Thursday, July 29, 2010

PURDAH: MEMARTABAT HAK WANITA

Akhir-akhir ini dunia digegarkan dengan pengharaman pemakaian burqa dan purdah bagi wanita islam.Seperti yan berlaku diBelgium dan Perancis mereka telah meluluskan rang undang-undang mendenda wanita yang memakai burqa dan purdah di khalayak ramai.

Tindakan yang kurang berasas ini mencerminkan ketidakfahaman bukan islam terhadap hikmat pemakaian burqa dan purdah kepada wanita islam.Justeru, kita sebagai umat islam khususny ulama sepatutnya memberikan penerangan kepada mereka tentang hikmat sebalik perintah Allah swt tersebut.

Bukan setakat itu,malah umat islam seluruh dunia perlulah berusaha mengamalkan kehidupan islam yang sempurna. kesedaran ini perlu agar masyarakat dunia faham hakikat sebenar bahawa islam itu mudah dan sesuai dengan kehidupan manusia.

Pemakaian burqa dan purdah ini sebenarnya bertujuan memartabatkan hak wanita.Jika kita imbas sejarah sebelum munculnya islam manusia khususnya wanita hidup seperti binatang iaitu tidak berpakaian sempurna dan sering menjadi hidangan buas lelaki ketika itu.Dengan terpancarnya sinar islam, syariat islam telah menggarispandukan pemakaian burqa dan purdah agar wanita lebih dihormati dan terselamat daripada fitnah nafsu lelaki.

Sebagai misalan, benda yang berharga seperi berlian dan emas diletakkan ditempat yang selamat dan dijaga dengan rapi sebaliknya benda yang kurang berharga seperti batu dan pasir dibiarkan terdedah.Begitu juga dengan wanita yang memakai burqa dan purdah sudah tentu ia menjadikan wanita itu lebih bernilai dan berharga dengan menutup aurat dengan sempurna.

Wahai umat islam,sebenarnya ini adalah teguran daripada Allah swt kerana kita leka dan lalai dalam mentaati perintahNya.Kepada wanita islam tutuplah auratmu dengan sempurna agar engkau dikasih oleh Allah SWT.Kuatkan imanmu supaya mendapat kekuatan untuk mengamalkan pemakaian burqa dan purdah.

No comments:

Post a Comment