Monday, October 18, 2010

MUNGKINKAH PBS KEMBALI MEMERINTAH SABAH

Semenjak kebelakangan ini, kita telah digembar-gemburkan dengan pertelingkahan sesama sendiri terutama di dalam parti UMNO dan PKR.Segelintir daripada rakyat ini mula merasa bahang ketidakselesaan pihak kerajaan Sabah yang diterajui oleh parti komponen BN yang diketuai oleh parti UMNO.
Terdapat juga rakyat mula hilang kepercayaan kepada ketua menteri Sabah YB DS Musa Aman dalam membela nasib anak watan Sabah.Tidak dinafikan terdapat juga sedikit pembangunan yang dibuat di dalam negeri ini, namun rakyat biasa yang terdapat dikawasan pedalaman dan bandar masih lagi tertindas disebabkan kerakusan pemimpin BN yang lain.
Walaupun negari ini kaya dengan sumber asli, namun keadaan ekonomi dan pembangunan infrastuktur masih ditahap zaman jepun jika dibandingkan dengan disemenanjung.Kenapa ini berlaku?Kemanakah suara pemimpin-pemimpin sabah yang lain seperti Parti Bersatu Sabah(PBS) yang hampir cemerlang dalam mentadbir negeri ini suatu ketika dulu?Kenapa anda membisu tidak seperti semasa menjadi pembangkang iaitu sebelum menyertai BN.Wahai pemimpin-pemimpin PBSkembalikan jati diri anda dan gilap semula semangat perjuangan untuk membela nasib rakyat Sabah.
Oleh itu, jika PBS berubah dan membuat satu transformasi untuk membela rakyat Sabah dengan bersungguh-sungguh, tidak mustahil anda akan kembali memerintah negeri ini.Saya menyeru agar kita berganding bahu untuk mengembalikan nostalgia kejayaan PBS di Sabah.
Selain itu, Presiden PBS YB DS Pairin Kitingan marilah bergerak melangkah memantapkan perjuangan demi negeri yang tercinta ini.Kejutkan kembali semua bahagian dan cawangan yang ada untuk mengambil hati rakyat agar kembali menyokong PBS.Pilihan raya parlimen Batu Sapi yang akan diadakan tidak lama lagi akan menjadi kayu ukur samada PBS masih mampu untuk memenangi hati rakyat atau sebaliknya.
Sebagai rakyat biasa yang membesar dan merasai zaman kegemilangan PBS mentadbir Sabah, saya berharap agar pemimpin PBS tidak melupakan semua ahli PBS yang masih setiap terhadap perjuangan parti.Kami mengharapkan agar peruntukkan kepada semua cawangan disalurkan bukan setakat semasa pilihan raya sahaja.Walaupun BN/UMNO yang memerintah namun jangan lupa PBS juga adalah komponen BN.PBS juga bertanggungjawab untuk memberikan projek kepada rakyat melalui cawangan PBS.

No comments:

Post a Comment