PM perlu menjadikan Malaysia sebuah negara islam sebenar dan bukan sekadar retorik belaka.Kedudukan PM YB DS Najib Tun Razak akan lebih kukuh dan dikenang sebagai Bapa Pejuang Islam.Hidup PM.Kami rakyat malaysia berikrar bersama-samamu untuk menentang segala bentuk perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah swt.

Tutup pusat hiduran, rumah urut, kasino, pelacuran dsb.Hidup Islam aman Malaysia.

No comments:

Post a Comment