Friday, September 23, 2011

SOKONG INDIVIDU ATAU PARTI

PRU 13 semakin terasa kehangatannya.Kedai kopi mula riuh dengan topik perbualan tentang PRU13.YB2 yang sering menghilangkan diri juga telah mula muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan.Pelbagai program dibuat.Segala macam bantuan dihulur.

Pengumuman demi pengumuman dibuat oleh pihak kerajaan.Berita baik kononnya.Ada yang suka, ada yang mula mengata..Macam2 ada.Blogger pro kerajaan dan pro pembangkang mula berlawan hujah.Entah apa nak jadi..Parti itu kata kami baik, parti tu jahat..Tuduh menuduh perkara biasa...Kejap lagi macam-macam surat layang melayang...Hati-hati kepada orang yang nak jadi calon.Kalau rasa diri tu ada keaiban yang lampau..Kejap lagi adalah tu cerita panas.

Ada orang tanya aku, mula-mula kompius juga nak jawap soalan budak tu.Budak tu tanya buat apa kita mengundi?aku kata kat dia untuk membentuk kerajaan bagi mentadbir negaralah.Habis tu, budak tu tanay lagi kenapa perlu ada pelbagai parti bertanding dalam pilihanraya?Bukankah semua boleh jadi calon yang penting rakyat Malaysia dan cukup syarat?Soalan ini aku tak dapat jawap.Sapa2 yang tahu tolong jawap.

Bagi aku untuk membentuk kerajaan aku pilih individu.Bukan parti. Mana ada parti yang nak menjahanamkan ahlinya.Tak tahulah kalau ada.tapi yang selalu jadi masalah ialah individu tu sendiri.
Macam parti UMNO,PAS,PKR,DAP, SAPP,UBF dan sebaginya. Semuanya mahukan keadilan dan kebaikan untuk rakyat. Tapi yang buat rosak sesuatu parti ialah para ahlinya.Parti tak bersalah tapi bersalah ialah pengendali parti tu.

Kesimpulannya korang sokong dan pilih individu yang korang suka...

Monday, September 19, 2011

HISTERIA ATAU NAK BERSUKA RIA

Menurut kamus dewan edisi keempat Penyakit Histeria ialah
sejenis penyakit urat saraf yg terlihat pd letusan-letusan emosi yg tidak dapat di­kawal dan kegembiraan atau ketakutan yg tidak dapat dikawal.

Histeria (kata nama) Bersinonim dengan keadaan panik, kegila-gilaan, kerasukan, kekecohan., Histeria merupakan suatu keadaan minda seperti ketakutan atau emosi yang tidak terkawal. Ketakutan tersebut selalunya disebabkan oleh beberapa kejadian yang dilalui oleh seseorang yang melibatkan konflik yang teruk. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan akibat ketakutan yang teramat sangat.

Pakar psikiatri dan pakar perubatan lain mempunyai beberapa teori lain bagi menggantikan histeria dengan istilah yang lebih eufemistis yang bersamaan. Ini termasuk "psikosomatik", "fungsian", "nonorganik", "psikogenik", dan sebagainya

Sudah tentu ramai yang pernah melalui pengalaman histeria, samaada diri sendiri yang mengalaminya ataupun orang sekeliling, di kalangan ahli keluarga atau sahabat handai yang mengalaminya. Namun, seseorang perlu tahu cara-cara mengubatinya. Jika tidak, kita hanya menunggu dan menunggu seseorang yang lebih tahu atau pakar untuk merawatnya. Andaikan jika perawat yang dicari tinggal berjauhan, ataupun tiada perawat langsung pada saat dan masa itu...Bagaimanakah kita menganganinya?Tentu rumit bukan. Alangkah baiknya jika kita mempunyai sedikit ilmu untuk merawat ataupun sekurang-kurangnya kita mencuba untuk mengurangkan ketegangan situasi yang berlaku.
Biasanya, histeria dikaitkan dengan keadaan seseorang yang mengalami kerasukan atau gangguan jin. Menurut cakap-cakap orang yang pernah histeria, mereka ternampak pelbagai perkara yang menakutkan hinggalah mereka tidak sedarkan diri dan meracau-racau. Ada juga yang mendakwa mereka berasa sejuk dan panas pada bahagian badan, fikiran bercelaru, hati menjadi tidak keruan yang akhirnya membawa kepada tidak sedarkan diri dan seterusnya dirasuk.dari segi perubatan moden, histeria disebabkan oleh gangguan mental seseorang atau dipanggil "mental disability'' yang akhirnya membawa kepada halusinasi atau ''halusination''. Ianya pada awalnya disebabkan oleh gangguan pada emosi dan fikiran yang akhirnya menjejaskan fungsi otak secara sementara. Masalah tekanan hidup juga dikatakan punca berlakunya histeria.

Walau apapun sebab dan puncanya, histeria mesti dirawat dan tidak boleh dibiarkan berlarutan.

Kaedah Asas Merawat Histeria Secara Islam :
1- Mengasingkan pesakit dari orang lain, seperti meletakkannya di bilik rawatan yang kondusif.

2- Sambil memegang kepala pesakit, azan dengan kuat sebanyak 7 kali pada bahagian telinga kiri.

