Friday, September 16, 2011

ANAK SABAH DISARAN TULIS SEJARAH NEGERI

Kecelaruan masyarakat yang dihebohkan dengan fakta sejarah yang mengelirukan, perlu diambil pengajaran agar negeri Sabah bebas daripada fakta sejarah yang salah.Persoalan samada kita pernah dijajah atau tidak perlu dikaji dengan teliti.

Setiap kawasan di dalam negeri ini tentunya mempunyai pelbagai versi sejarah menentang penjajah.Oleh itu PAWANA meminta agar semua anak Sabah agar berusaha membukukan sejarah ditempat masing-masing agar menjadi tetapan umum kepada masyarkat akan datang.

UMS merupakan sebuah badan pendidikan  yang tertinggi di Sabah harus menjalankan usaha menghasilkan penulisan sejarah kemerdekaan negeri ini daripada penjajah.Jika tidak dikhuatiri rakyat Sabah akan hilang identiti sebagai rakan kongsi kemerdekaan dan wujudnya sebuah negara Malaysia yang berdaulat.

Jika pejuang kemerdekaan dahulu berjuang dengan keris, lembing, pedang, parang, senapang dan sebagainya sehingga mengorbankan nyawa demi mempertahankan agama yang tercinta,tanah air yang berdaulat serta maruah diri maka kita sebagai generasi baru perlu mempertahankan serta memperingati perjuangan mereka ini dengan mendoakan kesejahteraan mereka.Selain itu, kita perlu mempertahankan fakta sejarahn yang betul.Jangan kita terus dijajah dan dipermainkan oleh mereka yang memntingkan periuk nasi sendiri.

Ayuh kita berubah dan terus berjuang demi menegakkan kebenaran.Biar kita tulis sejarah kita, jangan tunggu kita ditulis sebagai pengkhianat bangsa, tali barut penjajah dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment