Thursday, July 29, 2010

PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN 2010

Hanya tinggal beberapa hari lagi umat islam akan berpuasa.Amalan ini merupakan amalan fardu keatas umat islam.Marilah kita bersama-sama bermuhasabah diri dan memperbaiki diri sendiri agar puasa kita pada tahun ini akan lebih berjaya.Semoga puasa kita menjadikan kita tergolong orang-orang yang bertakwa dan diredai Allah swt.SELAMAT BERPUASA..

BLOG INI ADALAH BEBAS

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog ini.Blog ini merupakan sentuhan penulis sahaja tidak memihak kepada mana-mana pihak dan tidak melibatkan sama ada yang hidup atau mati.

Blog ini bersifat bebas.Bebas memberi pendapat, idea, cadangan, pandangan,tulisan dan apa-apa yang berkaitan dengan pemilik blog.Anda dialu-alukan untuk memberi komen yang membina sahaja.

Sebagai blogger marilah kita sama-sama mematuhi prinsip penulis blog yang bernilai murni dan bersifat mendedahkan perkara yang benar sahaja.Sebarang berita yang dikirim oleh pembaca pemilik blog ini tidak bertanggungjawab.Harap maklum.

sekian.
pemilik blog

MASJID MENANGIS

Masjid yang pertama dimuka bumi ini ialah Baitullah di Kaabah.Masjid merupakan tempat melahirkan umat manusia yang tunduk kepada Allah swt.Pengutusan Nabi Muhammad saw sendiri juga adalah untuk berusaha membawa manusia kepada Allah swt agar taat terhadap seluruh perintahnya dan meninggalkan laranganNya.

Masjid kini menangis mengenangkan umat islam mula melupakan untuk mengimarahkan masjid.Ini merupakan tanda kemalapan iman umat islam.Usaha memantapkan iman perlu dibuat agar usaha memakmurkan masjid dapat diteruskan.Jangan biarkan masjid menangis kerana jika ia menangis pasti kemurkaan Allah swt akan tertimpa kepada kita.

PURDAH: MEMARTABAT HAK WANITA

Akhir-akhir ini dunia digegarkan dengan pengharaman pemakaian burqa dan purdah bagi wanita islam.Seperti yan berlaku diBelgium dan Perancis mereka telah meluluskan rang undang-undang mendenda wanita yang memakai burqa dan purdah di khalayak ramai.

Tindakan yang kurang berasas ini mencerminkan ketidakfahaman bukan islam terhadap hikmat pemakaian burqa dan purdah kepada wanita islam.Justeru, kita sebagai umat islam khususny ulama sepatutnya memberikan penerangan kepada mereka tentang hikmat sebalik perintah Allah swt tersebut.

Bukan setakat itu,malah umat islam seluruh dunia perlulah berusaha mengamalkan kehidupan islam yang sempurna. kesedaran ini perlu agar masyarakat dunia faham hakikat sebenar bahawa islam itu mudah dan sesuai dengan kehidupan manusia.

Pemakaian burqa dan purdah ini sebenarnya bertujuan memartabatkan hak wanita.Jika kita imbas sejarah sebelum munculnya islam manusia khususnya wanita hidup seperti binatang iaitu tidak berpakaian sempurna dan sering menjadi hidangan buas lelaki ketika itu.Dengan terpancarnya sinar islam, syariat islam telah menggarispandukan pemakaian burqa dan purdah agar wanita lebih dihormati dan terselamat daripada fitnah nafsu lelaki.

Sebagai misalan, benda yang berharga seperi berlian dan emas diletakkan ditempat yang selamat dan dijaga dengan rapi sebaliknya benda yang kurang berharga seperti batu dan pasir dibiarkan terdedah.Begitu juga dengan wanita yang memakai burqa dan purdah sudah tentu ia menjadikan wanita itu lebih bernilai dan berharga dengan menutup aurat dengan sempurna.

Wahai umat islam,sebenarnya ini adalah teguran daripada Allah swt kerana kita leka dan lalai dalam mentaati perintahNya.Kepada wanita islam tutuplah auratmu dengan sempurna agar engkau dikasih oleh Allah SWT.Kuatkan imanmu supaya mendapat kekuatan untuk mengamalkan pemakaian burqa dan purdah.

TANAH UNTUK TAPAK RUMAH.

Walaupun tinggal di dalam negeri yang mempunyai keluasan yang besar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia, namun sebilangan besar rakyat dinegeri Sabah masih seperti PATI yang tinggal dikawasan setinggan.Ramai anak watan negeri ini yang terpaksa mendirikan di atas tanah kerajaan kerana tidak memilik tanah untuk dijadikan tapak rumah walaupun hanya sekangkang kera.

Luahan hati beberapa anak watan yang ditemui menyebabkan saya terfikir, apakah punca sebenar sehingga sukar untuk mendapatkan tanah?Jika dibandingkan jumlah penduduk negeri ini dengan keluasan tanahnya, memang tidak patut! jika rakyat ini masih tidak memiliki tanah sendiri sebagai tapak rumah.

Saya terpanggil untuk mencadangkan kepada pihak yang bertanggungjawab(kerajaan) agar bertindak untuk memberikan sebidang tanah kepada setiap penduduk yang telah berumah tangga.Sekurang-kurangnya 30X60 kaki setiap keluarga.Semoga dengan tindakan ini, anak-anak watan kita akan terbela ditanah air sendiri.Jangan disebabkan kita yang kurang prihatin, menjadi punca anak watan menjadi setinggan dinegeri sendiri.