3- Bacakan Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi.

4- Bacakan Surah Al-Mukminuun ayat 115 hingga 118.

5- Bacakan Surah Assoffaat ayat 1 hingga ayat 10.

6- Bacakan Surah Al-Jin ayat 1 hingga ayat 10.

7- Akhiri dengan membaca Tiga Qul.

Perlu diingat, semua bacaan mestilah dengan nyaring dan mengikut hukum-hukum tajwid yang betul.

Jika masih belum reda, ulangi langkah 2 hingga 7 sekali lagi.

Selain ayat-ayat di atas, adalah lebih baik kiranya ditambah dengan doa-doa Rasulullah SAW, selawat-selawat atau doa-doa lain seperti doa Nabi Sulaiman dan seumpamanya yang boleh didapati dari buku-buku agama, laman-laman web agama dan sebagainya. Rujuklah dengan ustaz-ustaz yang kita kenal untuk memastikan kesahihan doa tersebut dan cara amalannya

Kita seringkali mendengar terjadinya histeria ditempat-tempat seperti Sekolah, Kilang, Asrama sekolah, Asrama kilang, kolej dan Universiti. Adakah ini disebabkab gangguan psikologi sesaorangakibat factor-faktor dalaman (fahaman karut) dan luaran (tekanan persekitaran) sahaja. Jika benar, mengapa kebanyakkan mangsa beragama islam? Adakah bangsa lain terlepas dari gangguan psikologi?Mengapa pula ia boleh berjangkit seperti penyakit selsema. Mengapa mereka boleh bertutur menggunakan bahasa lain seperti cina, siam dan lain-lain. Mengapa pula kekuatan fizikal mereka menjadi berganda? Apabila sedar, mengapa mereka tidak tahu apapun yang telah terjadi.




Mengapa setelah mengambil ubat penenang yang diberi oleh doctor, mereka tidak pulih sepenuhnya walau sehingga bertahun-tahun? Mengapa ketika kejadian berlaku, bacaan Al-Quran menyebabkan mereka menjerit kepanasan atau kesakitan sedangkan sepatutnya manusia yang berpenyakit psikologi akan lebih tenang dengan mendengar bacaan tersebut? Adakah dengan memisahkan atau memindahkan mereka dari sekolah atau asrama menjamin mereka pulih sepenuhnya?

Memang tidak dinafikan bahawa tekanan psikologi merupakan salah satu factor terjadinya hysteria namun hysteria jenis ini tidak mungkin berjangkit kepada rakan dan individu dipersekitarannya. Histeria jenis ini amat mudah mengubatinya iaitu dengan suntikan ubat penenang atau menggunakan khidmat kaunseling dan puncanya mudah dikenalpasti. Bagaimanapun hysteria yang menyerang ketika sesaorang sedang aktif bersukan atau sedang bergurau senda dengan rakan tidak mungkin disebabkan oleh tekanan perasaan atau psikologi. Histeria jenis ini selalunya disebabkan oleh gangguan makhluk ghaib yang ujud disekitar tempat kejadian.
Untuk membuktikan makhluk tersebut ujud memang sukar kerana mereka berada di alam lain dan tidak kelihatan oleh pancaindera kita. Ini diumpamakan seperti nyawa manusia dan binatang, bagaimana rupa dan duduknya di dalam tubuh tidak dapat dibuktikan walau secanggih mana alat yang digunakan. Bagitu juga dengan rasa makanan seperti manis, pahit dan pedas, dapatkah kita menjelaskan kepada sesaorang yang tidak menikmati makanan tersebut. Tidak bukan?

Mengapa hysteria yang disebabkan makhluk ghaib(jin) hanya gemar menyerang orang yang beragama islam tak kira jantina. Adakah orang islam lebih lemah? Mengapa ia juga lebih kerap berlaku di sekolah atau pusat pengajian yang beraliran agama seperti sekolah tahfiz, arab atau maahad sedangkan saban hari pelajar ditempat terbabit bersolat dan membaca Al Quran? Mengapa jin tersebut tidak takut sedangkan banyak cerita dan hadis meriwayatkan jin boleh terbakar dengan bacaan Al Quran?
Penjelasan mengapa orang islam menjadi sasaran utama hysteria amat sukar tetapi secara ringkasnya ialah kesucian islam itu sendiri iaitu penganut islam tidak makan dan minum benda kotor seperti khinzir dan arak. Makhluk jin ini teruja untuk menempatkan manusia islam ini kepada bukan islam dengan apa cara sekalipun dan hysteria adalah satu diantara cara tersebut. Dengan menguasai tubuh manusia tadi jin dengan mudah melalaikan mereka dari mengingati Allah. Sebab itu mereka jarang merasuki bukan islam kerana ketidaksucian mereka adalah sama

PUNCA TERJADINYA HISTERIA AKIBAT GANGGUAN JIN

Golongan Jin merupakan musuh utama manusia tak kira apa agama yang mereka anuti. Jin yang beragama islam juga sering mengganggu manusia kerana tujuan mereka dijadikan memanglah untuk mengganggu manusia tidak seperti makhluk lain (tumbuhan, haiwan bulan, bumi, udara dan lain-lain yang kesemuanya untuk kegunaan manusia).Oleh yang demikian mereka sentiasa mencari peluang untuk mengganggu manusia terutama yang beragama islam walau dengan alasan yang tidak menasabah. Contohnya manusia memajukan sesuatu kawasan untuk didirikan bangunan seperti sekolah dan lain-lain, kawasan tersebut merupakan kawasan dialam nyata bukan dialam ghaib yang sepatutnya tidak pun mengganggu mereka tetapi disebabkan sengaja mencari alasan, mereka mengacau menusia dengan berbagai cara dan diantaranya kejadian hysteria.
Ada juga ketikanya kejadian tersebut diarahkan oleh sesaorang pengamal perubatan yang membela jin untuk tujuan menghasilkan pendapatan dengan mengarah jin peliharaan mereka menyerang sesuatu tempat dan pengusaha tempat tersebut terpaksa memanggil mereka untuk memulihkannya dengan jumlah bayaran yang banyak.
Kaedah terjadinya hysteria ialah jin-jin (pelbagai category – untuk penjelasan lanjut rujuk nukilan saya yang lepas akan memasuki tubuh manusia di sekitar tempat kejadian dan tubuh yang lemah semangatnya akan dikuasai rohnya sehinggakan orang terbabit berada dialam ghaib dan melihat alam ghaib tersebut. Ketika terjadinya histeria ini, mereka sebenarnya tidak menyedari langsung apa yang terjadi di sekitar mereka (alam nyata) dan kegiatan yang dilakukan oleh mangsa hysteria tersebut adalah dilakukan sepenuhnya oleh jin yang menguasai mereka. Mereka akan menjerit, berlari , menangis, berbual dengan bahasa aneh atau bahasa lain sesuka hati.

Biasanya ketika kejadian hysteria, jumlah jin-jin yang mengganggu amat ramai adakalanya beribu-ribu atau beratus ribu ekor. Apa yang mereka nampak hanya sebahagian kerana alam ghaib banyak lapisan lagi. Jumlah jin yang memasuki setiap tubuh yang dirasuk tidak kurang seekor dan kadangkala berpuluh ekor dalam satu masa Cuma yang paling kuat yang akan menguasai tubuh tadi. Oleh sebab itu, kejadian hysteria akan berulang-ulang selagi mereka masih berada di dalam tubuh mangsa.

KAEDAH RAWATAN

Gangguan hysteria yang disebabkan tekanan psikologi selalunya menggunakan rawatan moden seperti mengambil ubat penenang dan khidmat kaunseling. Pesakit juga boleh menenangkan jiwa dengan membanyakkan membaca Al Quran dan mendekatkan diri dengan Allah. Bagi hysteria akibat gangguan makhluk jin hanya orang yang berkemahiran mengawal mahluk tersebut sahaja yang boleh merawat dengan berkesan. Selalunya mereka akan mengeluarkan jin dari badan pesakit secara paksa atau rundingan dan biasanya pesakit ini tidak akan pulih sepenuhnya.
Ini kerana jin tadi akan memasuki kembali jasad tadi setelah perawat tadi meninggalkan pesakit atau dalam tempoh tertentu setelah rundingan berlaku (selalunya tidak berlaku hysteria cuma dalam bentuk kemurungan dan lain-lain). Akibat pemulihan tidak sempurna ini, pesakit biasanya akan berubah perangainya dari sebelum kejadian tersebut. Ini menunjukkan badan pesakit tadi masih dikuasai jin.
Untuk pemulihan sepenuhnya, pesakit perlu mencari PAKAR yang boleh mengeluarkan jin tersebut sepenuhnya dan 'memagar’ pesakit tadi. Biasanya pagar yang dibina juga menggunakan jin dan biasanya bila pengubat itu menggunakan ayat Al Quran sebagai ‘pagar’ Jin islam akan melindungi pesakit tadi. Memagar kawasan juga selalu dilakukan untuk menghalang kejadian hysteria berulang dan biasanya mereka menggunakan beberapa peralatan seperti kemenyan, air jampi, garam. Tahi besi, botol, wafak kacang hijau yang disangan dan lain-lain . Perlu diingat walaupun apa yang digunakan oleh mereka, benda-benda tersebut tidak berkuasa walaupun dibacakan ayat suci sekalipun, oleh itu yang menyebabkan pagar tersebut boleh berfungsi ialah adanya penjaga dari jenis jin juga yang ditugaskan mengawal kawasan tersebut.