Wednesday, July 28, 2010

PULAU NUNUYAN LAUT SESUAI UNTUK PELANCONGAN DOMESTIK

jika disebut pulau Nunuyan Laut seluruh masyarakat Sandakan khususnya pasti akan terbayang dengan ikan merah dan kerapu,udang,rumpai laut, buah iba, buah kulul dan balat(bahasa tempatan).Namun bukan itu saja, malahan kedudukan pulau ini yang amat stretegik menyebabkan ianya sesuai dijadikan pusat pelancongan yang menarik.
Keindahan pantainya yang bersih dan cantik perlu diambil perhatian oleh kementerian pelancongan untuk dimajukan.Kesuburan pokok seperti bakau dsb menimbulkan rasa nikmat kepada mata yang memandangnya.Jarak perjalanan dari bandar hanya memakan masa lebih kurang 30 minit dengan menggunakan bot yang berkuasa 15 kuda.Namun terdapat juga jalan pilihan yang agak selamat tetapi ekstrem kepada peminat lumba lumpur iaitu perjalanan daripada sg.baru berdekatan kampung sg.kayu bt.7, Sandakan.Perjalanan yang diperlukan hanya 10-15 minit sahaja tetapi berubah kepada 30- 50 minit jika air laut surut.
Walaupun perlu bertarung dengan lumpur,namun yang ia pasti menjanjikan kenikmatan kepada kaki anda( dikhuatiri terpijak ikan yang berbisa,kulit kerang dan dsbnya).
Para pelancong domestik dialu-alukan datang berkunjung ke sini kalau tidak percaya..
Kepada YB DUN SIBUGA dan LIBARAN tolonglah fikirkan cara untuk menjadikan pulau ini tempat pelancongan yang terkemuka didunia.Jangan kita tunggu orang kampung tapi kitalah yang diberi "kelebihan"ini bertindak.
semoga dengan usaha kita sebagai pemimpin mereka berhasil merubah nasib orang pulau.jangan kita lupa mereka juga anak watan negeri ini.perlu dibela..

CM MENDENGAR RINTIHAN WARGA SKNL

Sebuah sekolah di kategorikan sebagai sekolah pedalaman 2 mendapat perhatian daripada Cikgu Musrah(CM) terhadap rintihan warga SKNL itu.Beliau sendiri sebagai anak watan pulau itu membenarkan bahawa Kesukaran yang dihadapi oleh warga sekolah menjayakan falsafah pendidikan negara disebabkan kerana kekurangan kelengkapan prasarana sekolah.
Kekangan yang dihadapi ini menyebabkan CM selaku guru besar sekolah itu tanpa henti-henti memberikan kata-kata semangat kepada semua warga SKNL agar tabah dan terus berusaha demi melahirkan Insan/murid yang seimbang Jasmani, Emosi, Rohani,intelek dan sosial.Sehubungan dengan ini,pihak sekolah terus berusaha mengunakan segala kelengkapan yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaiknya agar pendidikan anak-anak watan di pulau ini tidak terabai.
Memandangkan kawasan ini termasuk kawasan ketua menteri sabah iaitu Datuk Seri Panglima Musa Aman, kami warga SKNL berharap agar YB sentiasa mendengar dan memperjuangkan nasib kami dan anak watan yang merupakan pengundi tegar YB dulu, kini dan selamanya.
Kehadiran YB di kawasan DUN SIBUGA akan lebih bermakna jika dapat merapatkan jurang KELENGKAPAN PENDIDIKAN dipulau dengan kawasan bandar.Semoga YB akan mendapat kejayaan dalam PRU 13 akan datang.

GURU DIBENAR AKTIF BERPOLITIK

Keputusan membenarkan pihak guru aktif berpolitik telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada semua pihak.
Ramai guru juga yang menyokong dab sebaliknya.Bagi guru yang berpihak kepada kerajaan pastinya mengangap keputusan ini sebagai batu loncatan bagi golongan ini untuk membantu rakyat yang kian tersepit dengan pelbagai masalah.Namun begitu, Guru yang menyokong pembangkang menyifatkan tindakan ini sebagai perangkap...
walau bagaimanapun terpulang kepada kita semua bagaimana untuk memanfaatkan cadangan ini.Saya menyeru kepada semua guru, supaya menggunakan fikiran yangwaras dan bersikap lebih telus agar kita tidak menyesal dan menjadi bahan kutukan umat manusia khususnya anak watan Malaysia pada masa kini dan akan datang.

PERMUAFAKATAN ANAK WATAN NASIONAL

Alhamdulillah dan selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya dan para sahabat baginda.
Berkat fikir risau seluruh umat manusia khususnya anak-anak watan Malaysia, maka lahirlah sebuah idea untuk mewujudkan blog WATAN KINI MALAYSIA SABAH 2010 agar seluruh anak watan Malaysia dapat bermuafakat untuk memantapkan islam, memakmurkan dunia dan membela anak watan dengan telus, berani dan berjasa.
oleh sebab itu, saya mengajak semua anak watan negara ini agar kita dapat berkongsi idea agar misi ini tercapai.Daripada mencari kesalahan orang lain lebih baik kita mencari penyelesaian dan terus bertindak.
Selamat berfikir..