Secara logiknya walau apapun pagar yang dibuat, jin tetap boleh masuk kawasan tersebut kerana mereka boleh melalui udara dan dari dalam tanah. Oleh yang demikian tiada istilah pagar sebenar yang boleh menghalang sepenuhnya sesuatu kawasan dari dimasuki jin.
Kaedah yang paling berkesan untuk mengubat dan menghalang berlakunya hysteriaialah segala jin yang berada di dalam kawasan tersebut "dibunuh" sepenuhnya seperti kita menjaga rumah dari dimakan anai-anai, segala anai-anai harus dihapuskan sama sekali,) kemudian barulah jin di badan pesakit dibunuh juga. Mungkin tuan menafikan bahawa jin boleh dibunuh, tapi ingatlah bahawa setiap makhluk yang hidup akan mati bagitu juga dengan jin hanya orang tertentu sahaja diberi kekuatan oleh Allah untuk melakukan tugas tersebut. Hanya ketua jin dari jenis azazil tidak akan mati hingga kiamat kerana perjanjian dengan Allah. (Kalau tuan masih menafikannya maaf kerana ini bermakna ilmu tuan masih belum ketahap tersebut). Hanya kaedah ini membolehkan pesakit normal kembali seperti asal.
Timbul persoalan disini, Macamana pengubatan yang dinamakan islam. Adakah Nabi Muhammad mengajar mengubat penyakit termasuk membuang atau membunuh jin? Kalau nabi tak ajar guna bacaan Al Quran untuk mengubat penyakit adakah pengubatan menggunakan bacaan ayat suci itu boleh dinamakan perobatan islam ? Pada pendapat saya,perobatan tersebut tidak boleh dipanggil perobatan islam kerana tiada panduan terus dari nabi. Hanya secara kebetulan yang mengobat beragama islam dan membaca ayat Al Quran, oleh itu tak lah boleh dinamakan perobatan islam sebab islam itu amat luas,banyak pelopor ilmu perubatan moden dan sains oleh orang islam seperti Ibnu Sina dan lain-lain tetapi tidak dinamakan perubatan islam.
Oleh itu apa kaedahpun yang digunakan untuk pengobatan terutama yang disebabkan gangguan jin seperti membunuh dan menghalau jin adalah harus asalkan tidak menyebabkan syirik kepada Allah. Ini kerana banyak juga pengamal perobatan yang mengguna lebel perobatan islam hanya berunding dengan jin terbabit atau mengalihkan ke tempat lain sedangkan jin tersebut nyata telah mengganggu manusia dan merupakan musuh utama manusia tak kira bunian atau jin islam dan lain-lain. Kebanyakkan mereka tanpa sedar juga menggunakan jin (islam) dalam proses pengubatan tersebut.

Doa dan tawakkal.

Sunday, September 18, 2011

SX 18: REMAJA MAHU

Ikutkan akal memang kita dalam bahaya. Ibu bapa atau penjaga remaja kalau terbaca entry ni pasti mengutuk habis-habisan.Tapi inilah kebenarannya..Jika kita kata kawin awal baik...Ada yang kata "orang ni gila seks".Kalau ada yang nak kawin dengan gadis umur bawah 17 tahun, orang kata" jantan ni memang miang". Macam-macam ada. Tapi bila kita dengar ada pdelajar sekolah buat adegan aksi terlarang kat tandas, hotel bajet, taman bunga, padang, taman rekreasi dsb ramai yang mengutuk bebudsak ni.Ada yang kata ' baru setahun jagung dah pandai??????."Mana ibu bapa budak ni"."mereka tak malu ka". ya ng aku sakit hati bila dengar orang kata," Kat sekolah cikgu2 tu ajar apa...ajar buata anak ka?!?!...

Kita nak salahkan sapa dalam hal ni...bagi aku semua bersalah...Paling aku geram yang ngaji agama diam2 tak kata apa..Bila terjadi remaja mahu sx18.. semua pening kepala...Bila dengar cerita macam2 skandal entah benar ataupun tak( sekadar fitnah ) kononnya menteri balun( menutuh) remaja 15 tahun, pemimpin politik main ngan china doll, remaja perempuan jadi pelacur rating AAAAAA dsbnya. Apa dah jadi ngan remaja kita ni..Mereka dipaksa atau memaksa diri sendiri..Sebab memang umur diorang tengah ghairah dengan kelainan jantina...Lumrah kehidupan realiti.

Kalau ikut Islam, proses kematangan manusia itu hanya ada dua peringkat. Kanak-kanak dan dewasa. Zaman kanak-kanak adalah tempoh untuk kematangan fizikal. Masa tu kalau dia buat salah pun tak berdosa sebab pemikiranya belum matang. Tapi apabila dia mencapai umur baligh, kalau perempuan awal sikit…9 tahun dah baligh. Yang lelaki lambat sikit, mungkin masa berumur 12-13 tahun.


Bila sampai tahap baligh, seseorang itu dah tak boleh dipanggil kanak-kanak, tetapi dah dewasa. Kalau dia buat salah, dia yang tanggung dosa sebab dia dah matang dan boleh berfikir. Ini bukan aku yang cakap..tapi tertulis dalam kitab. Bila dah baligh, dia dah boleh kahwin…maknanya dia dah tau tanggung jawab. Dia dah boleh cari makan, dia dah boleh sara anak bini. Kalau dia nak terus belajar pun, itu hak dia sebab dia sudah boleh berfikir.

Persoalannya????? Remaja mahu atau tidak SX18....kalau ada pakar psikologi tolong ulas kenyataan ni...Bagi aku yang baru nak start belajar ugama...Aku pasti naluri dan keinginan remaja memang mahukannya..Islam ada 2 penyelasaian puasa atau kawin...Tapi kalau akulah aku pilih kawin...Kenapa kau orang akan tahu nanti...

Ibu bapa pula,jika anak dah tak tahan nak kawin...kawinkan cepat-cepat..jangan tunggu perut anak kamu orang bunting baru padan muka...(sambil ketawa)...Syaitan kalau tahu manusia nak  kawin dia akan sedih dan menangis bergolek-golek...

Wahai ibu bapa yang mempunyai anak perempuan jangan minta hantaran tinggi sangat, tak berkat..
Wahai ibu bapa yang mempunyai anak lelaki pulak, jangan tak ajar anak2 cara cari makan..takut2 kerana iman lemah tiada ibu bapa ramai yang tak berani kawinkan anak perempuannya dengan anak korang..Baru padan muka..Apa taknya, habis nikah nanti masih minta makan dengan ibubapa atau mentua...Tahu sedap je..Lu fikir main itu barang ja ka..habis lepas tu barang......perut  apa macam..lapar mau makan pasir ka?Anak mau kasi pakai lampin dau pisang ka?

Remaja pulak jangan ikut nafsu ja...nanti korang lesu..lama-lama mata kuyu..Aku suruh guna akal korang nak juga guna kepala lutut lu...
Pertama jangan main cinta..cinta itu buta..korang akan ternoda...macam-macam dosa melanda, angkara mata dan cinta.Paduli apa orang kata...Dulu lain sekarang lain...Zaman muda kononnya zaman nak buat apa saja bila tua konannya baru nak taubat atas segala dosa..( apa korang fikir korang hidup lama ka..)Jangan main2 dik..terlajak perahu boleh undur, terlajak anu(pe--- dan Pu--) jarang yang boleh undur, ramai yang nak teruskan..Kalau dah halal tak apa..Tapi kalau belum nikah...(Korang jawab sendirilah)..

Bila bunting( dalam perut tu ada baby lah) korang remaja perempuan akan beranak( baby akan keluar dari lubang pu--mu, sakit tau..kalah-kalah sakit gigi.)Siapa yang nak bertanggungjawab.Baby tu bin sapa?? Nak buat surat beranak pun susah..korang punya ibu bapa malu...Korang lagi malu...pastu syaitan bisik kat korang"  kau buang ja anak tu kat masjid ka, tong sampah ka, di bus stop ka?? Macam2 cadangan syaitan bagi.Nasihat aku korang jangan ikut syaitan tu  bikin tambah dosa lagi..korang taubat terus dan menyesal dengan apa yang dah berlaku...Ikut pengalaman orang tua2 lepas 3 bulan cerita tu akan jadi basilah...Orang ramai tak bising lagi...Ini tandanya Allah swt sayang kat korang agar korang bertaubat.Tapi lebih baik elakkan daripada berlaku...

Jangan marah kat aku kerana merapu...Salam belajar kepada remaja ku sayang.

Saturday, September 17, 2011

BELAJAR UNTUK ILMU ATAU DUIT

Jika ditanya kepada para pelajar untuk apa sekolah? ada yang kata untuk dapat ilmu,untuk pandai , kerana ibu bapa suruh, untuk ubah nasib, mahu jadi kaya, supaya dapat kerja baik2 dsbnya.
Kalau kita tanya soalan tu kpd siswa dan siswi, untuk apa sambung belajar kat universiti, kolej, maktab dsb maka jawapannya pun hampir sama.Tambahan nak cari buah hati...hey jangan marah..

Tapi jika kita tanya kepada yang dah kerja, buat apa sambung belajar?Ramai yang jawab untuk tambah $$$$ duitlah( sambil cakap dengan berbisik-bisik takut ketahuan orang ramai)..kalau pangkat tinggi tapi gaji rendah bikin apa...kalau naik pangkat dan dapat glamor, orang ramai kenal buat apa bikin susah adalah...macam-macam jawapan.Yang pasti semua kerana duit...

Aku pula ditanya orang buat apa bertanding jadi YB(kononnya prasan nak jadi YBlah ni,terpengaruh dengan suasana nak PRU13)...Aku terus jawab....untuk dapat duitlah/kontrak,rumah banglo, kereta kurang2 ninja turtle,wrtawan kenal, masyarakat panggil Datuk( orang cina panggil LATOK.....Ini jawapan yang ikhlas dari aku..Tapi kalau kita jawab kat orang ramai....Pasti semua YB akan kantoi.....YB2 tu akan jawab kononnyalah.....Untuk tolong rakyat, bela rakyat, untuk kemajuan dan bla,bla.....Tapi dalam otak aku dan kau orang semua aku rasa jawapannya untuk duitlah.....betul,betul,betulkan...jujurlah pada diri sendiri.

Ibu bapa pun sanggup hantar anak belajar agar anak-anak mereka mendapat pekerjaan.Kuranglah menyusahkan mereka bila dah besar....inilah realiti kehidupan kita..lain kata mulut dan lidah tapi lain di hati..
Apa yang penting kehidupan perlu diteruskan.....Yang penting aku bahagia...kau orang pun bahagia..

Anak-anak yang nak belajar  belajar. Tapi jangan lupa ingat Tuhan, ingat pengorbanan ibu bapa dan ingat asal-usulmu.Jangan  belajar buat bom  dan balik buang bom dah lah..Anak-anak yang perawan awas di universiti banyak buaya..Buayanya tak ganas tapi kalau terkena, balik dengan perut yang kembung( Bunting)..Jangan memalukan orang tua mu.Bukan itu tujuan kamu dihantar ke U.Kalau dah gatal nak merasa digigit buaya gila bagitau bapamu, minta dia nikahkan cepat-cepat..

Budak2 lelaki pulak jangan nak cuba macam2.Nanti diharapkan dapat kerja baik, gaji besar dan halal lain pulak jadinya.Dadah belambak-lambak sekali cuba lupa segala2nya...Nanti jadi Doktor gila ikat tangan dengan beladar(tiub basikal) ditangan dan cucuk jarum sendiri...High....Stim...Gila.PHD...pastu biarkan jarum tu terjuntai-juntai.

Tetapkan iman mu anak-anak ku......Kamulah genarasi pembela negara...

Friday, September 16, 2011

MALAYSIA TIMES BERGABUNG DENGAN PAWANA

Semua blogger dalam Malaysia TImes diajak menyumbangkan idea yang berani berubah@pupus di dalam blog PAWANA.

Khususnya kepada MATSAMANKATI.

PAWANA amat meminati idea yang pelbagai dan ini sesuai untuk membawa perubahan kepada negeri Sabah.Orang Sabah perlukan idea anda..

Yang benar

PAWANASABAH

MUSA AMAN BERUBAH???PAWANA

PAWANA sekali lagi merayu kepada DSMA agar keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti baru.Jika ini tidak dilakukan PAWANA khuatir DSMA akan terkubur  bersama UMNO buat selama-lamanya.Walaupun kepimpinan DSMA semakin kelihatan menyerlah, namun sebilangan rakyat yang berada di kawasan bandar amat muak dengan barisan kepimpinan beliau yang terlalu mementingkan periuk nasi sendiri.

Rasa tidak puas hati rakyat Sabah mula kelihatan dan tempiasnya terkena kepada DSMA.Rakyat Sabah masih mahukan DSMA mentadbir negeri ini tapi buka melalui kerajaan UMNO.Jika kita teliti suara golongan muda yang merupakan golongan yang paling berpengaruh dalam menentukan halatuju sesebuah badan politik, mereka menginginkan perubahan.

Perubahan  pentadbiran kerajaan yang lebih adil iaitu memastikan semua golongan rakyat diberi perhatian.Peluang pekerjaan yang tidak mencukupi juga perlu diubah dengan mengujudkan pelbagai bidang perindustrian yang memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda.Jika saranan ini tidak diambil peduli oleh DSMA, pasti dan pasti mijoriti kemenangan UMNO/BN dalam PRU 13 ini akan berkurang atau kalah teruk.

DSMA sudah cukup kaya dan mempunyai pengaruh yang kuat samada di dalam negeri atau di luar negeri. Ini membuktikan DSMA layak untuk mentadbir negeri Sabah sendiri dengan parti dari Sabah sendiri.Apalah gunanya kemampuan yang ada jika kita masih bernaung dengan parti daripada Malaya.Kita sudah merdeka tapi minda kita masih dijajah.

Apakah kita tidak yakin dengan kebolehan yang diberikan oleh Allah swt.Kita mampu seiring dengan orang lain malah lebih maju pun boleh.Jika keputusan PRU 12 yang lepas memihak kepada UMNO/BN disebabkan undi rakyat Sabah.Ini menunjukkan bahawa kita mampu untuk mentadbir negeri sendiri tanpa bantuan orang lain.

Wahai DSMA berilah peluang kepada rakyat Sabah mu ini agar mereka pun boleh menunjukkan bakat kepimpinan mereka untuk menarajui negeri Sabah yang tercinta ini.

Sebelum terlambat, DSMA perlu mewujudkan parti baru yang boleh mewakili rakyat Sabah.Masa masih ada, cubalah fikirkan..

Jika pemimpin terdahulu memerintah melalui parti sendiri seprti
USNO oleh Tun Mustafa
BERJAYA oleh Haris
PBS oleh Pairin
tapi DS Musa Aman parti UMNO made in Malaya.
Apakah mungkin DSMA akan bangkit pada PRU 13 ini dengan parti baru??????kita tunggu dan lihat..Tu pun kalau DSMA ada maruah seperti pemimpin yang lalu.
PAWANA oleh DS Musa Aman. Jika ini keputusannya aku tabiklah.. memang engkau anak lelaki,anak jati Sabah..

ANAK SABAH DISARAN TULIS SEJARAH NEGERI

Kecelaruan masyarakat yang dihebohkan dengan fakta sejarah yang mengelirukan, perlu diambil pengajaran agar negeri Sabah bebas daripada fakta sejarah yang salah.Persoalan samada kita pernah dijajah atau tidak perlu dikaji dengan teliti.

Setiap kawasan di dalam negeri ini tentunya mempunyai pelbagai versi sejarah menentang penjajah.Oleh itu PAWANA meminta agar semua anak Sabah agar berusaha membukukan sejarah ditempat masing-masing agar menjadi tetapan umum kepada masyarkat akan datang.

UMS merupakan sebuah badan pendidikan  yang tertinggi di Sabah harus menjalankan usaha menghasilkan penulisan sejarah kemerdekaan negeri ini daripada penjajah.Jika tidak dikhuatiri rakyat Sabah akan hilang identiti sebagai rakan kongsi kemerdekaan dan wujudnya sebuah negara Malaysia yang berdaulat.

Jika pejuang kemerdekaan dahulu berjuang dengan keris, lembing, pedang, parang, senapang dan sebagainya sehingga mengorbankan nyawa demi mempertahankan agama yang tercinta,tanah air yang berdaulat serta maruah diri maka kita sebagai generasi baru perlu mempertahankan serta memperingati perjuangan mereka ini dengan mendoakan kesejahteraan mereka.Selain itu, kita perlu mempertahankan fakta sejarahn yang betul.Jangan kita terus dijajah dan dipermainkan oleh mereka yang memntingkan periuk nasi sendiri.

Ayuh kita berubah dan terus berjuang demi menegakkan kebenaran.Biar kita tulis sejarah kita, jangan tunggu kita ditulis sebagai pengkhianat bangsa, tali barut penjajah dan sebagainya.

GOLONGAN MUDA DAN NASYID

14th September, 2011

MENYEDARI konsep dan pendekatan untuk lagu-lagu nasyid perlu berubah sesuai dengan peredaran zaman, dua orang anak watan Sabah tampil berani mempertaruhkan irama nasyid kontemporari.
Menggelarkan diri mereka sebagai Elhamz, Mazhair Shahroz Muhasip dan Zakariah@Hamzah Junaiday mengatur kemas langkah demi melakar nama dalam arena yang diceburi.
Mulanya Elhamz hanya dikenali menerusi lagu single ‘Cerita Cinta’ yang telah dimuatkan dalam album kompilasi nasyid berjudul ‘Nasyeed Semesta’ pada awal tahun ini. Sambutan yang diterima membolehkan mereka meneruskan langkah dengan lagu single kedua mereka, ‘Taubat Nasuha’.
“Cerita Cinta mendapat sentuhan daripada salah seorang ahli kumpulan Devotees, Abdul Halim Ahmad manakala ‘Taubat Nasuha’ pula merupakan nukilan Hamzah. Melodi segar pada lagu-lagu ini mendapat sambutan hangat dan kian menjadi pilihan pendengar untuk diputarkan di corong-corong radio tempatan,” ujar Mazhair yang lebih dikenali sebagai Elty.
Bersyukur dengan rezeki yang diperolehi, pemuda yang bakal menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran), Universiti Malaya bulan hadapan; memaklumkan bahawa Elhamz kini sibuk menyiapkan album sulung mereka yang dijangka berada di pasaran pada Disember nanti.
Menurutnya, album itu nanti bakal memuatkan sepuluh buah lagu yang menonjolkan irama, muzik dan persembahan vokal yang lebih segar dan matang.
Menariknya, walaupun kumpulan nasyid Indie kelahiran Sabah ini masih boleh dikategorikan sebagai hijau dalam dunia muzik, namun bagi Hamzah, bakat serta pengalaman yang ada pada mereka mampu menghasilkan karya yang terbaik.
Walaupun kami masuk ke industri muzik ini pada tahun 2009 namun perjalanan yang kami lalui banyak mengajar kami untuk lebih matang dalam bidang yang diceburi. Justeru kami mahu membuktikan kemampuan kami menerusi penghasilan lirik dan lagu,” ujarnya sambil menambah lagu lain yang bakal dimuatkan juga mendapat sentuhan daripada komposer lain seperti seperti Syazwan Jaafar Taib, Farid Nuljari dan Muhammad Mohd Tawil.
Tuturnya lagi, album yang belum mempunyai judul itu bakal diterbitkan di bawah syarikat Shadow Art Production milik Syazwan Jaafar dan Dr Azmil Hashim selaku penasihat, dengan kerjasama Elhamz Entertainment.
Melabelkan penyanyi yang terkenal menerusi lagu Thank You Allah, Maher Zain, sebagai suatu fenomena dalam industri muzik, kumpulan duo ini optimis mampu menepati selera pendengar dan peminat masa kini.
“Biarpun kami adalah kumpulan Nasyid, tetapi lagu-lagu yang kami ketengahkan mendapat suntikan elemen muzik yang lebih segar dan versatile seperti pop, balada, slow rock dan reggae. Malah ‘Cerita Cinta’ dan juga ‘Taubat Nasuha’ masing-masing mempunyai elemen pop dan rock,” ujar Hamzah yang masih menuntut di Universiti Malaya dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan Islam.
Berbekalkan semangat kental, Elhamz berharap agar album sulung mereka nanti mendapat sambutan yang menggalakkan.
Bagi peminat yang ingin mengetahui perkembangan terkini Elhamz bolehlah melayari laman Facebook mereka di facebook.com/elhamz dan elhamz di el-hamz.blogspot.com

Thursday, September 15, 2011

DS MUSA AMAN CALON DUN LUMADAN

Suara berani berubah rakyat Sabah kian berkumandang di setiap ceruk negeri ini.Ramai yang inginkan perubahan pentadbiran negeri Sabah agar diperbaiki.

Menurut maklumat yang diterima Ketua Menteri Sabah DS MUSA AMAN(DSMA) akan meninggalkan DUN SIBUGA dan bertanding di DUN LUMADAN.Jika ini benar PAWANA amat bersetuju kerana dengan kehadiran DSMA di kawasan Beaufort  umpama hujan yang turun di padang gurun.

Sesuai dengan asal-usul DSMA yang berasal daripada BEAUFORT agar beliau kembali sebagai anak watan BEAUFORT untuk merancakkan lagi pembangunan dikawasan BEAUFORT.DSMA amat diperlukan dikawasan beaufort yang agak ketinggalan diantara semua Bahagian di Sabah.

Jika dibandingkan dengan Sandakan,Kota kinabalu, Tawau, Keningau dan lain-lain maka Pekan Beaufort perlu dinaiktaraf sekurang-kurangnya menjadi sebuah bandaraya.Ataukah mungkin menjadi seperti PUTRA JAYA di semenanjung Malaysia.Ini tidak mustahil jika DSMA masih lagi menjadi KM Sabah.

PAWANA mengalu-alukan kehadiran DSMA ke Beaufort. Berubah Bersama menjadikan Beaufort ibu negeri Sabah menggantikan Kota Kinabalu yang kian padat dengan jutaan manusia.

Sekali lagi rekod baru Sabah dan Malaysia akan tercatat bahawa ketua menteri sabah daripada Beaufort.Amat membanggakan.

HARI MALAYSIA DAN TYT SABAH ORANG SANDAKAN

PAWANA bangga kerana sambutan Hari Malaysia, 16 September 2011 cukup meriah.Malaysia yang wujud kini merupakan gabungan negara Tanah Melayu( Malaya), Sabah dan Sarawak.

Walaupun Negara Sabah dan Sarawak tidak mempunyai Sultan, namun amat membanggakan kerana TYT Sabah dan Sarawak  setaraf dengan YDPA.Buat pertama kalinya TYT TdPN Sabah iaitu orang Sandakan Tun Hj.Juhar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan YDPA Malaysia.

Sebagai mengenang jasa pemimpin Tanah Melayu/Malaya yang menjadi sebab negara Sabah dan Sarawak bebas  daripada naungan orang luar, PAWANA setuju jika ketua negara ialah YDPA DAN RAJA-RAJA MELAYU menjadi ketua negara MALAYSIA.

Selamat menyambut HARI MALAYSIA kerana kita telah merdeka dalam erti kata dapat memerintah sendiri.Daulat tuanku.

Dengan tertubuhnya Negara Malaysia, Sabah dan Sarawak kini menjadi sebagai sebuah negeri  yang berstatus sebuah negara seperti Brunei dan Singapura dalam Malaysia yang berdaulat.Untuk kemakmuran bersama PAWANA mengharapkan agar PRU 13 akan datang membawa perubahan dalam pentadbiran negara.

KETUA NEGARA YDPA(Raja-raja Melayu) dan timbalannya TYT Sabah dan Sarawak
Penggiliran PM Malaysia kepada Semenanjung ,Sabah dan Sarawak.
3 orang Timbalan PM daripada semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Pembahagian jawatan menteri yang seimbang.

BERANI BERUBAH:PM PENGUMUMAN KHAS HARI MALAYSIA MERDEKA

15 SEPTEMBER 2011,KHAMIS:(transformasi berjaya ,rakyat sejahtera).
ISI UCAPAN NAJIB RAZAK PM MALAYSIA

1. Asal- usul pembentukan Malaysia
2. MAGERAN-Tun Abd.Razak
3.Cabaran pembentukan Malaysia-konfrontasi,darurat,peristiwa 13 mei
4.Harapan baru - keselamatan nasional
5.ISA- dimansuhkan serta-merta,
6. AKTA BUANG NEGERI- dimansuhkan serta merta
7.Kebenaran berhimpun dibenarkan mengikut norma yang mulia
8. Transformasi politik yang berhemah
9.ketenteraman awam dipelihara
10.Pemodenan malaysia

Tiada yang boleh dibanggakan....Tapi lebih baik daripada tiada.....
Buang masa aku je..............Selamat Malam....
Esok bagus PM umumkan
1. harga barang diturunkan

PENGUMUMAN KHAS PM:

15 September 2011 dijangka PM akan memberikan pengumuman yang dijangka memberikan kejutan kepada rakyat jelata.Ramai yang tertanya-tanya apakah yang akan diumumkan oleh beliau ini bakal mengembirakan rakyat.

8.45 malam tinggal beberapa minit saja. Mari kita sama-sama saksikan pengumuman ini  di TV 1.

Pihak pembangkang menuntut agar PM mengumumkan pemansuhan ISA dan tuntutan perhimpunan BERSIH baru-baru ini. Selain itu, ramai pihak kakitangan awam yang menginginkan agar PM mengumumkan kenaikan gaji.

Bagi PAWANA saya kemungkinan PM akan mengisytiharkan beberapa perkara antaranaya:
1) Hari kemerdekaan MALAYSIA ialah 16 SEPTEMBER 1963
2) Pilihan Raya PRU 13 akan diadakan 11.11.2011
3) Sabah akan diberikan peruntukan RM***billion untuk membasmi kemiskinan.
4).Sistem pendidikan  di ubah( termasuk gaji guru ditambah)
5). Harga rumah akan diselaraskan RM 100,000 seunit di Sabah.

Selamat menonton.